Ibu Firas
menjenguk ke luar tingkap dengan muka yang sangat risau. Dia kerisauan lantaran
anak-anaknya masih belum pulang dari sekolah walau hari telah lewat.
Tiba-tiba dia
terdengar suara orang memberi salam. Segera membuka pintu. Beristigfar panjang
ibunya apabila melihat Cikgu Aisyah dan Jue memapah Firas yang kelihatan pucat.
Tambah membuatnya risau apabila melihat pakaian Firas yang comot dan mukanya
yang lebam.
Segera dia
membantu Cikgu Aisyah memapah Firas menggantikan tempat Jue. Firas segera
dibaringkan di sofa yang berhampiran.
"Kamu
kenapa ni Firas.." air matanya ibunya sudah meleleh melihat keadaan Firas.
Dia memang mudah menangis lebih-lebih lagi hal-hal yang melibatkan
anak-anaknya.
"U.. ubat
Firas ibu..." Firas berkata sambil tercungap-cungap mencari nafas.
Ibunya pantas
berlari ke bilik Firas mencari Inhealer
Firas. Habis laci Firas digeledahnya lantaran tidak tahu dimana Firas
meletakkan ubatnya. Hatinya membebel kerana sudah banyak kali mengingatkan
Firas agar menyimpan ubatnya di tempat yang mudah dicari.
Jue yang dari
tadi melihat perlakuan ibunya segera meraba bawah bantal Firas dan mengambil Inhealer Firas lalu ditunjukkan kepada
ibunya. Jue memang tahu dimana abangnya menyimpan ubatnya kerana selalu
memasuki bilik abangnya untuk berbual dan kadang-kadang minta abangnya
mengajarkan pelajaran yang tidak difahaminya.
"Ibu cari
ni ke?" Ibunya lantas mengambil Inhealer
tersebut lalu menuju ke arah Firas yang masih tercungap-cungap.
Firas mencapai Inhealer tersebut lalu menyedutnya
dalam-dalam berharap pernafasannya teratur semula. Malangnya ubatnya itu hanya
tinggal satu sedutan saja. Dia cuba bertenang bagi mengurangkan kesesakan di
dadanya. Dadanya diurut-urut perlahan. Dia tak mahu ibunya bertambah risau
apabila mengetahui ubatnya sudah habis.
"Ok tak
sayang? Rasa lega tak?" Ibunya bertanya sambil mengusap dahinya. Dia
sekadar mengangguk sambil memejamkan matanya untuk bertenang.
Melihat situasi
yang sudah tenang, Cikgu Aisyah bangun untuk meminta diri. Pelawaan ibu Firas
untuk menunggu sebentar untuk membuat minuman ditolak lembut. Segera dia
meminta diri dengan alasan ada hal lain yang perlu dilakukan.
Setelah bersalam
dan mengucapkan terima kasih, dia segera beredar. Dia tak betah berlama-lama di
rumah Firas. Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat wajah Firas yang kacak
walaupun tengah sakit.
'Apelah ko ni
ca. Dengan budak sekolah pon boleh nak tangkap cintan.' hatinya merengus.
Al-maklumlah,
dia masih belum pernah mempunyai teman istimewa walau umur sudah menganjak 25
tahun. Dia tersenyum tergeleng-geleng sambil menyusun langkah menuju ke
rumannya yang terletak di barisan belakang rumah Firas.