Sunday 14 May 2023

Masih Tiada Tajuk 3

 Vroomm.. Vroomm..

Deruan enjin kereta, memecahkan kesunyian malam itu. Langkah Cheng Yi terhenti tatkala sebuah lamborghini, supercar mewah berwarna biru itu berhenti betul-betul di hadapan pagar, sekaligus menghalang langkahnya.

Wak Pardi terkocoh-kocoh membuka pintu pagar tatkala menyedari anak sulung majikannya baru pulang ke rumah. Namun, setelah pagar terbuka, lamborghini tersebut masih tidak bergerak, sebaliknya pemilik kereta itu, menurunkan tingkap keretanya.

 “Ayie?” panggilan itu, membuatkan tubuh Cheng Yi menegang. Panggilan dari seseorang yang sangat dirindunya.

Merasakan Cheng Yi tidak menjawab panggilannya, pemilik kereta tersebut bertindak keluar dari keretanya, menghampiri Cheng Yi yang masih tercegat seperti patung itu.

“Cheng Yi??” Lelaki yang merupakan pemilik kereta itu, terkejut melihat wajah yang dicari-carinya selama ini, berada di situ. “Ya ALLAH, mana kau pergi Ayie? Puas abang cari kau…” dia terus mendakap tubuh Cheng Yi, melepas rindunya setelah lama tidak bertemu Cheng Yi.

“A.. abang. Lama tak jumpa..” hanya kata-kata itu yang mampu dilafazkan oleh Cheng Yi. Kegugupan menguasai dirinya, tidak tahu mahu memberi respond apa kepada lelaki itu yang merupakan abangnya, yang telah lama tidak berjumpa.

“Kau nak pergi mana ni? Jom lah masuk dulu..” Wuzhiqi, abang Cheng Yi, melepaskan dakapan nya lalu mengajak Cheng Yi masuk ke dalam banglo mewah itu.

“Ta..takpa lah bang.. Ayie a.. ada hal ni..” entah kenapa kegagapan mengusai Cheng Yi hingga membuatkan kata-kata yang keluar dari mulutnya terbata-bata.

“Lepas lapan tahun tak jumpa, kau tetap sama macam dulu, eh.” Wuzhiqi tergelak melihat perangai adiknya yang sedari dulu masih sama, suka mencari alasan menutup rasa hatinya sendiri.

“Sudah, kau ikot abang masuk. Abang nak kenalkan pada kau, kakak ipar kau yang cantik macam bidadari. Kau tak pernah jumpa, kan?” Wuzhiqi terus merangkul pundak Cheng Yi, memaksanya melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu.

“Bi.. bila abang kawen? Tak jemput Ayie pon..” Cheng Yi bertanya, mengikut langkah Wuzhiqi dengan terpaksa. Dalam hatinya memanjatkan doa agar tiada apa-apa terjadi ketika dia berada di dalam banglo mewah itu.

“Kau tu yang hilang macam kena telan dengan bumi, kau tau tak. Merata abang cari kau lepas kau keluar sehelai sepinggang masa tu. Tiba-tiba macam magic, kau muncul hari ni ya. Patutlah dari tadi abang asyik rasa nak balik cepat je..” Wuzhiqi berkata dengan senyuman terus menghiasi wajahnya, gembira bertemu semula dengan adiknya yang telah lama menghilang.

“Ma..maaf bang. A..Ayie..” Cheng Yi menggaru kepalanya yang tidak gatal, mencari susunan kata-kata yang patut dilafazkannya.

“Dah. Benda dah lama. Yang penting sekarang, kau dah ada depan mata abang…” Wuzhiqi menghentikan langkahnya melihat Cheng Yi yang diam mematung di hadapan pintu banglo tersebut, seakan enggan melangkah masuk.

“Kenapa tercegat dekat situ. Masuklah..”

“Bo..boleh ke bang? Nanti abang kena marah, macam mana?” Cheng Yi bertanya, ragu.

Wuzhiqi mendengus geram melihat ragam adiknya itu. Dia langsung menarik tangan Cheng Yi, membawanya ke dalam banglo itu. “Takda siapa nak marah. Dah, kau duduk jap. Abang panggil akak ipar kau dulu..”

Cheng Yi terpinga-pinga ditinggal sendirian oleh abangnya itu. Dia tidak tahu, apa yang harus dilakukannya. Dia memandang sofa mewah yang berada di ruang tamu itu. Hatinya berasa ragu-ragu untuk duduk di atas sofa tersebut.

‘Nak duduk dekat mana, abang ni? Takkan sofa mahal tu. Boleh ke aku duduk situ? Ish, keluar je lah. Macam tak sedap hati pula..’

Cheng Yi terus memusingkan tubuhnya, lalu melangkah menuju ke pintu masuk tadi untuk keluar dari banglo tersebut. Entah kenapa sedari tadi dadanya terasa berdebar-debar, tidak sedap hati untuk terus berada di dalam banglo itu.

Ketika tangan Cheng Yi memegang tombol pintu, bersedia untuk keluar, suara Wuzhiqi memanggilnya membuatkan dia menghentikan tindakannya.

“Kau nak ke mana tu, Ayie? Kan abang suruh duduk dulu..” Wuzhiqi yang muncul bersama seorang wanita, bertanya, hairan melihat adiknya berada di muka pintu itu.

“Mmmm.. A.. Ayie balik dulu lah, bang. Betul ada hal ni..” Cheng Yi menjawab, gugup.

Mendengar kata-kata adiknya itu, Wuzhiqi terus bertindak menarik tangan Cheng Yi dan terus membawanya ke arah sofa mewah di situ. “Hal apanya. Dah duduk je dulu. Abang dah suruh Bik Ani buat air..”

Cheng Yi memandang ragu wajah abangnya. “Boleh ke Ayie duduk sini?”

Wuzhiqi tersentak mendengar pertanyaan Cheng Yi itu. Tanpa sengaja kenangan dulu, menjelma di ruang matanya. Kenangan di mana dia melihat bagaimana Cheng Yi diperlakukan dengan tidak adil oleh ahli keluarganya, sehingga tahap menghalang Cheng Yi menyentuh, apalagi menggunakan semua barang di dalam banglo itu.   

Tidak mahu terus larut dalam kenangan, Wuzhiqi terus menarik Cheng Yi duduk di sebelahnya di atas sofa tersebut.

“Jangan ingat lagi benda dah lepas.” Wuzhiqi kemudiannya menarik tangan wanita yang sedari tadi berada di sampingnya. “Ni abang nak kenalkan, bidadari abang, Zhi Hu.. Sayang, ni lah adik I yang I selalu cerita”

Cheng Yi memandang lekat wajah kakak iparnya itu. Melihat senyuman yang terpancar di wajah Zhi Hu, Cheng Yi tahu yang Zhi Hu tahu apa yang harus dilakukannya.

“Terkejut I sayang. I ingatkan you ajak Dr Jin datang tadi. Tak sangka muka adik you yang you selalu cerita, sebiji macam muka adik Dr Jin..” Zhi Hu berkata sambil tersenyum, memandang Cheng Yi.

Cheng Yi hanya tersenyum kelat sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal, menyedari yang kata-kata Zhi Hu itu seakan sebuah sindiran untuknya.

“Iya ke sayang? Kenapa I tak pernah jumpa adik dia?” Wuzhiqi memandang wajah Zhi Hu, hairan.

Zhi Hu tersenyum tatkala melihat dari ekor matanya, Cheng Yi meletakkan tangan kanan dimulutnya dengan ibu jarinya dikeluarkan dengan sengaja. “You memang lah tak pernah jumpa, sayang. Adik Dr Jin tak duduk sekali dengan dia.”

 

 

 

Tap.. Tap.. Tap..

Bunyi tapak kaki yang seakan berlari itu menghampiri mereka. Wuzhiqi lantas memandang belakang, melihat gerangan yang menghampiri mereka itu.

“Ibu, kenapa cemas ni?” Wuzhiqi bertanya sebaik melihat wajah ibunya yang cemas itu.

“Eh, Zhie ada tetamu. Sorry ibu tak perasan.” Doo Jin, ibu Wuzhiqi kemudiannya mengalihkan pandangan kepada Zhi Hu yang berada di hadapan anaknya itu. “Zhi Hu, tolong ibu tengokkan Kookie. Ibu tak tahu kenapa badan dia tiba-tiba panas sangat.”

Mendengar itu, Zhi Hu terus bangun mengikut langkah ibunya setelah meminta kebenaran dari suaminya untuk beredar.

“Untung juga ek abang kawen dengan nurse. Senang bila ada orang dalam rumah ni tiba-tiba sakit..” Wuzhiqi berkata sambil tertawa.

“.….”

Melihat tiada sebarang jawapan dari Cheng Yi, Wuzhiqi menolak sedikit tubuh adiknya itu membuatkan empunya badan tersentak kerana terkejut.  

“Ha? Apa dia, bang?” Cheng Yi bertanya, merasa bersalah kerana terlalu larut dengan perasaannya sedari tadi.

“Mengelamun pula kau.” Wuzhiqi menepuk belakang Cheng Yi membuat wajah Cheng Yi kemerahan, menahan malu.

“Ha, abang nak tanya kau ni. Kenapa setelah sekian lama, baru hari ni kau muncul? Kenapa kau tak datang cari abang selama ni?”

“Sebenarnya--”

“Sayang, you kena naik cepat. Tak tahu kenapa dari tadi Kookie meracau-racau ni..” terdengar suara Zhi Hu dari arah tangga, memanggil Wuzhiqi untuk melihat keadaan Jungkook.

Dengan segera Wuzhiqi bangun, menuju ke bilik Jungkook untuk melihat keadaan adik bongsunya itu. Tanpa sedar, Cheng Yi mengikut langkah Wuzhiqi, turut risau akan keadaan adiknya itu.




Wu Zhi Qi yang tampan dan baik dan sayang kan Ayie 😍😍



Wu Zhi Qi bersama bidadarinya, Zhi Hu 💝💝



Adiknya Ayie, Jungkook yang gantengg banget 💗💗