Tuesday 10 November 2015

ENGINEER ITU...

Engineer.

Dengar macam best, macam gempakkan. Tapi hakikatnya sangatlah perit. Kau ingat senang nak jadi engineer ni kalau hati tak kental? Kalau kau nampak duit jer, memang xde apelah yang kau dapat. Kau hanya dapat duit macam yang kau nak je. Bile rase gaji sikit je, lompat kerja lain. Akhirnya, apa yang kau dapat.

Nothing!!

Langsung takde kepuasan. Penat je kau belajar tonggang terbalik. tapi akhirnya rase macam tak berbaloi jer. sebab apa? sebab kau terlalu mengejar kemewahan.

Memang, aku paham. Hidup dibawah kera-jaan sekarang memang sakit, memang pedih. Tapi nak buat camne. Nak atau tak, terpaksa hadap.

Macam bidang aku ni, kalau tak hadap, nak dapat projek payah bhai. yelah, dorang umum nak buat projek tu, projek ni. Bila ada buat projek, maknanya engineer macam aku ni ada kerja. Ada je job masuk. Tu aku tak boleh nafikanlah.

But, back to basic. Macam aku kata tadilah, kalau kau kejar duit, kera-jaan bagi projek brapa banyak pon kau tak boleh nak handle. sebab apa? pressure yang terlalu kuat. aku sendiri pun kadang-kadang nak rasa give up dengan pressure yang nak kena hadap. tapi nak buat camna, engineering ni dah sebati dengan jiwa aku.

Msg bos aku yang buat aku lagi bersemangat

Adoi! aku merepek panjang-panjang pon tak guna gak. nak buat macam mana, dah kerjaya ni yang aku pilih, so hadap je lah yerk..

hahahahahah!!!
Baru aku ingat, aku merepek2 ni sebab aku tengah tension hadap jalan yang asyik tak ngam jer. dengan longkang semua ternaik. aoi, pening mak! dah banyak kali buat asyik tak kena jer. tulah, len kali tak yah nak cantik sangat beli umah kat bukit2. tonggang terbalik nak design bagi ngam semua.. peningnyer!!!

Siang malam sama jer dalam dunia engineering ni

so, sekarang. aku nak teruskan hadap balik design ni. Jasin Bistari, please be nice to me. jangan bagi saya berpinau ya. 

regards,
Civil & Structure Engineer





TERINDAH BUATMU 12

Zaril pengsan sebaik tiba di klinik lantaran tidak dapat menahan kesakitan lagi. Segera nurse bertugas menyuruh Firas membawa Zaril masuk ke bilik rawatan.
Sementara menunggu Zaril dirawat, Firas ke kedai pakaian yang terletak berhampiran klinik tersebut untuk membeli baju. Tak sanggup dia terus berlengging tanpa baju. Malu terasa tatkala semua mata tertumpu kepadanya sewaktu di klinik tadi.
Doktor mengesahkan Zaril terpaksa dirujuk ke hospital lantaran kehilangan banyak darah. Firas terus menemani Zaril menaiki ambulans untuk ke hospital. Setibanya di hospital, Zaril terus dikejarkan ke unit kecemasan.
Sementara menanti Zaril, Firas menghubungi keluarga Zaril menggunakan telefon bimbit kepunyaan Zaril. Sebentar kemudian, doktor yang merawat Zaril keluar. Firas segera bangun menuju ke arah doktor tersebut untuk mengetahui keadaan Zaril.
"Saya perlu berjumpa dengan ahli keluarga pesakit segera." doktor terus berkata tanpa sempat Firas bertanya.
"Tapi, keluarga dia dalam perjalanan doktor.."
"Macam ni. Pesakit telah kehilangan banyak darah. Dan tabung darah kita kekurangan jenis darah pesakit..."
"Doktor ambil sahaja darah saya. Asalkan kawan saya selamat. Ambil sahaja.." Firas terus menyatakan hasratnya sebelum sempat doktor habis bercakap.
"Tapi awak masih dibawah umur.." mungkin doktor tu tahu umurnya berdasarkan umur Zaril, fikir Firas.
"Takpe. Ayah saya izinkan.." lantas Firas mengeluarkan sepucuk surat dari dalam dompetnya yang merupakan surat kebenaran dari ayahnya dan memang sentiasa di bawa Firas ke mana-mana.
Firas suka menderma darah, namum atas sebab faktor umur, dia mendesak ayahnya untuk membuat surat kebenaran agar mudah dia menderma darah bila-bila masa. Walaupun ayahnya bimbang lantaran penyakit asma yang dihadapinya, tapi dia meyakinkan ayahnya yang dia boleh menjaga dirinya sendiri.

Setelah melihat surat tersebut, doktor akhirnya bersetuju dan membawa Firas ke bilik pemeriksaan untuk memastikan darah Firas sesuai dengan darah Zaril. Firas bersyukur apabila darahnya sesuai dengan darah Zaril dan setelah menderma, dia meminta kebenaran untuk berehat lama sedikit, bimbang sekiranya terjadi perkara tidak diingini yang membuatkan ayahnya menarik balik surat kebenaran tersebut.

xxxxxxx


2015

"Aku memang tak boleh lupa peristiwa tu." Zaril tersenyum apabila mengingatinya. Disebabkan peristiwa itu juga dia terus menjadi sahabat baik Firas.
"Pandai betul kau berlawan time tu. Berguna juga kau join parkour ni ek." Zaril terus memuji Firas. Dia sendiri terpegun melihat cara Firas berlawan, dengan aksinya, memang membuatkan dia teruja.
"Aku join bila ada masa lapang je. Saja suka-suka.." Firas menjawab ringkas.
Sungguh, mengingatkan peristiwa itu membuatkan hatinya lega, lega kerana sudah tidak dibuli lagi oleh Zaril sekaligus menjadi kawan baik Zaril. Walau dia terpaksa menahan sakit akibat diserang Zaril pada mulanya dan menadah telinga mendengar amarah ayahnya hingga dia hampir dihukum ayahnya ketika mengetahui dia bergaduh ketika itu. Nasib ibunya ada membelanya, tambahan pula dia masih belum sihat sepenuhnya ketika itu. Itu yang membuatkan ayahnya tidak menghukumnya.
Namun semua itu berbaloi sebab dia tak perlu lagi bermusuhan dengan Zaril. Hanya satu perkara yang mungkin sampai sekarang Zaril tidak tahu iaitu dia mendermakan darahnya kepada Zaril. Sewaktu ibu bapa Zaril sampai di hospital ketika itu, Zaril sudah ditolak masuk kedalam wad dan sedar tak lama kemudian. Dia telah meminta doktor yang merawat Zaril supaya tidak memberitahu keluarga Zaril dan Zaril sendiri bahawa dia yang mendermakan darahnya kepada Zaril.
"Firas, ko kerja dengan aku nak?" Zaril tiba-tiba bertanya memeranjatkan Firas.
"Ko biar betul. Aku ni manalah ade apa-apa kelulusan, setakat SPM ada lah." Firas menolak lembut. Bukan dia tak mahu, tapi dia segan kerana dia tak mempunyai sebarang kelulusan. Lagipun syarikat Zaril terletak di Johor. Nanti bertambah jauh pula dia hendak melawat Jue yang belajar di Shah Alam ni.
"Alah ko ni. Pandai-pandailah aku adjustkan nanti.."Zaril terus memujuk.
"Takpelah Ril. Aku tak layaklah."
"Dah. Ko jangan banyak bunyi. Ni kad aku. Apa-apahal nanti kol aku. Pandailah aku adjustkan nanti." Zaril berkata sambil meneguk minumannya.
Kemudian dia melihat jam tangannya dan terus meminta diri.
 "Eh, aku terpaksa bla ni. Ada kerja lagi. Kol aku tau." Zaril terus berlalu setelah membayar harga minuman tersebut.
Firas hanya memerhati langkah Zaril berlalu. Perlahan dia tersenyum mengingati pertemuannya itu seraya menggelengkan kepalanya. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkerja di syarikat besar memandangkan dirinya yang tidak mempunyai sebarang kelulusan. 

Monday 9 November 2015

TERINDAH BUATMU 11

Zaril terus berlari sambil sesekali memandang belakang untuk memastikan kedua lelaki itu tidak mengejarnya lagi. Apabila dia merasa telah cukup jauh dari tempat tersebut, dia berhenti sebentar untuk mengambil nafas. Dia memandang belakang dan tidak melihat lelaki itu tiada lagi mengejarnya.
'Celaka betullah Amar ni!! Siapalah kalau aku jumpa dia lagi!!'
Tiba-tiba, satu tendangan hinggap tepat di belakang Zaril membuatkan dia tersungkur jatuh. Kemudian tumbukan serta terajang hinggap di seluruh badannya tanpa memberi peluang untuk dia membuat serangan balas. Dia hanya pasrah sahaja sambil berdoa agar ada orang yang akan menolongnya.
Tanpa diduga, doanya dimakbulkan Tuhan. Seseorang telah datang menolongnya tatkala dia sudah terkulai teruk dibelasah dua lelaki itu. Penyelamatnya itu membuat satu lompatan Touchdown Raiz dimana dia berlari sambil satu tangannya menyentuh lantai dan dia melonjakkan dirinya seraya menghentak seorang daripada mereka menggunakan kakinya dan kemudian terus melompat lagi menghentak seorang lagi lelaki yang sedang membelasah Zaril hingga kedua-dua lelaki itu tersungkur jatuh. Gerakkan penyelamatnya yang sungguh pantas lansung itu tidak memberi peluang untuk kedua-dua lelaki tersebut menepis serangannya yang tiba-tiba itu.
 Terkejut Zaril melihat Amir Firas berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangan untuk membantu Zaril bangun. Zaril segera menyambut huluran tangan tersebut lalu berdiri di samping Firas.
"Wah!! Ada penyelamat datang.." lelaki tinggi bangun dan menuju ke arah Firas.
 Bengang pula dia apabila ada yang menyibuk urusan dia. Pisau dikeluarkan bersedia untuk menyerang Firas. Lelaki berparut turut mengeluarkan pisaunya untuk menyerang.
Firas mengawasi langkah lelaki-lelaki itu. Ketika lelaki tinggi itu mengacukan pisau dimukanya, segera tangan lelaki itu ditangkap dan dikilas lalu dihentak-hentak tangan lelaki itu ke pahanya sehingga pisau yang dipegang lelaki itu terlepas. Apabila pisau telah terlepas, segera dia menbanting lawannya ke depan hingga membuatkan lelaki itu terjatuh.
Melihat rakannya telah jatuh, lelaki berparut pula mula menyerang Firas. Firas yang baru menjatuhkan rakannya tadi ditendang dari belakang hingga membuatkan Firas terdorong ke hadapan. Firas lantas melompat membuat side flip lalu menendang dada lelaki berparut itu hingga lelaki itu terdorong ke belakang seraya menunduk lantaran dua tapak kaki Firas mendarat tepat di dadanya sebentar tadi.
Tanpa disedari Firas, lelaki tinggi telah bangun, mengambil pisaunya yang jatuh tadi lalu menuju kearah Firas untuk menikamnya. Zaril yang ternampak keadaan itu, terus menolak Firas dan menyebabkan tikaman tersebut mengenai tangan kanannya. Terjerit dia tatkala pisau itu terbenam di lengannya.
Firas terkejut melihat Zaril yang terkena tikaman segera menuju ke arah lelaki tinggi itu. Dengan perasaan yang marah, dia membuat satu lompatan Flash Kick iaitu dia melompat tinggi dan berpusing 360ᵒ terus menghentak kepala lelaki itu menggunakan kedua kakinya hingga membuatkan lelaki tersebut hampir rebah.
Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, dia terus menumbuk lelaki bertalu-talu tanpa memberi ruang untuk lelaki itu membalasnya. Terakhir sekali, dia membuat aksi double leg dengan melompat tinggi dan menendang dada lelaki tinggi itu hingga membuatkan lelaki itu terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan tidak mampu bergerak lagi. Terdapat darah mengalir keluar dari mulut dan hidungnya.
Melihat mereka hampir kalah, lelaki berparut segera menangkap Zaril yanb sedang kesakitan akibat ditikam dan mengacukan lehernya dengan pisau. Firas penuh hati-hati mengawal pergerakan lelaki berparut itu, mencari peluang untuk menyerangnya. 
Tanpa diduga oleh lelaki berparut itu, Zaril memijak kakinya dengan kuat hingga membuatkan lelaki itu mengaduh dan pmembuatkan pegangannya terlepas.
Firas tidak melepaskan peluang tersebut, lalu dengan pantas membuat lompatan Flash Kick dan menghentak muka lelaki berparut itu dengan kakinya. Segera dia menuju kearah lelaki itu dan mencapai tangan kanan lelaki itu yang memegang pisau, lalu dihentak-hentak tangan lelaki itu ke pehanya sehingga pisau tersebut terlepas.
Kemudian, dia membanting lelaki tersebut kedepan sebelum membuat double leg kick hingga menyebabkan lelaki itu terjatuh. Tak puas dengan itu, dia menumbuk muka lelaki berparut yang telah terbaring itu.
Setelah dia yakin lelaki itu tidak bermaya dan tidak mampu melawannya, baru dilepaskan. Terus lelaki  itu dan rakannya melarikan diri setelah tahu mereka tak boleh mengalahkan Firas. Setelah kedua lelaki itu melarikan diri, segera dia menuju arah Zaril.
"Kau ok tak ni?" Firas membantu Zaril berdiri. Tangan Zaril sudah berlumuran darah manakala mukanya lebam-lebam dan terdapat darah mengalir dari mulut dan hidungnya.
"Kau agak-agak aku ok tak sekarang?" Zaril sedikit dingin mendengar soalan itu lantaran tidak tahan menahan sakit.
Firas tersenyum lalu segera memapah Zaril ke klinik berdekatan. Pandangan Zaril semakin berpinar lantaran darah yang mengalir keluar tanpa henti.
Firas menghentikan langkahnya apabila menyedari langkah Zaril tidak teratur. Dia menepuk sedikit dahinya kerana lupa untuk membalut luka Zaril bagi mengurangkan aliran darah. Segera dia menyandarkan Zaril ke dinding bangunan yang berdekatan, lalu meraba-raba poketnya mencari kain untuk membalut luka Zaril.
Akhirnya, dia terpaksa menanggalkan bajunya bagi membalut luka Zaril apabila tiada sebarang kain yang boleh digunakan untuk membalut luka tersebut. Setelah itu terus dia memapah Zaril ke klinik berhampiran. 


Monday 2 November 2015

Fighting itu adalah...



Backflip, Sideflip, High Jump Kick, Double leg Kick n so on...

antara skill yang terdapat dalam parkour, martial art..

semua skill aku suka tengok n aku suka menterjemahkan dalam cerita-cerita aku.

hero cerita aku ni memang pandai buat skill2 tu. sebab dia punya idola adalah Tony Jaa...

so, sebab tu lah kenapa rommate aku ni suka kalau idea aku ni dijadikan dalam bentuk cerita. sebab bayak aksi katanya. katanyalah.


dia da bagi hint!! :P


ok. stop perasan.. wateverlah.. yang penting aku kena siapakan idea aku ni cepat2.

nak cerita panjang2 pun tak reti. kat atas tu aku tunjuk antara skill2 yang Tony Jaa guna n aku cube terjemahkan dalam idea aku. hahahahhaaa...



WRITER'S BLOCK

Waaaaaa.. Rupanya sindrom writer's block ni bahaya jugak eh. Payahnya aku nak menterjemahkan idea-idea aku ni. PAYAHHHH!!!!

Idea aku macam-macam ada. Tiap-tiap malam aku cerita kat roomate aku idea aku ni. And, he said, it's very nice. Dia betul-betul berharap suatu hari nanti idea aku ni diterjemahkan dalam bentuk buku ke, cerita ke.. Sebab dia kata dia suka sangat dengar aku punya idea.

Tapi.. Macam tinggal angan-angan je.. Sekarang ni, dok berjam-jam depan laptop, tapi satu benda pun tak dapat nak taip. Camne ni?????

Kadang-kadang aku cube amek mood, tengok ig, twitter n drama2 hero aku tu. Then, Idea pun datang. Semangat aku. Tapi, bila buka words, haprak. Satu ayat pon payah nak kuar.

My hero n My roomate


ARRRHHHGGGGG!!! Aku stress!!!!

Idea datang. Tapi nak taip tak boleh.. Waaaaa...


Ok. Saja je nak meluahkan. Trimalah hakikat. Esok kerja. N kerja banyak tak siap lagi ni.. Itu yang sebenarnye.. Appaa!!! Amma!!!

Kerja oh kerja!!!


TERINDAH BUATMU 10

Zaril kebosanan keseorangan menunggu Amar di lorong tersebut. Rasa menyesal pun ada. Namun, member punya pasal diturutkan sahaja walau tanpa rela hati. Memang dia telah menolak tadi, namun apabila Amar mengugut akan beritahu orang rahsia dia yang merancang menyerang Amir Firas tempoh hari, dia terpaksa akur.
Dia tak mahu reputasi dia sebagai lelaki yang hebat lagi macho tercalar. Nasibnya juga baik bila Firas tidak memanjangkan hal tersebut ke mana-mana pihak lebih-lebih lagi polis. Kalau tak, nyaya dia merengkok dalam lokap. Ish! Mintak simpang.
'Aduh! Mana Amar ni. Aku da bosan gile ni. Kalau aku tau tadi, tak datang pun takpe.' hatinya merengus.
Dia pun pelik Amar ajak jumpa di lorong tersebut, bukannya di tempat biasa. Namun disebabkan ingin menjaga keegoannya, dia datang juga ke situ.
Tiba-tiba Amar muncul bersama dua orang lelaki berbadan tegap yang tidak dikenalinya membuatkan jantungnya berdegup kencang.
'Kenapa pula Amar datang dengan lelaki tu? Dahlah muka pun menyeramkan' getus hatinya.
"Wei, mane ko pergi. Lama dah aku tunggu tau.." Zaril memulakan kata tanpa menghiraukan dua lelaki tersebut.
"Nie ke budak yang ko cakap tu?" Salah seorang lelaki itu bertanya kepada Amar. Tergagap-gagap Amar mengangguk.
"Ape ni Amar? Siapa dorang ni?" Zaril dilanda kepelikan apabila melihat muka Amar yang takut-takut. Pertama kali dia melihat Amat sedemikian rupa. Amar yang dikenalinya adalah seorang yang berani dan pantang dicabar. Namun Amar didepannya kini bukan Amar yang selama ini dikenalinya.
"Da.. da.. ko tak payah nak buat muka blurr ko kat sini. Cepat bagi aku RM500, jangan buang masa aku." Lelaki yang berparut di kening pula berkata.
"Ha? RM500. Mana aku ada duit banyak tu? Apa ni Amar?" Zaril semakin berasa tak sedap hati.
 Sampai minta duit pula. Memang dia tak ada duit sebanyak itu sekarang. Kalau dia ada duit banyak tu pun, dia takkan bagi. Tah sapa-sapa je, tiba-tiba nak minta duit orang.
"Maafkan aku Zaril. Ko kena tolong aku.." Amar berkata separuh merayu.
"Mana aku ada duit banyak tu. Dah lah aku nak bla. Sorrylah Amar." Zaril sudah membuka langkah untuk pergi dari situ.
Dia tidak betah melihat muka dua orang lelaki itu yang menyeramkan. Yang seorang berparut di kening, yang sorang tinggi macam galah namun memiliki badan yang sasa.
"Zaril, tolonglah aku.." Amar merayu lagi. Namun Zaril tetap berpusing dan terus melangkah pergi. Namun, baru selangkah dia menapak, lelaki yang tinggi memegang bahunya kuat.
"Ko jangan ingat senang-senang ko nak lari ya. Aku nak RM500 aku sekarang juga. Budak ni kata, ko datang bawak duit. Sebab tu kitorang datang sini. Kalau ko tak bagi...."
"Apa ko nak buat? Ko nak blasah aku?"
"Lebih dari itu aku boleh buat.." lelaki tersebut berkata sambil memainkan sebilah pisau rambo yang berkilat di hadapan muka Zaril membuatkan Zaril kecut melihatnya.
"Apa kena mengena dia dengan aku? Dia yang berhutang ngan korang, korang minta lah dia. Minta kat aku buat apa? Dah, lepaskan aku. Aku nak bla.." Zaril cuba menepis tangan lelaki tinggi itu dari bahunya. Namun tak berjaya lantaran pegangan yang kuat.
"Ko jangan nak main-main ngan kitorang ya..." serentak dengan itu, lelaki yang berparut membelasah Amar apabila diisyaratkan oleh lelaki tinggi itu.
Zaril terkedu melihat Amar ditumbuk dan diterajang oleh lelaki beparut itu.
"Wei, apa Amar da buat sampai macam tu sekali ko pukul dia?" Zaril memberanikan diri bertanya walhal hatinya sudah kecut melihat Amat dibelasah tanpa belas kasihan.
"Ko tanya apa dia dah buat?" Lelaki berparut bertanya sambil menarik rambut Amar yang sedang dalam keadaan berlutut itu membuatkannya terdongak ke atas.
 "Dia dah kalah, lagi mau lari."
"Ko berjudi Amar?" Zaril seakan tidak percaya. Sejahat-jahat dia, takdalah sampai nak buat benda-benda haram camtu yang akhirnya akan makan diri balik.
"Ak.. aku cuma main game aje.." Amar berkata-kata dalam keadaan lemah, cuba membela diri.
"Abis ko nak kata kitaorang yang salah. Yang ko main game judi tu buat apa sial.." serentak dengan itu, lelaki berparut tersebut menghayunkan penumbuknya ke muka Amar menyebabkan Amar terpaling lalu terjatuh.
"Sudah! Jangan banyak bunyi. Ko bayar duit aku cepat. Lepas tu ko boleh bla.." lelaki tinggi itu berkata tanpa melepaskan pengangannya di bahu Zaril.
"Masalahnya aku takda duit. Aku ni budak sekolahlah, bukannya ada banyak duit pun.." Zaril malas nak masuk campur. Apa Amar ingat dia bank ke, senang-senang nak minta duit kat dia.
Memdengar kata-kata Zaril membuatkan lelaki tinggi itu bengang. Dengan pantas tangannya yang sedang memegang bahu Zaril beralih ke tangan Zaril lantas mengilasnya ke belakang. Pisau segera diacukan di leher Zaril membuatkan Zaril terketar merasai kesejukan pisau itu dilehernya.
"Ko jangan nak macam-macam ya. Aku nak duit tu sekarang juga." Lelaki tinggi itu menjerit di telinga Zaril.
"Aku.. tak.. takde duitlah.." memang Zaril tiada duit sebanyak itu sekarang.
Mendengar kata-kata Zaril, membuatkan lelaki tinggi itu menjadi semakin berang. Lantas dengan segera diarahkan lelaki berparut mengeledah badan Zaril. Lelaki berparut tersebut akur lalu melepaskan Amar dan segera menuju ke arah Zaril untuk mengeledah badannya.
Apabila dilepaskan oleh lelaki berparut, Amar perlahan-lahan bersedia untuk melarikan diri. Tatkala lelaki berparut itu mengeledah badan Zaril, dengan pantas Amar berlari meninggalkan Zaril  bersendirian menghadapi dua orang lelaki itu. Baginya, nyawanya lebih penting dari Zaril. Kalau Zaril terselamat, akan dia pujuknya kemudian.
"Sial betullah!" Lelaki tinggi meludah ke tanah berang melihat Amar melarikan diri. Perhatiannya teralih kepada Zaril.
"Aku tak kira, kalau aku tak dapat duit tu sekarang, mak bapak ko takkan dapat jumpa ko lagi!"
Mendengar jerkahan itu, Zaril lantas bertindak. Dia perlu pergi dari tempat ini segera, kalau tak nyawanya yang akan hilang. Pantas tangan lelaki tinggi yang berada di lehernya itu digigitnya dengan kuat manakala lelaki berparut yang berada di depannya di tendang. Dengan segera dia berlari apabila dia terlepas dari pegangan lelaki tinggi itu. Dia terus berlari tanpa menoleh kebelakang.

Melihat Zaril telah melarikan diri, segera dua lelaki itu mengejarnya. Mereka tidak mahu terlepas tanpa mendapat kembali duit mereka. Sudahlah Amar terlepas, mereka tidak mahu Zaril turut terlepas. Sampai di satu simpang, mereka berpecah dua bagi mengejar Zaril. Lorong ni semua adalah makanan mereka. Jadi tak mungkin Zaril boleh terlepas dengan mudah.