Sunday 18 November 2012

Kawen + Cuti

Ok. Macam byak story jer kali nie.. watever pon, i'm happy. one of my best fren get married. semoga hubungan dorang kekal selamenyer... HAPPY WEDDING NONA!!!!

 Muke bahagia lepas da slamat nikah... hehehehheehe~~



even macam2 jadi kat dorang nie.. tapi orang kate, kalau dah jodoh tak kemana. nampak sesuai jer dorang kan. aku xmo komen lanjut pasal dorang. yang penting, aku happy sangat tengok kawan bek aku happy.
but,, one part y aku xle bla. time da abes mjlis nikah tu, kitorng dok r lepak2, borak2. roomate mmbe aku nie p r layan tamu. then dye cam nk ckap smthing ngn mmbe aku nie. tapi disebabkan roomate dye nie xbape kenal ngn kitorg, jadi dye ulang alik jer depan tmpat kitorg tgh borak2. smpilah mmbe aku nie prasan. membe aku nie pon tegorlah, "kenapa abang?". dengan sopannyer dye pon jawab, "nak amek barang, tapi xtau kat mane..." tros mmber aku nie pon bangun p kat dye. kitorng punyer gelak... ptt r asyk ulang-alek jer depan kitorg... hahahahhahaa~~~ malu2 rupenyer roomate nona nie.. tapi sweet r.
watever pon semoga korang kekal selamenyer yerk, smpai akhir hayat... aminnnnnn...
once again.. TAHNIAH NONA!!! aku happy sngat ko da selamat kawen.

disebabkan rumah nona nie letaknyer di TERENGGANU, jadi kitorg pon mengambil kesempatan ini untuk ber"CUTI".. yeahhhhhhh!!! tapi, rase penat plak kan dah jalan juh nie.. len kali r aku tepek gambar kat sini... hehhehehee...


Tuesday 13 November 2012

It's HIM again and again!!


Ok.. aku tetap aku. aku tetap suke en ZULHUZAIMY nie. dalam byak2 movie dye, aku paling suke movie nie. even watak dye jahat a.k.a antagonis, aku tetap suke dye dalam cite nie. bukan saje watak dye aku suke, cara pemakaian dye, cara dye persembahkan watak dye.. bagi aku sangat menarik.. and watak dye telah meneggelamkan watak utama a.k.a awal  (tambah annoying bile teringat time dye (AWAL) jadi MC kat ASK 2012) Wekkkkkkk!!! mmg tertido dah aku tgk ASK tu even tu lah event yang aku tunggu2 (Sebab le tgk pelakon2 yang aku suke). Sorry ya en AWAL. next year, cannot b u lah yer.. hehehehehehe~~

Ok, lupekan AWAL. Fokus!! kite cerite pasal en ZULHUZAIMY yer..!!! 

First aku start suke kat dye time tgk REMP-IT. even watak jahat, tapi aku suke. i like!! Tapi time tu so-so lagi r.. Then, one day aku ngok cite SALAM TERAKHIR. bergenang2 air mate nie.. Bese r, aku kan suke cite sedey2 y sad ending.. start dari tu aku start cam fanatik ngan dye nie r.. rase seronok sangat sebb ade bende y aku boleh buat untuk penuhkan minda aku nie. (asyik belajau jer, tepu r pale otak kan).
sampai satu tahap, aku pujuk bakal roomate aku blanjer aku p tgk teater dye. 




Sanggup tu aku p turun JB semate2 nk tgk teater dye. siap beli seat depan skali. mmg syok r bile dapat tgk dye depan mate.. rase puas sangat!!

Tapi xbestnyer tah camne tibe2 aku boleh jadi bek time tu. Mase dah abes show n nak mintak tandatangan pelakon, aku siap boleh beratur nk mintak sign en ZULHUZAIMY nie. (bese aku xberatur, men potong barisan jer..) jadinyer, aku dapat barisan blakang n en ZULHUZAIMY nie xle nk tgu lame2 sebab dye perlu ready untuk next show... waaa.... sangatlah sedey time tu. tapi xpe. janji aku da dapat jumpe dye depan2 pon dah cukup.
  bakal roomate aku sampai gigit tiket sebab panjang sangat barisan... Hehehehehe..



buat en ZULHUZAIMY, bile nak buat show kat MELAKA yerk? saya nak datang tgk show awak lagi.. =)

*** Harap2 en ZULHUZAIMY bace permintaan aku nie!! ***

OKlah.. kene sambung nanti. sebab kalau nak cerite pasal dye nie memang xabes. 
(actually nk upload movie dye tapi sebab besau sgt saiz, malas plak rase. biar ak ngok sorang2 je r.. hahahahhahaa)

ok. stop gelak. bye.



aku xigt link ape aku gune, tapi aku dapat dari youtube. really like dye main gitar..!!

Cerita Sedih Itu...

Aku Paling suke bace bahan bacaan sad ending. percaye x?? kalau tgk drama pon, aku suke y sad ending. sebab bagi aku hidup nie xslalu indah. jadi buat ape aku nk percaye dongengan duniawi yang mane setiap yang terjadi akan selalu berakhir dengan happy ending. kadang2 aku pelik dengan org y fanatik dengan korea (oppsss!! sorry ya!! just my opinion). yelah, kebanyakkan drama2 korea akan berakhir dengan happy ending (kebanyakkan, bukan semua yer!!). memang ade kehidupan y penuh ranjau yang dipertontonkan, tapi boleh ker sumer tu wujud di MALAYSIA nie? kalau KOREA bolehlah kot. yelah, depa wat story mesti base on cara hidup depa kan. macam drama2 melayu. buat story base on typical MALAYSIAN (Percintaan, Perebutan harta y bukan hak dia, dengki, taraf hidup yang berbeza n bla... bla.. bla...). memang r temanya sama KOREAN or MALAYSIAN. but cara penyampaian cerita is berbeza. ok. membebel panjang2 pon dah macam melalot jer aku rase.. hahahahaha~~ tapi, cite korea lagi best tgk dari cite melayu kalau time hati tgh bunge2.. hahahhahaaa~~

ok, actually baru2 nie, aku ade terbace satu cerpen karya budak Muar. meleleh kot aku bace. ye r, nie r salah satu sebab kenape aku suke sad ending. boleh nangis2.. hahahahhaaha~~
thank to her sebab dah buat air mata nie mengalir.. hehehehehee~~

SAYA DAN ARWAH CIKGU SAYA

Benarkah dosa menderhakai guru adalah sama seperti dosa menderhakai ibu bapa? Jika persoalan yang aku ajukan ini adalah benar, maknanya aku telah menderhakai Cikgu. Kesal? Tiada gunanya! Cikgu tidak akan mengampunkan aku, meskipun dosa sekecil zarah. Aku tahu, Cikgu masih terasa sukarnya mendidik seorang pelajar yang buta akan budi bahasa seperti aku.

Hairan. Sepanjang Cikgu mengajar aku, Cikgu tidak pernah mengeluh. Apatah lagi berputus asa. Cikgu jarang mengadu kepada kedua orang tuaku berkenaan sikap aku di sekolah. Bagi Cikgu, setiap pelajarnya seperti anaknya sendiri termasuklah aku. Dia bertanggungjawab mencurahkan segala ilmu kepada anak didiknya. Sememangnya, Cikgu banyak berkorban untuk menjadikan pelajar-pelajarnya berdedikasi dan cemerlang dalam pelajaran.

Jadi, kenapa aku terlalu berdendam dengan Cikgu? Barangkali aku mula membenci Cikgu pada hari pertama Cikgu menjejakkan kaki ke sekolah ini. Ketika itu, Cikgu sedang meneliti markah subjek Sains kelas aku melalui rekod peperiksaan.

“Siapa murid bernama Hidayah?” soal Cikgu dengan suara yang nyaring. Mata Cikgu yang beralaskan kaca mata terbelalak menandakan kemarahan Cikgu semakin memuncak.

“Aku”. Aku mengangkat tangan.

Cikgu melempar rekod peperiksaan ke muka aku. Tidak cukup dengan itu, Cikgu memukul pula bahu aku dengan buku teks Sains. Pedihnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.

“Dahlah markah teruk, tak ada budi bahasa pula tu! Guna ‘saya’ kalau nak bercakap dengan cikgu. Kalau tak, teruk aku kerjakan kau!” ugut Cikgu. Sejak itulah aku mula membenci Cikgu dan memasang niat untuk menyakitkan hati Cikgu. Tidak kusangka, Cikgu lebih kasar daripada guru-guru lain. Walaupun Cikgu masih dalam lingkungan 20-an dan kelihatan baik dari luarannya, namun aku tidak menyangka bahawa Cikgu mampu bersikap sedemikian rupa terhadap diriku ini. Aku rasa tercabar dengan reaksi yang diberikannya, mungkin kerana sebelum ini belum ada seorang guru pun yang mampu berhadapan denganku.

Entah mengapa, hampir sebulan aku tidak nampak Cikgu. Dengar kata, Cikgu sekarang ditahan wad di Hospital Sultanah Fatimah Muar. Bagi aku, memang patut Cikgu ‘tinggal’ di sana. Dapatlah Cikgu menjauhkan diri daripada aku. Lagipun, aku tahu Cikgu amat letih melayan kerenah aku yang sentiasa mewujudkan masalah.

Aku masih ingat lagi ketika Cikgu sedang mengajar kami mengenai pembiasan cahaya, aku mencampakkan renyukan kertas ke belakang badan Cikgu berkali-kali. Matlamat aku, supaya Cikgu keluar dari kelas secepat mungkin. Zulaikha, yang duduk di sebelahku, berkali-kali juga melarang aku mengganggu Cikgu mengajar. Tetapi aku tetap menjalankan ‘kerja murni’ itu. Semua kawanku kelihatan pucat kerana ketakutan. Mereka memang takut benar melihat Cikgu marah.

Entah dari mana silapnya, aku terbaling nota sebesar tapak tangan ke arah Cikgu. Lebih teruk lagi apabila Cikgu memalingkan muka. Balinganku tepat mengenai cermin mata Cikgu lalu pecah. Cikgu meraung kesakitan kerana serpihan kaca terlekat pada matanya sehingga berdarah. Aku terpana sementara kawan-kawanku menjerit seperti histeria.

“Kau ni, Hidayah! Dah beberapa kali aku cakap, jangan kurang ajar pada cikgu! Kau memang jahat!”. Pekikan Zulaikha masih aku ingat sebelum dia memutuskan persahabatan kami yang sudah lama terjalin tiga tahun lalu. Aku terpana lagi sekali. Malang sungguh diri aku ketika itu, seolah-olah sudah panas berbaju pula. Akibat daripada sikap aku, Cikgu diberi cuti selama seminggu dan perlu banyak berehat. Tetapi Cikgu tidak endahkan nasihat doktor. Sebaliknya Cikgu datang ke sekolah keesokan harinya dengan tampalan luka di tepi matanya.

“Hei, Hidayah. Kau ingat aku tak tahu apa niat kau cederakan aku?” soal Cikgu. Aku sekadar berdiam diri.

“Kalau nak halau aku pun, janganlah sampai cederakan aku, bodoh!” sindir Cikgu sambil menjeling tajam. Sumpah! Aku tiada niat untuk mencederakannya. Aku tidak sengaja. Apa yang patut aku lakukan? Ah, minta maaf sajalah!

“Aku akan pastikan kau merana, Niezam”. Bukan! Bukan itu yang patut aku lafazkan! Kenapa aku begitu payah menyebut perkataan “maaf” pada Cikgu? Tidak semena-mena aku mendapat tamparan daripada Cikgu di khalayak ramai.

“Kau memang kurang ajar. Tapi walau apa pun yang terjadi aku akan tetap didik kau, sampai aku mati”.

Aku tersentak setelah bahuku dicuit oleh seseorang. Rupa-rupanya Aunee. Dia mahu aku menemani dia ke hospital untuk melawat Cikgu. Katanya, kesihatan Cikgu turun secara mendadak. Kadang-kadang aku begitu kagum dengan Aunee. Dia kerap melawat Cikgu tidak kira pada hari Peperiksaan Percubaan UPSR mahupun Gerak Gempur. Dia betul-betul mengambil berat terhadap Cikgu kerana Aunee amat menghormati guru. Tapi sayang, ramai menyangka bahawa dia suka mengampu guru.

“Jomlah, Hidayah. Lagipun tinggal kau seorang saja yang belum lawat Cikgu Niezam, kan?”

“Aku tak naklah. Dia bukannya suka aku pun. Entah-entah dia halau aku. Buat bengang je”

“Hanya sekali saja. Lepas kita jenguk cikgu, kita baliklah. Takkanlah kau tak nak tahu keadaan Cikgu Niezam?”. Aku terdiam setelah mendengar pertanyaan Aunee. Sebenarnya, aku bukan sahaja risau dengan keadaan Cikgu, malah aku juga ingin tahu apakah penyakit yang Cikgu hidapi. Tetapi perasaan segan menguasai diri aku. Mana tidaknya, aku adalah murid yang paling jahat di sekolah ini. Jadi, sudah tentu aku akan dipandang pelik oleh Cikgu. Peliknya seperti sang kancil dalam sekumpulan gajah.

“Tak mungkin cikgu halau kau. Aku rasa dia lebih suka kau lawat dia, Hidayah” ujar Aunee lalu tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Aku terdiam buat kali kedua. Betulkah Cikgu lebih suka kalau aku juga melawat sama? Kata-kata Aunee membuatkan aku teringat sesuatu. Sesuatu yang membuatkan kebencian Cikgu terhadap aku semakin meluap-luap.

Waktu itu, Cikgu mengarahkan semua kawan sekelasku menghantar kertas latihan Sains. Mereka patuh akan arahan Cikgu kecuali aku. Seperti sudah mengagak siapa yang belum hantar, Cikgu mendekati aku dengan menggenggam sebatang rotan buluh. Semua kawan sekelasku menutup mata masing-masing, barangkali tidak sanggup melihat kekejaman sebentar lagi.

“Mana kertas kau, Dayah?”

“Nama aku Hidayah, bukan Dayah!”

“Mana kertas kau? Cikgu nak tengok sekarang”

“Aku tak ada kertas. Minggu lepas aku tak dapat”

“Kau jangan nak berbohong! Cikgu dah bagi pada kau. Mana kertas latihan!?”

“Aku tak dapatlah”

“Cepat bagi pada cikgu!!”

“Kau pekakkah? Aku cakap tak dapat, tak dapatlah! Tak faham ke, hah!!” aku meninggikan suara. Sepantas kilat belakang aku dilibas rotan bertubi-tubi.

“Cakap! Mana kertas latihan cikgu!”

“Aku tak dapatlah, pekak!!!”. Sekali lagi aku mendapat habuan, tetapi kali ini lebih perit sehinggakan aku menjerit kesakitan. Oleh kerana tidak dapat menanggung kepedihan, aku menendang kaki Cikgu. Ketika Cikgu menundukkan kepala, aku menolak pula badan Cikgu ke tepi. Cikgu terjelepok jatuh.

“Kau memang murid kurang ajar, Hidayah! Aku benci kau!!!!!!” pekik Cikgu. Semenjak itu, aku terus membenci Cikgu. Semua kertas latihan yang Cikgu beri, akan aku koyakkan di hadapan mata Cikgu. Tidak cukup dengan itu, aku memijak kertas latihan itu sehingga kumal. Aku tahu, kertas latihanlah kunci utama amarah semua guru. Tetapi Cikgu agak berlainan. Cikgu lebih bersabar walaupun teguran kasarnya masih ada. Apabila aku menghancurkan kertas latihan, Cikgu akan menghulurkan kertas latihan baharu. Apabila aku memijak kertas latihan, Cikgu akan menggantikan kertas latihan yang baharu. Begitulah keadaannya; menghancurkan dan menggantikan berulang-ulang sampailah aku berhenti kepenatan.

“Kalau kau betul-betul benci aku, kenapa kau tetap nak beri aku kertas latihan kau?” soal aku, geram bercampur hairan.
“Sebab aku akan tetap mengajar kau, walaupun aku benci kau” ujar Cikgu sambil menghulurkan kertas latihan yang ke-23. Aku sekadar membisukan diri diiringi dengan cebikan bibir.

Suatu hari, aku menimbulkan masalah lagi. Senyap-senyap aku mengempiskan tayar motorsikal KRISS Cikgu. Selepas itu, aku bergaduh pula dengan tiga orang murid dari kelas 6 Akiff. Seorang daripadanya hampir patah gigi manakala yang lagi dua orang mendapat lebam di mata. Mereka dibawa ke klinik desa dan aku menjadi urusan Guru Besar. Ketika aku disoal siasat di pejabat, tiba-tiba Cikgu muncul.
Ya Tuhan. Aku terkejut melihat penampilan Cikgu, seperti orang sakit. Pertama kali tali leher Cikgu tidak diikat kemas. Mata Cikgu merah dan wajahnya kelihatan amat pucat. Dari gerak langkah Cikgu, aku dapat mengagak bahawa Cikgu menahan sesuatu. Tapi apa?
“Cikgu Niezam? Ada apa cikgu ke mari?” soal Guru Besar, tertanya-tanya akan kehadiran Cikgu.

“Masalah murid dari kelas saya adalah masalah saya juga. Saya berhak mengetahui segala-galanya” ujar Cikgu. Suaranya agak tersekat-sekat. Setelah mendengar penjelasan, Guru Besar mengangguk lalu mempersilakan Cikgu duduk, tetapi Cikgu menolak lembut.
“Sebenarnya, murid cikgu terlibat dalam pergaduhan melibatkan tiga orang murid 6 Akiff. Ketiga-tiganya sekarang berada di klinik kerana tercedera. Saya mahu murid perempuan ini digantung sekolah selama setengah tahun”. Ketegasan Guru Besar membuatkan aku terpana. Bukan kerana kecewa, tetapi aku berasa gembira. Jika aku digantung sekolah, sudah tentu aku tidak akan belajar lagi. Oh, indahnya!

“Tak! Saya tak setuju! Dayah akan menduduki UPSR tahun ni, Guru Besar. Saya tak nak dia ketinggalan dalam pelajaran. Serahkan masalah ini pada saya...” Cikgu merayu. Secara tiba-tiba, Cikgu hampir tumbang ke lantai. Mujur Cikgu memegang kerusi yang aku duduki. Kemudian, Cikgu menyambung, “Biar saya saja yang uruskan murid ni”.

“Cikgu Niezam. Cukup-cukuplah tu. Walaupun cikgu mengajar budak ni pun, dia tetap dungu juga. Tengok, prestasi dia bukanlah bagus sangat. Prestasi dialah yang telah mencacatkan imej sekolah kita. Saya rasa lebih elok kalau dia digantung sekolah”. Kata-kata Guru Besar betul-betul menikam hati aku. Mudah betul dia memanggil aku “dungu”.

“Tak!! Murid saya tak dungu!!! Saya boleh....” secara tiba-tiba suara Cikgu tersekat-sekat seolah-olah saluran pernafasannya tersumbat. Cikgu menekap dada diiringi kerutan dahi. Wajah Cikgu menjadi kebiruan. Perlahan-lahan aku melihat Cikgu rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri.

Cikgu dikejarkan ke hospital dan ditahan wad. Kata Guru Besar, keadaan Cikgu amat kritikal. Jika terlambat, boleh membawa maut. Namun, aku tidak mengambil peduli akan perkembangan kesihatan Cikgu. Bagi aku, dia bukannya ahli keluarga aku. Jadi tak perlulah aku mengambil kisah sangat. Lima hari kemudian, Cikgu hadir ke sekolah semula.

Semenjak itu, Cikgu makin kerap pengsan. Pernah sekali Cikgu rebah ketika perhimpunan rasmi berlangsung. Riuh satu sekolah apabila nadi Cikgu tidak berdenyut. Setelah dibuat CPR, barulah Cikgu sedar. Keadaan Cikgu amat teruk. Tubuhnya semakin susut dan wajahnya sering lesu. Namun begitu, Cikgu masih cekal mengajar kami dan yang lebih penting, sifat bengis Cikgu tidak pernah surut.
Aku masih ingat lagi, semasa Peperiksaan Percubaan UPSR kali kedua, aku dituduh meniru oleh seorang guru wanita yang dikenali sebagai Cikgu Siti. Cikgu Siti memang terkenal dengan sifatnya yang suka mencari kesalahan pelajarnya terutamanya aku. Ada sahaja kesalahanku di matanya. Aku sendiri tidak faham apa dosa aku di mata guru pertengahan umur itu. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku seksa dia. Tetapi aku masih lagi waras dan memiliki sifat perikemanusiaan.

Disebabkan tuduhan Cikgu Siti, aku ditahan di bilik kaunseling. Seperti biasa, aku ditemani oleh Cikgu Niezam. Buat pertama kalinya kami tidak bertelagah selama 35 minit. Sepanjang 35 minit itu, Cikgu tidak henti-henti batuk dan mengurut dada. Aku yang duduk di hadapan Cikgu menjadi rimas.

“Kalau kau nak sebarkan virus, jangan sebarkan kat sini” sindir aku. Cikgu hanya membisu seribu bahasa. “Boleh aku tahu kau sakit apa?” sambung aku lagi.

“Buat apa kau nak tahu? Cikgu yang sakit, bukan kau! Tak payah nak menyibuk pasal cikgu. Diri sendiri tak terjaga, nak masuk campur hal cikgu pula!”

“Hoi, Niezam! Kalau sehari kau tak tengking aku tak boleh ke?”

“Tak boleh! Bila kau dah jaga budi bahasa, baru aku tak tengking kau”. Aku terdiam. Sakit hati betul! Lantas aku capai majalah-majalah dari rak belakang lalu membalingnya ke arah Cikgu.

“Kau memang cikgu jahat! Kalau dah benci sangat kat aku, tak payahlah tengking aku hari-hari! Selama ni kau berpura-pura nak ajar aku, kan? Kau sendiri dah tahu, aku ni murid bodoh!! Semua orang dah cakap aku ni bodoh. Kakak. Ayah. Cikgu Siti. Guru Besar. Kawan-kawan. Semua dah mengaku aku ni bodoh. Tinggal kau saja tak mengaku. Tak habis-habis berlakon nak mengajar aku konon. Cakap sajalah aku ni bodoh! Tak payah seksa aku macam ni. Cakap sajalah!!!” aku meluahkan perasaan. Tanpa disedari, manik-manik jernih jatuh berlinangan membasahi pipiku. Sebenarnya, sudah lama aku pendam perasaan ini. Ternyata memendam perasaan lebit memeritkan. Di dalam bilik kaunseling yang hening itu, aku menangis teresak-esak.

“Kau nak tahu kenapa cikgu ‘pura-pura’ mengajar kau?”

Aku sekadar menunduk.

“Sebab cikgu tahu kau tak sebodoh yang mereka sangka”

“Bohong!”

“Cikgu tak bohong. Cikgu yakin dengan kebolehan kau, Dayah. Sejak pertama kali cikgu lihat kau, cikgu yakin kau antara murid yang berjaya. Cuma kau terlalu banyak memendam masalah kau sampaikan keyakinan diri kau untuk berjaya berkurang. Sebab itu cikgu lebihkan perhatian cikgu pada kau. Didik kau lebih daripada semua murid. Ajar kau menjadi seorang yang berbudi bahasa. Aku buat semua ni semata-mata untuk melihat kau tak dipandang serong oleh mereka, Dayah” ujar Cikgu dengan panjang lebar. Cikgu menanggalkan cermin matanya lalu menyeka air mata. Kemudian, Cikgu menyambung bicara, “Walau seteruk mana pun cikgu di mata kau, cikgu sentiasa menyokong kau dari belakang meskipun kau tak sedar semua tu”.

Ya Tuhan, mengapakah selama ini aku tidak sedar langsung niat murni Cikgu? Selama ini Cikgu mengherdik aku hanya untuk mendidik aku supaya lebih bersopan. Selama ini Cikgu bertegas mengajar aku hanya untuk aku tidak dipanggil “bodoh” lagi. Mengapakah selama ini aku tidak menyedari semuanya? Malu sungguh jika dikenangkan kembali tindakan jahatku kepada Cikgu. Tidak tergambar rasanya perasaanku kali ini. Aku hanya mampu menangis.

“Cikgu takkan hidup lama, Dayah. Kalau boleh, cikgu tak nak mati kerana penyakit ni. Tapi, tak mustahil, bukan? Cikgu akan mati bila-bila masa saja. Jadi, sebelum Malaikat Izra’il mencabut nyawa cikgu, cikgu mahu lihat kau berjaya dahulu. Cikgu nak lihat kau diselubungi budi bahasa. Jika diizinkan Tuhan, cikgu juga nak lihat cita-cita kau tercapai..”. aku hanya mampu membatukan diri. Apakah benar Cikgu tidak dapat hidup lama? Ya Tuhan, Cikgu sakit apa sebenarnya?

Dalam masa dua bulan, Cikgu tabah mendidik aku. Hari demi hari prestasi ujian aku semakin bagus. Guru Besar tidak lagi menghina aku, malah mula membantu aku dalam pelajaran. Cikgu Siti pula lebih kerap menjauhkan diri daripadaku. Barangkali dia segan. Aku juga sudah mendapat kawan yang ramai, tinggal Ayah sahaja yang masih mengungkap perkataan “bodoh”. Tidak kusangka, berkat kesabaran Cikgu telah membuktikan kejayaan. Cuma satu sahaja yang masih belum; budi bahasa aku. Semenjak namaku tersenarai antara murid cemerlang, aku memasang tekad untuk meminta maaf kepada Cikgu. Tetapi, aku masih lagi pengecut!

Di pagi Jumaat yang hening, bacaan Yaasin dan tahlil beramai-ramai diadakan khas untuk calon-calon UPSR. Bacaan Yaasin berlangsung di dewan terbuka. Ibarat ditempuh gajah lalu, aku terpaksa duduk di sebelah Cikgu. Waktu itu, Cikgu segak memakai baju Melayu biru. Baru aku sedar, Cikgu begitu gemar memakai baju dan tali leher biru. Barangkali warna biru adalah warna kegemaran Cikgu.
Sepanjang tahlil berlangsung, Cikgu terbatuk berkali-kali. Semakin lama, semakin kuat. Tetapi batuknya tidak kedengaran memandangkan bacaan Yaasin dibaca agak kuat oleh murid-murid dan guru. Maknanya, hanya aku sahaja yang mendengar batuk Cikgu, tetapi aku berpura-pura tidak mendengar.

Setibanya ayat ke-75 surah Yaasin, nafas Cikgu kedengaran agak berat. Kedengaran amat payah untuk Cikgu menarik nafas. Cikgu berdehem berulang kali sehingga mencuri perhatian aku. Tiba-tiba Cikgu memanggil aku, “Dayah...”. Tetapi, aku masih berpura-pura tidak mendengar.

“ARGH!!”. Tanpa diduga Cikgu mengerang kesakitan sebelum rebah di hadapan aku. Cikgu meronta-ronta bagaikan terkena renjatan elektrik sehinggakan cermin matanya terjatuh. Lima orang murid menjerit setelah terlihat darah pekat mengalir laju dari mulut Cikgu. Cikgu memandang aku dengan penuh kesakitan sebelum nafasnya tiba-tiba terhenti.

“Cepat! Telefon ambulans!!”. Suasana tahlil bertukar menjadi huru-hara dalam sekelip mata...

“Cikgu Niezam. Aunee datang ni. Aunee ajak seorang murid cikgu sekali. Tentu cikgu nak jumpa dia, kan?” ujar Aunee dengan nada yang begitu lembut. Pada mulanya, Cikgu tidak membuka mata. Setelah Aunee menyebut nama aku, barulah Cikgu membuka mata perlahan-lahan.

Sayu rasanya hati aku tatkala melihat keadaan Cikgu. Tubuh Cikgu dipenuhi jalur-jalur wayar. Di kiri kanan tangan Cikgu dimasuki tiub. Tidak cukup dengan itu, Cikgu dipakaikan pula tiub pernafasan yang kukira agak kurang selesa apabila dipakai. Mahu sahaja aku menangis di situ, tetapi aku masih boleh bertahan.

“Buat apa kau datang sini?” soal Cikgu dalam keadaan yang lemah. Aku memandang wajah cengkung Cikgu. Tidak terlafaz kata tatkala aku merenung mata Cikgu. Mata yang penuh dengan penderitaan. Mata yang sarat dengan kesakitan. Tetapi, kenapa sampai sekarang Cikgu masih menyembunyikan penderitaan itu daripada aku?

Lantas aku keluar dari wad Cikgu, meninggalkan Aunee yang tercengang-cengang. Bukan kerana makan hati terhadap teguran Cikgu, tetapi aku tidak tahan melihat kesengsaraan ditanggung Cikgu. Bodohnya aku! Selama ini aku menyeksa seorang insan yang menghidap penyakit. Menyesal? Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kesalnya aku, umpama anjing tersepit di pagar. Bagaimanakah caranya untuk aku meminta maaf? Aku tahu, masa semakin suntuk...

Seminggu kemudian, sekolah aku digemparkan khabar angin aneh; Cikgu datang ke sekolah! Ramai murid tertanya-tanya sama ada khabar angin itu benar atau sebagai omongan nakal sahaja. Apabila aku bertanyakan kesahihannya kepada Aunee, dia mengiyakan.
“A’ah. Cikgu Niezam datang sekolah hari ni. Sepatutnya doktor tak bagi dia keluar wad sebab sepatutnya hari ni dia ada kemoterapi. Tapi dia tetap degil nak ke sekolah juga”. Aunee menjelaskan segala-galanya. Aku mengangguk tanda faham. Apa tujuan Cikgu hadir ke sekolah ini sebenarnya? Mustahil Cikgu tidak memahami tegahan doktor.

Apa-apapun, petang semalam aku mendapat buah fikiran yang bernas untuk meminta maaf kepada Cikgu. Senyap-senyap aku keluar ke bandar untuk membeli tali leher biru bercorak jalur hitam tanpa pengetahuan Ayah, tetapi aku sudah meminta izin Emak sebab aku tahu hanya Emak sahaja yang mengerti perasaan dan kemahuan aku. Setelah selesai menyiapkan kerja sekolah, aku membalut tali leher tesebut dengan sampul hadiah. Hanya ini sahaja jalan penyelesaiannya; memberi hadiah dan meminta maaf kepada Cikgu.
Benar kata orang, kita merancang, Tuhan yang menentukan. Aku tidak menemui Cikgu sampailah masa persekolahan tamat. Aunee juga tidak menemui Cikgu, baik di bilik guru mahupun di makmal sains. Barangkali hari ini aku belum diizinkan Tuhan untuk bertemu dengan Cikgu. Jikalau begitu, hari esok sahajalah aku meminta maaf kepadanya.

Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Bas sekolah Pak Cik Azmi masih belum muncul. Hendak kata aku keluar lambat, mustahil sama sekali! Aku keluar dari sekolah lebih awal daripada semua murid. Jadi, ke mana pula bas Pak Cik Azmi pergi?! Argh!! Nampaknya aku kenalah jalan kaki ke rumah sejauh 3 kilometer.

Sambil berjalan, aku menyumpah-nyumpah Pak Cik Azmi. Kalau aku lambat pun, janganlah tinggalkan aku. Tidak mengapa, hari esok siaplah dia aku kerjakan! Sudah jatuh ditimpa tangga, aku terpaksa pula mengharungi renyaian hujan. Malang sungguh nasib aku ketika ini. Dalam keadaan yang basah lencut, aku melindungi hadiah Cikgu dengan tudung aku memandangkan beg sekolah aku dibasahi hujan.

Di saat renyaian hujan berlagu, aku dapat melihat jelas Cikgu yang sedang menunggang motorsikal di seberang jalan. Nampak gayanya seolah-olah Cikgu menuju ke sekolah. Aku ingin memanggilnya, tetapi entah mengapa perasaan bimbang menerjah, membuatkan aku terpaku dan tidak mampu bergerak. Dalam keadaan dingin, aku tidak sengaja menyaksikan sendiri saat Cikgu pitam lalu jatuh dari motorsikalnya.

Aku tergamam dan meminta tolong. Sementara menunggu pertolongan, aku menuju ke arah Cikgu yang terbaring lesu di atas jalan raya nan basah. Belum sempat aku menghampiri, sebuah lori putih muncul tanpa disedari dan menggilis Cikgu. Percikan darah Cikgu mengenai muka dan tudungku. Aku terkejut dan hanya mampu memandang sekujur tubuh yang kaku di atas jalanan, ditinggalkan begitu sahaja.
Perlahan-lahan aku menghampiri tubuh Cikgu. Ngeri. Terlalu banyak luka di sekitar kepala dan tangannya. Kedua-dua kaki Cikgu seperti sudah tidak boleh bergerak lagi. Ada serpihan kaca dari cermin mata melekat di leher Cikgu. Baju Cikgu dipenuhi darah yang bercampur dengan air hujan. Syukur, Cikgu masih bernafas. Adakah ini masanya untuk aku minta maaf? Adakah ini masanya untuk aku menghulurkan hadiah ini?

Semua orang datang menyaksikan kemalangan itu secara dekat. “Cikgu..cikgu..” pertama kalinya aku memanggil nama itu. Sepantas kilat Cikgu tersenyum lemah setelah aku ungkapkan ayat “cikgu” kepadanya. “Saya..minta..”. belum sempat aku berbicara, kedengaran Cikgu bernafas dengan amat berat. Aku terkesima dan ditarik oleh seseorang. Badanku dirangkul oleh seorang wanita tua seolah-olah tidak mahu aku menyaksikan detik sayu itu. Aku tergamam sehingga hadiah dari tanganku tergolek ke tangan Cikgu.

Perlahan-lahan Cikgu memegang hadiah itu. Dan secara tiba-tiba darah membuak-buak keluar dari mulutnya. Seorang lelaki dalam lingkungan 30-an membisikkan kalimah syahadah ke telinga Cikgu. Lama-kelamaan, nafas Cikgu menjadi lemah dan kemudian terhenti.
Tidak..tidak mungkin! Cikgu belum mati lagi. Mustahil! Aku menjerit-jerit memanggil Cikgu. Tidak cukup dengan itu, aku menggoncang bahu Cikgu sekuat hati dengan harapan agar Cikgu bangun secepat mungkin. Tetapi tidak memberi apa-apa respons. Tubuh cikgu semakin longlai. Hadiah yang masih di tangan Cikgu semakin dibasahi darah.

“Kenapa semua orang tak telefon ambulans tadi, hah!?” aku menengking mereka yang asyik melihat detik kematian Cikgu. “Kau orang memang nak tengok cikgu aku mati, kan! Sebab tu la kau orang jadi penonton je! Kau orang memang pembunuh!!” aku menjerit bagaikan dirasuk hantu. Semua orang terdiam, ada di antaranya mentetawakan kata-kata aku.

“Cikgu! Bangunlah! Saya minta maaf!”. Cikgu tidak memberi reaksi, hanya darah sahaja yang kelihatan mengalir. Ya Tuhan, kenapa kau ambil nyawa cikgu sebelum aku sempat meminta ampun? Kenapa mesti aku yang melihat detik kematian Cikgu? Aku sudah menjadi murid derhaka! Entah mengapa, hujan masih belum berhenti, seolah-olah sama-sama menangis bersama aku.

Benar madah pujangga, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Guru terlalu banyak berkorban demi melahirkan anak bangsa berwawasan tinggi. Tetapi sayang, hanya kita sebagai pelajar sahaja tidak menyedari apa yang mereka lakukan. Kita sakitkan hati mereka tidak kira masa. Namun beringatlah, ajal maut di tangan Tuhan. Kita tidak tahu bilakah kita akan pergi. Sebelum terlambat, berterima kasih dan minta maaflah kepada mereka, kerana berkat ilmu yang kita peroleh datangnya dari guru..




Cerpen ini khas buatmu..
Allayarham Cikgu Muhd Niezam Abd. Haqim
al-fatihah...
WAAAAAAA!!!! sangat2 sedey.. menginsafkan aku.. =(
thanks to all my teachers and lecturers y sudi mengajar saya sampai pandai. Jasamu akan kukenang sepanjang hayatku. aku doakan kalian semua sentiasa didalam rahmat dan lindungan TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG. Aminnnnn....
Special Thanks to all my teachers n lecturers
# Tadika Kemas Pulau Gadong
#Tadika Taman Pokok Mangga
# Sekolah Kebangsaan Klebang Besar
# Sekolah Agama KAFA
# Sekolah Rendah Agama Klebang Besar
# Guru2 agama aku (Arwah Atok Johari, Ustaz Alba)
# Pusat2 Tusyen yang tak ingat nama
# Sekolah Menengah Sri Tanjung
# Sekolah Menengah Sultan Alauddin
# Sekolah Menengah Sains Muar
# Kolej Matrikulasi Kedah
# Universiti Teknologi MARA Malaysia
Tak lupa jugak kawan2 dan bos yang sudi mengajar aku ilmu pekerjaan
# TTK Engineering Agency
# IRA TEKNIK CONSULTING ENGINEERS
Paling penting, Trima kasih tak terhingga buat
# Kedua ibu bapa ku yang sudi mendidikku sejak lahir hingga sekarang (da nak jadi bini org pon) tanpa jemu2.
Akhir sekali, SYUKUR ku panjatkan ke TUHAN yang MAHA ESA sebab memberiku nikmat kehidupan yang tak terhingga. TERIMA KASIH YA ALLAH!!!
*** Mode sedih lepas bace cerpen nie kan =) *****
 
 

KoleKsi SaYa - DETECTIVE CONAN


Actually bende nie da lame nak update.. aku paling suke kumpul barang2.. pastu amek gambar... then, SHOUT!!! waaaa.... banyaknyer ape y aku kumpul.. sungguh ku tak sangka... WAAAAA....

Ok, boleh kongsi skit tak?? hhahahaha~~

Aku suke ngumpul start zaman sekolah menengah..
First bende yang aku kumpul ape tau?? KOMIK... hahhaahahaa~~ aku suke gile kat DETECTIVE CONAN ok.. sampai bakal roomate aku cite kat sume tukang kedai yang aku beli komik nie tentang koleksi aku.. buat aku segan jer... hahhahahahahaa~~


haaa... tengok!! kan aku da kate, koleksi DETECTIVE CONAN aku mmg penuh.. tapi aku suke y kulit kaler coklat nie je lah... y len aku kureng sikit... yelah, ade tu gambar xmenarik langsung. sebab en aoyama nie mybe soh dye punyer junior lukis kot. jadi lukisan tu xsecun dye punyer lukisan tau. jadi, kurengg feel skit nak bace... hehehehheheehe~~

Disebabkan en Detective nie hanye kuar 2 bulan sekali, bahan bacaan aku jadi kurang. So, aku pon mulelah beli komik2 y len.. tapi, aku bukan heavy komiker r.. (eh, Betol ker ayat aku nie??) 


yeker x heavy?? ye kot ek.. bukan banyak pon komik aku.. setakat satu rak pon xpenoh... hehehehehehe~~ aku penah tengok member aku punyer komik lagi banyak. sampai penuh almari.. Time aku blaja dulu, kalau p umah dye jer, mesti bawak balek komik (pinjamler konon2.. tapi lame gile pnjam.. hahahahhaha...)


Disamping tu, aku ade gak beli novel2.. paling aku suke + admire =nak jadi cam dyelah kan (konon2).. tak lain tak bukan.. en AHADIAT AKASHAH.. waaaaa... aku realllyyyy2 admire dye sampai bercite-cite nak jadik cam dye one day t (time kecik2lah..) tapi tu sume cam payah nak jadi kenyataan jer skrang memandangkan ape bidang y aku amek r kan.. hehehehhee~~


Tempat aku paling suke dalam bilik aku... mini library... waaaaaa... sebb kat sini sume buku2 hiburan aku ade. kadang2 dok berjam2 depan rak2 nie sbb nak pilih buku jer... hahahhahahaa~~ it's my hobby.. so wat??

ok.. next time aku rase nak share lagi r collection aku.. cam rase puas jer bile tengok bende nie sume.. hehehehhehee~~~


Ok. aku suke gelak.. that all. nite!