Wednesday 29 March 2023

TERINDAH BUATMU 15

 Zaril Hakimi bernyanyi-nyanyi kecil sambil menunggu adiknya, Zarith Sofea, di gazebo yang terletak di Dataran Cendikia di dalam Universiti Teknologi MARA (UITM) itu. Bukan dia tidak perasan, kebanyakkan orang yang sebahagian besarnya pelajar perempuan yang lalu lalang di situ akan mengerling ke arahnya.

Hari ini dia memakai t-shirt putih berlengan hitam berkolar berjenama polo serta berseluar jeans kelihatan cukup santai ditambah dengan cermin mata hitam yang sengaja tidak ditanggalkan. Misainya dibiarkan tumbuh nipis bagi mempamerkan kematangannya. Dia tahu, dengan penampilannya yang begitu, sudah cukup membuatkan para gadis sekurang-kurangnya akan mengerling melihatnya.

Dia tersenyum sendiri. Perangai yang tidak dapat diubah sejak dahulu walaupun telah berkawan baik dengan Firas yang jauh lebih kacak dari dirinya. Mujurlah setelah berbaik dengan Firas, Farah tidak lagi menjadi impiannya lantaran terdapat pelajar junior yang lebih cantik dari Farah. Kalau tak, tak tahulah sama ada dia dapat berbaik dengan Firas atau tidak.

“Hai handsome! Kenapa senyum sorang-sorang ni..” suara yang memang dinantinya menyapa telinganya tiba-tiba.

“Zarith ni. Terperanjat abang. Kenapa lambat? Berjanggut abang tunggu kat sini..” Zaril pura-pura merajuk dengan adiknya itu.

“Alololo.. sorrylah my dear. Adik siapkan asigment sikit tadi. Terlupa tengok jam. Tu lah, lain kali dah sampai call..” Zarith membuat suara manja.

“Abang ingat Zarith tak sabar tunggu abang, rupanya terbalik pula. Adoi, payah camni..” Zaril pura-pura buat suara menyesal.

“Ala abang ni. Baru kali ni je kan. By the way, abang nampak handsome lah pakai camni. Patutlah on the way ke sini tadi adik dengar budak-budak bercerita pasal mamat korea datang sini tiba-tiba. Abang rupanya. Adik ingatkan Kim Kang Woo ke..”

“Dah.. dah.. tak payah nak bodek abang lebih-lebih. So, kita nak pergi mana ni?” Zaril menyembunyikan senyuman bangganya. Bukan dia tak tahu sekarang tengah hot gelombang k-pop di Malaysia. Dah alang-alang mukanya Chinese look, terus dia memotong rambutnya gaya korea. Untung-untung boleh sangkut gadis korea ke.

“Eh abang ni. Senyum-senyum pula. Bangga lah tu orang puji dia. Perasan.”

“Eh, sukati abanglah. Abang tanya ni, kita nak pergi mana ni?” muka Zaril sudah merona merah lantaran malu diperli adiknya itu.

“Jomlah. Ikut aje Adik..” Zarith lantas menarik tangan Zaril untuk mengikutinya.

 

 

Juliana yang memerhatikan aksi pasangan dihadapannya tadi berasa jengkel.

‘Dalam U pun korang nak mengedik-gedik bermanja bagai.’ Getus hatinya.

Yang sebenarnya dia marah sebab lelaki tersebut adalah jejaka yang menggganggu lenanya sejak pertemuan pertama dahulu. Melihat Zarith yang bersama jejaka itu, membuatkan hatinya membengkak.

Dia memang ‘kureng’ sikit dengan Zarith kerana baginya Zarith adalah anak orang kaya yang gedik. Dia memang cukup anti dengan minah gedik. Rasa meluatnya bertambah-tambah setelah melihat aksinya bersama jejaka tersebut. Spoilkan seleranya sahaja.

“Woi Bella, ko tak nak makan ke? Termenung pulak dia.." terperanjat Jue apabila disiku oleh Amira.

Segera dia menyuapkan makanan ke mulutnya. Dia tak mahu kawan-kawannya tahu yang hati dia tengah membengkak memerhatikan aksi pasangan sebentar tadi.

"Eh, korang nampak tak mamat korea kat tengan DC tu tadi?" Yana bertanya membuatkan jantung Jue berdebar kencang.

"Bukan mamat tu si Zarith punya ke? Aku nampak minah tutergedik-gedik depan mamat tu tadi. Meluat pula aku tengok." Hanis membuat muka meluat mengenangkan aksi Zarith depan mamat korea tu tadi.

"Serius. Yuuu.. asal nampak mamat handsome je semua dia nak sapu. Menyampah pula aku." Amira berkata sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Jue hanya diam menjadi pendengar tanpa berniat mahu mencelah.

"Eh, senyap je ko Bella. Biase ko yang bising gile kalau nampak minah-minah gedik ni." Hanis menyiku Jue apabila dia melihat Jue hanya mendiamkan diri tanpa sebarang respond seperti biasa.

"Tapi aku rasa kan, aku macam pernah nampaklah mamat tu.. kat mane ek.." Amira berkerut memikirkan di mana dia melihat lelaki itu.

"Haahlah. Tu bukan mamat yang bawak honda yang nak langgar Bella kat Seksyen 2 hari tu ke?" Yana teringat tiba-tiba membuatkan Jue yang sedang menyedut minumannya tersedak.

"Eh, yeke? Tak perasan pula aku. Tak kuasalah aku nak layan semua ni." Jue cuba menutup getaran di dadanya yang semakin kuat.

Dia tak mahu kawan-kawannya tahu yang dia menaruh hati pada lelaki itu. Jatuh saham dia. Makanannya segera dihabiskan supaya dia boleh cepat-cepat pergi dari situ. Dia tidak senang duduk lantaran kawan-kawannya asyik bercerita tentang lelaki idamannya itu.

"Aku bla dulu lah. Ada banyak asigment nak kena buat." Jue sudah berdiri bersedia untuk pergi dari situ.

"Cepatnya Bella. Rilex lah dulu.." Amira cuba menahan dan turut disokong oleh Yana dan Hanis.

"Sorrylah guys. Aku punya asigment tak siap lagi ni. Aku bla dulu tau." Jue terus berlalu meninggalkan kawan-kawannya.

Langkahnya diatur menuju ke perhentian bas berhampiran DC itu. Malas pula dia nak balik ke kolejnya. Dia terus menaiki bas menuju ke Seksyen 2. Kemudian, dia menaiki bas seterusnya menuju ke Plaza Alam Sentral.

Dia mahu berjalan-jalan menenangkan otaknya yang berserabut. Memang dia akui, hatinya serta harapannya hancur melihat jejaka idamannya itu bersama Zarith. Namun dia terpaksa relakan sahaja. Dia bukan jenis yang tergedik-gedik untuk mendapatkan perhatian lelaki.

 

 

Zaril berjalan-jalan mengelilingi ruang legar Plaza Alam Sentral keseorangan. Zarith sedang mencari buku dikedai buku dan dia tidak berminat untuk turut serta di kedai buku tersebut. Dia berpesan agak Zarith menelefonnya apabila siap membeli nanti. Kad kreditnya dihulurkan kepada Zarith bagi memudahkan adiknya itu membuat pembayaran.

Tekaknya terasa hendak menikmatai ais krim Sunday Mcdonald’s lalu segera dia menuju ke tingkat bawah bangunan itu untuk membeli ais krim tersebut. Lantaran tidak sabar, dia terus menikmati ais krim itu sambil berjalan sementara matanya melilau melihat kedai-kedai yang berhampiran untuk mencari barang-barang yang mampu menarik perhatiannya.

"Oh my GOD!" Tanpa sedar dia telah terlanggar seseorang tatkala matanya tertumpu pada kedai cermin mata berhampiran.

"Ma.. maaf cik. Saya tak perasan.." tergagap-gagap dia apabila melihat baju perempuan di hadapannya itu telah terpalit ais krim Sundaynya itu.

"Buta ke? Jalan tak geti nak tengok depan." Terus gadis dihadapannya itu menjerkah dirinya. Lantas mukanya diangkat untuk melihat siapa gerangan gadis yang bermulut celupar itu. Dia memang pantang kalau perempuan bercakap terjerit-jerit dengannya.

"Cik adik. Kan saya sudah minta maaf. Tak payah nak marah-marah." Zaril masih berlembut. Seperti dia pernah melihat muka gadis cantik dihadapannya itu.

"Waaa.. Senangnya cakap. Maaf. Abis tu baju aku ni camne? Ko ingat kain buruk ke?" Gadis dihadapannya masih tak puas hati dan terus mengangkat muka memandang wajahnya.

"You! Bahasa memang tak pernah cantik kan?" Zaril berkata sebaik teringat di mana di berjumpa gadis dihadapnnya itu. Gadis inilah yang hampir dilanggarnya tempoh hari kerana melintas secara melulu.

Terkedu Juliana melihat Zaril dihadapannya. Adoi. Malang betul nasib dia sebab terserempak dengan Zaril di situ dalam keadaan yang menyakitkan hati. Tapi yang dia hairan Zarith tidak kelihatan di sisi lelaki itu. Ah, pedulikanlah. Yang penting bajunya sekarang sudah comot. Malulah dia nak balik nanti.

"Sukati akulah nak guna bahasa apa pun. Kau jangan cuba nak alih topik pula ya?" Jue tidak mahu mengalah. Memanglah dihadapannya itu, jejaka idamannya. Tapi itu sebelum dia nampak Zarith menggedik dengan lelaki ini. Sekarang, dia sudah tidak ingin lagi kerana dia tahu lelaki jenis apa yang suka perempuan gedik.

"I bukan alih topik. Tak boleh ke U cakap elok-elok. Ok. U nak baju kan. U tunjuk je baju mana u nak. I ganti balik. U nak sepasang terus dari atas sampai bawah pun I tak kisah." Zaril mula berasa panas.

"Pergghhh!! Berlagak siot! Wei, aku tak hadaplah duit kau. Terima kasih sajalah." Juliana terus berlalu meninggalkan Zaril terpinga-pinga. Sengaja di melanggar bahu Zaril ketika berlalu sebagai tanda tak puas hati. Dia terus menuju ke tandas untuk membersihkan kototan yang terpalit di bajunya itu.

Zaril terkedu melihat gadis tersebut berlalu begitu saja. Pertama kali dalam hidupnya, dia dihambur oleh seorang gadis cantik. Memang luar biasa betul. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum dan terus berlalu menuju ke kedai buku tempat Zarith membeli.

 

 

Juliana menghempaskan begnya di atas meja. Malang betul nasib dia hari ni. Dahlah jejaka idamannya bersama dengan anak orang kaya gedik kat kelasnya, lepas tu boleh pulak mamat tu kotorkan baju kesayangannya dengan ais krim. Rasa nak menjerit kuat-kuat sahaja. Biar semua orang tau, dia tengah sakit hati. Niatnya untuk menenangkan hati yang lara disebabkan mamat tu, akhirnya sakit hati juga yang dapat disebabkan mamat tu juga. Nasib kawan-kawannya bukan sebilik dengannya. Kalau tak, buat malu je kena gelak dengan dorang.

Juliana membuka laci meja belajarnya dan mengeluarkan gambar yang sentiasa bersamanya. Dia rindukan ibu dan ayahnya. Dia terasa keseorangan di dunia ini mengharungi semua dugaan ini. Dia sungguh tidak kuat.

Walaupun luarannya dia nampak kasar, namun semua itu hanyalah untuk menutup mata orang supaya dia tidak dianggap lemah. Perlahan air matanya gugur mengenangkan nasib dirinya. Sudahlah kehilanga  tempat berpaut, hatinya yang baru hendak berbunga indah terus layu tanpa sempat mekar.

Dia mengeluarkan pula diarinya lantas segala coretan hatinya diukirkan di dalam  diari tersebut. Semenjak ibu dan ayahnya meninggal, hanya diari sahajalah tempat dia meluah perasaan. Kalau dulu dia jadikan abangnya sebagai tempat meluah perasaan, namun segalanya berubah selepas ibu dan ayah mereka pergi. Dia sudah tidak percaya lagi kepada abangnya itu.

Sedang asyik dia melakar coretan hatinya itu, handphonenya berbunyi nyaring minta diangkat. Dilihat nombor pemanggil adalah rumah makcunya.

'panjang betul umur ko ye. Baru terlintas je, terus muncul. Malas aku nak dengar suara ko lah..' hatinya mendengus. Perasaan sedihnya tadi terus bertukar menjadi marah lantaran teringatkan abangnya itu. Dia hanya membiarkan handphoneya berdering tanpa diangkat.

"Bella, kenapa ko tak angkat call tu?" Suara izyan memeranjatkannya. Setahunya dia keseorangan dalam bilik ni tadi. Entah bila masa izyan masuk pun dia tidak sedar.

"Malas aku. Biarlah dia. Ha, sejak bila ko ada dalam bilik ni?" Juliana mengalihkan topik.

"Ko tu je yang berangan. Aku dah lama masuk bilik ni. Akj tengok ko berangan, aku malas lah nak kacau.." Izyan berkata sambil mengeringkan rambutnya. Dia sedang mandi ketika juliana balik sebentar tadi.

"Yeke? Toilet ramai tak? Aku nak mandi juga ni.." Juliana sudah bangun lantas mencapai tuala bersedia untuk pergi bilik air mandi.

"Tak ramai. Pergilah. Wei, jap.. Jap.. Baju ko tu kenapa?" Izyan menunjuk ke arah coletan ais krim di bajunya.

"Kena ais krim. Ada mamat sewel tadi langgar.." Juliana buat muka malas bila hal baju kesayangannya disentuh.

"Mamat? Sebut pasal mamat ni, ko ada dengar cerita ada mamat korea kat dc tadi?" Izyan excited bercerita. Maklumlah, hantu korea. Sebab tu bila ada lelaki kelihatan seperti korea terus dia teruja.

"Wateverlah yan. Aku nak pergi mandi ni. Malas aku nak layan korea ko tu.." Juliana berkata seraya berlalu. Bukan dia tak tahu siapa yang izyan maksudkan itu kalau bukan bekas jejaka idamannya.

'untunglah zarith dapat balak handsome camtu.' hati kecilnya berkata. Dia telah membuat keputusan untuk melupakan jejaka tersebut lantaran dia tidak berkenan terhadap lelaki yang menggemari perempuan gedik. Baginya lelaki seperti itu hanya tahu memainkan perasaan perempuan dan memeliki scandal keliling pinggang. 





  

ZARIL HAKIMI ATAU AMIR FIRAS?




UNTUKMU, IBU


R.I.N.D.U

TIADA PENGHUJUNG




















 

Tuesday 28 March 2023

New Obsession~~

 

Bukan Malaikat 

atau 

The Evil Angel 


My new obsession unlock. baru-baru ni (takdelah baru sangat) aku dok tengok drama LOVE AND REDEMPTION. 

Best oh drama tu. 

Padahal aku bukan minat sangat tengok dra-cin pasal his-story his-story ni. tapi sebab banyak nau orang rekomen kat dunia oren kan, aku pon tengok lah.

wallah. memang best. 

memang kene ngan jiwa aku lah, kata orang. 

hero dia kuat gile, tapi pon baik gila. suka korbankan diri untuk orang lain. yang penting, apa pon situasi, tetap encemmm~~ Wakakaka~~




keenceman Cheng Yi 🙈🙈


Disebabkan obsesi aku berubah, maka hero drama aku pon berubah. Hahaha~~

Saja aku nak buat cerita yang Cheng Yi jadi heronya. disebabkan aku cannot brain nama yang akan buatkan hero aku ni nanti bertambah tamban encemmm, aku pon letak je lah nama asal. 

asal boleh. hahahaha~~


So, cite ni nanti pasal polis-polis kot. hahaha~~   

#sis cuba.

polis yang berpangkat inspektor, garang gile waktu kerja. tapi comel macam adeq2 je bila sembang dengan member baik dia. 

Eh, apa aku ngarut ni? hahaha~~


tapi biasalah, aku mana boleh buat watak hero aku tak menderita.. 😈😈😈


So, basically Cheng Yi (dalam cite aku lah!) ni, anak terbuang. family dia buang dia. 

kenapa family dia buang dia, kena lah baca nanti.. 😜😜😜

tapi family member dia yang kutip dia lepas tu.. 

tapi, disebabkan kes yang dia kena handle nanti, dia perlu berhadapan dengan family asal dia. 

macam mana tu? family dia nak terima dia ke? 


errrkkk? 😵😵😵


Tapi setakat ni, aku obses skit dengan cite ni, sebab aku rasa ciannnnnn sangat dengan Cheng Yi ni.. 



Inspektor Cheng Yi, 28


Umur 28 tapi kena hadap perangai sorang-sorang dalam family asal dia (kalau helok takpa jugak. ni semua macam setan! tak padan dengan kaya!) 

mana nak layan anak-anak buah dia kat balai, lagi handle kes-kes dia. 

pening-pening. 😱😱

tapi apa-apa pon hero aku ni maintain cool.. 🙈🙈


ok- ok.. aku spill siapa yang sentiasa sokong hero aku ni..


Tara~~~ 

Ci encem yang menggegarkan iman aku~~~ 😝😝😝



Ji Chang Wook as Doktor Jin Hongde, 37


Dia aku jadikan doktor bujang terlajak.. hahahaa~~ 

takda lah terlajak sangat, cuma tunggu mambang tak datang-datang je.. 😝😝😝

so, dia ni lah yang sentiasa sokong Ayie aka Cheng Yi, hero aku. 

Ayie tu nama Cheng Yi  yang dimelayukan. Wakaka~~ 

(Sekali, sama dengan nama bos laki aku dah!! dia panggil bos dia, BOS AYIE.)


Cuma tulah, sampai sekarang aku masih berfikir-fikir tajuk yang sesuai.


Bukan Malaikat

The Evil Angel

......

🙍🙍🙍


oklah. tu je kot yang aku nak bebel.. hahahaha~~


ADIOS!




Ada masa, nak repeat lagi dra-cin ni. 

kisah setan yang baik tapi tersakiti sebab dia setan

hahahaha~~


Tengah Fikir Tajuk...

 ‘Kau berambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi!’


Cheng Yi terbangun dengan peluh membasahi tubuhnya. Nafasnya mencungap, seperti baru lepas berlari pecut 100m. Dia mengusap kasar wajahnya, berharap mimpi yang kerap kali mengganggu lenanya segera hilang.

Dia kemudiannya bangun, menuju ke tandas untuk membasuh wajahnya. Dia tidak mahu bayangan dalam mimpi itu terus mengganggunya dan berharap ingatan itu segera menghilang.

Setelah itu, Cheng Yi keluar dari tandas, menuju ke dapur tidak menghiraukan air yang bertitisan jatuh ke mukanya melalui rambut hadapannya. Dia membancuh secawan kopi panas lalu kemudiannya menuju ke ruang tamu dan terus menghidupkan TV nya. Dia betul-betul berharap dia boleh tertidur semula tatkala melihat jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.

Drtttt.. Drtttt..

Sedang dia leka menonton siaran TV yang memaparkan movie tempatan, handphone nya tiba-tiba bergetar menandakan satu pesanan masuk. Segera dia mengambil handphonenya lalu membaca pesanan tersebut. Dia terus menghubungi penghantar pesanan itu, sebaik selesai membacanya.

“Maaf saya ganggu masa rehat Tuan, tapi Tuan perlu datang segera kesini…” suara dihujung talian berkata sebaik panggilannya tersambung.

“Ok. Kau tunggu situ!”

Cheng Yi terus bersiap untuk keluar dengan memakai jens dan t-shirt kasual. Setelah itu, dia terus menyambar jaketnya yang berada di atas sofanya lalu segera keluar menuju ke tempat yang dinyatakan di dalam pesanan tadi.


................



“Ni apahal?” Cheng Yi terus bertanya sebaik dia tiba di situ. Melihat kehadiran Cheng Yi, anggotanya segera bangun dan memberi tabik hormat kepadanya.

“Mangsa adalah seorang wanita, dijumpai oleh petugas hotel semasa ingin mengemas bilik ini, Tuan. Menurut keadaan body, mangsa dianggarkan telah mati sekitar satu hingga dua jam yang lalu, Tuan.” Jimin, yang merupakan seorang sub-Inspektor, selaku anak buah Cheng Yi, menjelaskan.

“Kau dah cek, siapa check-in bilik ni?” Cheng Yi bertanya sambil tangannya yang berbalut sarung tangan getah, memeriksa mayat wanita itu.

“Dah, Tuan. Malangnya, dia menggunakan identiti dan nombor handphone palsu, menyebabkan kita sukar mengesannya. Tapi kita dah ambil keterangan receptionist dan sedang dalam proses lakaran wajah, Tuan.” Jimin menjelaskan.

Cheng Yi kemudiannya berjalan, mengitari bilik tersebut untuk mencari sebarang peunjuk yang ada disamping memberi laluan kepada pihak forensik untuk memeriksa mayat tersebut. Langkah Cheng Yi terhenti di kepala katil bilik itu. Sesuatu yang pelik, menarik perhatiannya.

“Jimin, kau tolong aku jap…” Cheng Yi memanggil Jimin sambil matanya tak lepas memerhatikan lukisan yang berada di kepala katil itu.

Jimin kemudiannya membantu Cheng Yi menurunkan lukisan tersebut yang kelihatan mencurigakan. Setelah itu Cheng Yi meraba belakang lukisan tersebut dan kemudiannnya menarik sebuah kotak kecil berwarna hitam di sebalik lukisan itu.

“Tuan memang hebat!” Jimin bersorak riang melihat kamera kecik di tangan Cheng Yi itu.

“Aku rasa, ada orang saja letak sini untuk mengintai dan perlaku tak sedar akan kewujudan dia di bilik ni..” Cheng Yi berkata dan terus mengarahkan anak buahnya untuk memeriksa memori kad kamera itu.


...............


Cheng Yi merenung lekat layar komputernya, memastikan apa yang dilihatnya tidak salah. Sesekali digosok matanya, memastikan matanya tidak salah lihat. 

‘Kenapa dia?’

Video dihadapannya terus ditenung. Jelas kelihatan wajah yang amat dikenalinya di dalam video tersebut. Dia menggigit jarinya, mencari jawapan mengapa wajah itu boleh berada di situ, di tempat yang tidak sepatutnya dia berada.

“Tuan..” tepukan di bahunya itu, memeranjatkannya. Dia terus mengangkat wajahnya melihat gerangan yang mengganggu dia.

“Kau? Apahal?” Cheng Yi bernafas lega, melihat Jimin yang telah menepuk bahunya tadi.

“Kenapa muka Tuan sampai berkerut-kerut tenung video tu?” Jimin bertanya sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Cheng Yi.

“Apa lagi? Nak camkan lah muka lelaki dalam video ni..” Cheng Yi menjawab tanpa mengalihkan pandangannya dari layar komputernya.

Jimin meletakkan fail yang dibawanya di atas meja Cheng Yi lalu berkata, “Mangsa bernama Kim Ha Nul, berumur 21 tahun dan sedang menuntut di University Hankook dalam jurusan sains kimia. Dia adalah pelajar tahun tiga dan dijangka akan grad tahun hadapan. Dia menyewa bersama rakannya berhampiran Universitinya. Kita dapat maklumat yang Kim Ha Nul adalah anak tunggal, dan ibu ayah nya sudah meninggal 2 tahun lepas akibat kemalangan.”

Cheng Yi mengangguk-angguk mendengar penerangan Jimin itu sambil tangannya menyelak fail yang diberikan oleh Jimin. 

“Hidup keseorangan. Jadi, siapa yang tanggung dia belajar?” 

“Itu kita akan soal siasat rakan-rakan dia esok, Tuan. Tapi melihat alamat terakhir dia, kawasan perumahan yang dia duduk adalah kawasan elit. Apa-apa pun, saya akan dapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada rakannya esok, Tuan.” Jimin menjawab panjang lebar.

“Good. Mungkin dia ada seseorang yang mungkin sugar daddy menanggungnya. Tak mungkin gadis macam dia mampu hidup keseorangan dan walau dapat biasiswa, tak mungkin cukup untuk dia menyewa kondo yang paling hampir dengan univesitinya tu. Oh, post-mortem dah buat?” 

Jimin mengerutkan keningnya, mendengar soalan Cheng Yi itu. Tak tahukah bosnya sekarang pukul berapa, hingga bertanya soalan yang kelakar itu. 

“Ini baru pukul 5 pagi, Tuan. Forensik akan buat post-mortem pukul 8 pagi nanti.” Jimin menjawab. 

“Ok Good. Kau ikot aku sekali nanti. Joon Gi baru maklumkan yang team kita akan handle kes ni..” Cheng Yi berkata sambil tangannya masih membelek fail kes tersebut, tidak menghiraukan ucapan Jimin yang seakan memerlinya.

“Baik, Tuan!”  Jimin menjawab sambil matanya menangkap video yang sedang dimainkan di layar komputer Cheng Yi. “Saya dah minta bahagian multimedia perjelaskan imej lelaki dalam video tu, Tuan. Kita hanya boleh bergantung kepada video tu saja sekarang Tuan sebab entah kenapa CCTV di hotel tersebut kebetulan sedang disenggara hari ni.”

Jantung Cheng Yi berdegup kencang mendengar penerangan Jimin itu. 

‘Tak Jelas? Bukan jelas ke ni dia?’ pertanyaan tersebut berlegar di dalam kepala Cheng Yi.

“Kau dapatkan sekali CCTV sekitar hotel tersebut dalam radius satu kilometer. Dan dapatkan sekali kesemua senarai tetamu yang check in harini dan semalam. Juga yang telah booking untuk check in esok. Kau boleh balik sekarang. Pastikan esok tepat jam 8 pagi di fbirusik!” 

“Baik, Tuan!” Jimin memberi tabik hormat dan kemudian terus berlalu dari pejabat Cheng Yi.

Cheng Yi mengarahkan semula pandangannya kepada layar komputernya yang memaparkan video dari memery card kemara yang diambil dari tempat kejadian tadi. Dia mengamatinya, mencari sesuatu yang pelik dari video tersebut.

‘Kenapa hanya tunjuk keadaan selepas kejadian? Mana video sebelum kejadian?’

Cheng Yi terus merenung video tersebut dengan pelbagai persoalan bersarang di mindanya.


-The Devil Angle 1 end-




Inspector Cheng Yi


Saturday 25 March 2023

Tentang Pemergian Itu....

 Berhabuk itu adalah disini..

Huhuhu..


- 010323, 2222 -

Tarikh dan masa yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Tarikh dimana ALLAH ambil insan yang DIA sayang kembali ke sisi-NYA. Aku tahu kita semua adalah milik ALLAH dan kita semua akan kembali kepada-NYA suatu hari nanti. 

"Setiap yang hidup, pasti akan mati"

Tapi bilamana orang yang kau sayang diambil, dalam keadaan kau langsung tak bersedia untuk kehilangannya, perasaan sebak itu hadir. Perasaan yang sangat sukar diterima oleh orang yang melaluinya. 

Sungguh, sebelah hati aku tak dapat terima mak dah takda. Tapi sebelah lagi merelakan juga mak. Mak memang dah lama sakit, dari aku form 5 lagi. Tapi mak sangat kuat. Mampu bertahan selama 18 tahun dengan sakit tu. 

18 tahun mak sakit, tak pernah terfikir mak akan pergi. Mak pergi tanpa sempat aku minta maaf. Entah mak redha dengan aku atau tidak? (Cryingggggg~~)

Selama ni, bila man takda, orang duduk je rumah mak. Tapi kenapa haritu orang boleh tak datang umah mak? 

Sampai sekarang aku still rasa menyesal. Patut mase tu aku putau je stereng p umah mak. Hati ni kuat nak pergi, tapi tulah, otak ni dok fikir risau banjir, banjir dekat rumah. Walhal tak banjir langsung pun. Kenapa lah aku terlalu ikotkan otak masa tu? Patut ikot je kata hati.


01/03/2023 - Rabu

Pukul 9.24 malam, aisyah call, menangis-nangis cakap mak tak bangun. Aku terus blank! Tak bangun? Mak pergi ke? Takkanlah. Mak tertidur je kot.

Cepat-cepat aku siap pergi umah mak. ws dalam group cakap mak tak bangun. OTW tu ude n along call, aku just cakap aku otw je. 

Aku sampai fikir, xmo tutup pagar rumah, sebab nak cepat. tapi tiba-tiba fikir lagi, macam mana kalau mak betul-betul dah takde?

9.45 aku sampai umah mak. Aku ketuk-ketuk pintu, yang aku dengar hanya suara aisyah menangis. Time aku ketuk-ketuk pintu, ude sampai. Aisyah terus buka pintu sebab kitorang dah ketuk-ketuk dekat seminit jugak. 

Ude bawak bini dia, nurse. Masuk-masuk Bedah n ude terus kejut-kejut mak. Aku plak terus pergi dekat aisyah, yang dah nangis-nangis panggil mak aku suruh bangun. Bila mak still takde respond, Bedah terus panjat katil mak, buat CPR. Aku time tu speechless. aku pandang mak, memang aku nampak mak diam. Tak macam selalu. Nafas mak pon langsung tak dengar, walhal  mak batuk kahak teruk. 

Aisyah kata dia baru bangun, nak masak, tapi pelik sebab tak dengar bunyi nafas mak dana bunyi tilam angin mak. Tu yang dia terus pergi dekat mak n kejut-kejut mak, tapi takde respond. Aku macam pelik, aisyah baru bangun? setau aku tak pernah dia macam ni, even dia memang suka lepak dalam bilik. macam pelik je dengan cerita aisyah.

tapi aku diam je, tenangkan dia yang still nangis-nangis panggil mak. aku tengok ude resah, pegang hp dia, call ambulans. mata dia dah merah, tanda menangis. Bedah plak still buat CPR, sambil cek-cek nadi mak. kejap lagi, uteh plak datang. epa, bini uteh jugak nurse. dia terus tolong bedah CPR. 

Aku? tak tahu nak tolong apa. abah call aisyah, aku jawab. aku terus cakap, 'Abah, mak mungkin dah takde. Tapi Bedah n Epa tengah buat CPR. ude pon dah call ambulans. Tengah tunggu ambulans datang' 

suara abah memang terkejut gile, 'Kau biar betul?' 

'Betul abah. buat apa nak tipu.' 

'Ok.ok. apa-apa kau begitahu abah--'

Then, aku call man. 'Yang, mak mungkin dah takde.'

Macam abah, man terkejut gila. 'Kenapa? Takda orang perasan ke--' and dia macam bebel2. 

Aku just jawab, 'Sekarang tengah buat CPR n tunggu ambulans. apa-apa saya gtau awak.' 

Letak call je aku terus ke depan. tengok-tengok ambulans dah sampai n doktor tu tengah cakap-cakap ngan yang lain. dia tanya, dah berapa lama buat CPR semua. Bedah jawab lah, dah lebih 15minit, sebab masa tu dah pukul 10.15 mcm tu. 

Doktor tu cek-cek mak, then dia bagi kata dua. 

'Kalau ikot saya cek, memang dah takda tanda kehidupan. Tapi kalau nak masuk oksigen, kita perlu hantar hospital, sebab kita tak boleh intubate dalam ambulans.' 

Sebab masa tu, ude n uteh still macam minta pakaikan topeng oksigen dekat mak. maybe dia ingat, just pakai topeng oksigen macam tu je kot.

Aku dah tau mak dah xde mase tu. 

Perlahan je aku cakap, 'Kalau betul dah takda, memang tak boleh nak buat apa..'

Tapi Uteh still argue doktor, minta pakaikan topeng oksigen. 

Doktor tu jawab, 'Perlu intubate. bukan pakai topeng macam tu je..'

Then baru dorang semua jawab, 

'Takpa lah. kalau betul takda tanda kehidupan, kami taknak paksa lagi.'

'Saya sahkan yang waktu kematian adalah 10.22 malam.'

Tepat masa tu juga abah call aku. 

'Abah, mak dah takda--' 

'Abah otw.' tu je abah jawab.

Aku call man, 'Yang, mak dah takda.'  

'Innallillah. Saya try tengok. Mungkin esok saya balik naik bas.'

Aku pon faham, yang man tak bawak kereta pergi pengerang. Nak pergi larkin sekarang pon, belum tentu ada bas. dalam hati aku cakap, kalau sempat, sempatlah man jumpa mak.

'Ok--' tu je aku jawab sebelum letak call.

Waktu ni, along pon sampai. along pon macam speechless bila tengok mak dah xde. kak ika kata, along dari muar, terus pecut ikot highway bila aisyah call tadi cakap mak tak bangun. tu yang along lambat skit sampai.

Aku terus tolong Bedah, Epa, kak ika n Aisyah bersihkan najis mak, tukarkan pampers, tukarkan baju semua. aku tengok, aisyah cium kaki kanan mak yang luka. 

Aku masih speechless, aku kena buat apa? aku kena buat macam aisyah ke?

Tapi aku teruskan tukarkan baju mak semua, cari kain batik lepas. Aku sampai koyakkan kain mak, sebab aku tak jumpa kain batik lepas. Lepas dah siapkan mak semua, aku terus pergi mandi. Mandi wajib yang sedari tadi aku berlengah. Walhal, waktu kat rumah tadi memang nak mandi wajib, tapi tulah, kejap, kejap. sampailah semua ni terjadi.

Sebelum tu, man ws aku cakap dia balik malam ni juga. pinjam kete kawan dia. aku cuma pesan dia untuk berhati-hati sebab dah malam masa ni. 

Aku call juga mak lang, bagitahu mak dah takde. lepas tu bederai-derai call masuk, dari kak nor, dari busu zul. aku cuma cakap, mak dah takde. dorang cakap, dorang tak sempat datang malam ni, InsyaALLAH akan datang esok. 

Aku macam, terpulanglah, mana-mana yang baik. 

Lepas je mandi wajib semua, aku terus duduk baca yassin sebelah mak, dengan anak-anak aku semua. waktu tu along tengah baca yassin juga. 

Masa kali ke dua aku baca yassin, abah n makcik sampai. 

Aku macam terkejut jugaklah, tengok makcik ada sekali. Aku ingat makcik tak sudi datang. Yelah mak ni bekas isteri suami dia kan.

Kejap laginya, ustazah ya datang bawak kelengkapan jenazah. Ustazah tolong-tolong betulkan mak. yang kitorg buat tadi ada salah-salah. 

Pertama kali, aku hadapi ini dalam hidup. Semuanya huru-hara bagi aku. 

(Sob.. Sob.. Sob..)

Dahlah tutup muka mak, pakai tudung nila purple. Sebab memang huru-hara. Semua benda macam tiba-tiba tak jumpa. Nasib aisyah ada jumpa kain putih, mungkin kain lebihan buat baju sekolah dulu2. 

Dengan kain itu, ustazah potong, buat tutup muka mak. Ustazah guna kain tu juga, ikatkan kepala mak yang tadi kitorg buat-buat tak boleh sampai last-last pakai je penahan mulut yang aisyah pernah belikan untuk mak. Ustazah suruh kitorg letak bantal kat kepala mak semua. 

Yelah, huru-hara, sebb ingat tak boleh guna bantal apa semua. 

Lepas settle semua, aku sambung baca yassin sebelah mak. Abah pula, lepas siap bacakan yassin untuk mak, terus panggil yang lain, bincang apa perlu buat untuk uruskan mak. 

Masa tu, aku tak join pon sebab bagi aku, sebelah mak patut dibacakan yassin terus-menerus. Aku sendiri tak tahu, berapa banyak kali dah aku bacakan yassin untuk mak masa tu.

Malam tu juga, penggali kubur datang, ukur mak semua. Masa tu, tape aku yang kecik tu, panjang dalam 2 meter, berguna juga. Tak sia-sia aku bawak dia dalam handbag. Tape tu lah yang penggali kubur tu guna untuk ukur mak.

Pukul 2 pagi macam tu, abah n makcik balik. Epa pun balik dengan kak ika. bedah pon balik juga. Tinggal kitorg lima beradik. Kakak n adeq dah tidur masa ni, cuma baby je yang masih celik mata. Kitorang mengadap mak masa ni. Tapi lepas tu, along pon minta diri nak balik. cakap nak amek baju semua. 

Aku, ude n uteh duduk bertiga menghadap mak. Aisyah entah mana, kemas-kemas kat belakang agaknya. Cerita-cerita semua, sampai lah pukul 3 pagi, man pon sampai. 

Aku peluk man, aku cakap, 'Yang, mak dah takde.' 

Hati aku sebak sangat, tapi aku tak tahu kenapa aku tak nangis lagi. Memang sedari tadi, aku rase aku sorang je tak nangis lagi.

Yang lain semua dah naengis. Uteh n along dah duduk bisik-bisik dekat telinga mak tadi dengan mata merah-merah semua. 

Aku je, entah kenapa macam tak buat apa-apa lagi.

Lepas man dah masuk semua, aku ajak man makan jap kat belakang. Sampai dah dekat pukul 4, aku suruh man tido, tidokan sekali baby yang dari tadi tak tidur. 

Pastu, aku masuk bilik aisyah. mase ni, aisyah baru lepas sembahyang. dah mandi semua lah. 

aku terus cakap, 'Ca, esok lepas daftar kematian mak, akaun mak semua dah kena beku. orang minta abang man transfer semua duit mak kat ko tau esok pagi-pagi. sebb abang man nak balik rumah kejap, nak amek baju semua.' 

aisyah ok je masa ni. 

aku siap ingatkan dia, jangan cakap dengan siapa-siapa kau tidur tak sedar sampai malam. aku taknak sesiapa salahkan dia. sebab aku tahu, ni semua salah kitorang juga. selalu lepak umah mak, tapi haritu takda siapa datang lepak umah mak. jadi, takda siapa tahu, bila mak betul-betul dah takda.

dah siap cerita-cerita ngan aisyah, aku pergi depan tengok mak. uteh dah tertidor dekat kusyen dekat bahagian kepala mak. mase tu, dah pukul 5 pagi. ude pon dah tidur dalam bilik aisyah.

mase ni lah, aku duduk sorang2 pandang mak. 

'Mak, mak hidup lagi kan? mak ada lagi kan?'

tapi mak tak jawab. bunyi nafas mak pon tak dengar. 

'Mak, mak ada lagi kan? Mak tidur je kan?'

aku cium dahi mak. aku duduk dekat ubun-ubun mak. 

'Mak dah takda. Mak tak jawab pon--'

Air mata aku gugur. sangat laju. aku dah tak boleh tahan lagi. Mak dah takda. Lepas ni, siapa nak doakan aku. Siapa nak teman aku. Siapa nak layan kerenah aku. 

Aku dah tak boleh cakap, 

'Mak, doa-doa orang dapat payment.' 

'Mak, doa-doa orang nak pekse.'

'Mak, doakan orang dapat masuk u'

'Mak, doakan SPM orang.'

 'Mak, doakan PMR orang.' 

"Mak, doakan orang.." 

Takda orang nak doakan aku lagi, macam mana mak selalu doakan aku.

'Mak, mak betul-betul pergi ke? orang belum berbakti dengan mak lagi. orang belum minta maaf dengan mak lagi. orang belum dengar mak maafkan orang.'

Aku baring dekat bawah katil mak, dengan air mata yang masih tak berhenti. Aku cuba lelap sekejap, tapi tak boleh. aku tutup mata pon, mata aku tak nak tidur. Sampai last-last pukul 6 aku bangun. aku tengok asiyah tengah kemas2. aku tolong-tolong dia sikit, lepas tu dia kejut semua orang. solat sama-sama sebelah mak.

masa tu dah pukul 6.30, along pon dah sampai. along terus jadi imam untuk adik-adik dia dan anak buah dia, dak kakak. aku rasa tu lah first time, setelah dewasa, kitorang solat sama-sama, berjemaah.

Settle semua, aku terus pergi mandi-mandi, siap-siap. dalam pukul 7.30 macam tu, aku duduk balik sebelah mak. aku tengok, dak wan, kawan ude tengah baca yassin dengan bini dia. aku pon follow dorang baca yassin sampai abes.

lepas tu, cik dali n cik melah pulak datang. cik melah tolong-tolong, bentang tikau semua. siap bagi mak tudung putih, tukarkan kain putih yang tutup muka mak. bantal kat perut mak pon, cik melah bagi sarung untuk sarungkan.

Cik dali baca yassin, aku ikot sampai habis. lepas tu cik zizah datang, baca yassin, aku follow juga sampai habis. lepas tu, cik ana, pon aku follow sampai habis. 

tujuan aku masa tu, siapa yang masuk dalam tengok mak, mesti bacakan yassin untuk mak. aku tak nak sekadar datang dan tengok, lepas tu borak-borak depan mak. 

bagi aku, nak borak-borak pergi luar, jangan depan mak.

dalam pukul 8.30 tak salah, adik beradik mak, ipau-ipau mak semua datang. aku, terus baca yassin sambil dalam hati aku berdoa, semoga semua keluarga mak yang datang, bacakan yassin untuk mak. masa tu, abah pon bacakan al-quran untuk mak jugak.

alhamdullillah, waktu aku angkat muka, aku tengok, keluarga mak yang datang, bacakan yassin untuk mak. 

tak borak-borak depan mak, sebab benda tu yang aku paling pantang. 

Dalam pukul 9.30 macam tu, Ustazah ya datang. ayat ke lima, surah yassin, masa tu ayat terakhir aku bacakan untuk mak depan mak. Ustazah ya dan kawan dia sorang lagi, terus preparekan pakaian untuk mak. aku tolong sagatkan sabun untuk mandikan mak mase tu. lepas dah siap, aku tolong ustazah n aisyah bentang-bentangkan pakaian untuk mak. 

dah siap semua, uteh, ude, along, man, abah man, semua tolong angkat mak bawak mak pergi tempat mandi mak dekat luar. aku, aisyah, mokteh, ustazah ya dan kawan ustazah ya, bersedia untuk mandikan mak

Alhamdullillah, urusan mak sangat mudah.

mandikan mak pon sangat senang. aisyah sampai rasa, dia tengah mandikan mak, macam selalu dia mandikan mak. sabun tak cukup, aku amek sabun antabax biru yang adeq sayang, sebab dia dapat hadiah sabun tu. aku guna sabun tu, sabunkan badan mak semua.

siap mandi, dorang-dorang tadi, angkat mak balik, masuk ke dalam. baringkan mak atas tilam yang ada pakaian mak tadi. aku duduk dekat bahagian kepala mak. 

aku pakaikan mak bedak. pakaikan celak. tapi aisyah geram, sebab aku pakaikan tak hitam. dia amek, dia pakaikan celak kat kening mak, mata mak, bagi nampak hitam. jelas celak tu. 

sebelum ustazah tutup muka mak, anak-anak mak semua cium mak buat kali terakhir. 

aku menangis, time ude cium mak. sebab dia menangis sangat kuat masa tu. sebab dia tak percaya mak dah pergi. 

sebab aku menangis kaw-kaw, jadi aku second last yang cium mak sebelum aisyah. aku sampai tak dapat nak cium mak, aku takut air mata aku jatuh dekat muka mak yang dah cantik tu.

aku cium dada mak, tempat tangan mak berada, aku peluk mak, tapi tak boleh lama-lama. sebab ada orang lain pon yang nak cium mak. 

'Mak, mak betul-betul dah pergi ke?' tu je yang aku terlintas masa tu.

lepas tu, aisyah cium mak. man n anak-anak aku. maklang.

aku terus keluar, pergi ambil air sembahyang, pakai telekung semua, sebab lepas tu akan sembahyangkan mak.

alhamdullilah, banyak saf yang sembahyangkan mak. 

kamil yang jadi imam. aku sangat-sangat terima kasih kat kamil waktu tu. even kamil anak tiri mak, tapi dia sudi imamkan solat untuk mak.

lepas solat, aku dah buka telekung semua, aku terus keluar. 

waktu ni, imam tengah cakap-cakap, jika ada mak berhutang dengan sesiapa, tuntutlah dari waris. aku angguk-angguk masa tu, mengiyakan kata-kata imam. 

dalam hati aku, sesiapa nak tuntut, aku sedia bayarkan semua. 

Mak naik van. aisyah n ude ikot naik van dengan mak. aku naik kereta dengan man, anak-anak aku n mak dan ayah mertua aku. 

sampai-sampai kubur, kitorg turun sementara man pergi parking. masa ni baru aku perasan, anak-anak aku semua ikot pergi tempat mak bersemadi, termasuk si baby. 

aku pinpim anak-anak aku, bawak pergi rumah mak. aku pon tak sedar bila, aleh-aleh aku tengok, ude, ajil n along dah turun ke liang n abah mertua aku tengah bagi arahan dari atas, 

'Dah buka ikatan?'

'Dah letak bantal?'

aku memang tak nampak mak lepas dari mak lagi lepas mak masuk dalam keranda. aleh-aleh mak dah masuk dalam liang lahat. 

Lepas tu, ude ajil along man n ajim (anak busu zul) tarik tanah penuhkan liang lahat mak. 

aku ingat, abah nak tolong juga tarik tanah, tapi yelah, abah dah berumur, jadi orang-orang kata biar budak-budak muda buat. 

tapi last-last abah mertua aku pon tolong tarik tanah sebab ajim berhenti, penat katanya.

lepas siap, aku tengok man n ude dah dipenuhi lumpur. ude hulur aku duit, tolong belikan dia air sebab dia sangat haus. 

aku ajaklah kakak n adeq, teman aku pergi caltex kat sebelah beli lima botol air. aku sampai-sampai balik, imam tengah baca talqin. 

Entah sebab aku tak tidur lagi ke, atau sebab pinggang aku sakit dah masa ni, aku betul-betul dah tak larat nak diri. 

aku sampai sandar-sandar dekat man, sebab betul-betul tak larat. abes je talqin, aku bawak kakak, adeq n baby siram tanah, tempat mak bersemadi. 

and yang paling aku ralat, aku orang pertama keluar dari kawasan tu, pergi ke kereta, duduk. dah lah aku waris mak, tapi aku orang pertama keluar. teruk kan? tapi tulah, aku rasa masa tu, aku memang dah tak boleh berdiri. kalau teruskan juga, mungkin aku jatuh..

pukul 11.30 aku sampai rumah mak. 

urusan mak atas muka bumi ni pon dah selesai. tinggal urusan kitorang adik-beradik je untuk senangkan mak dekat sana.



"Mak, maaf kan angah. maafkan semua salah silap angah. redhakan angah mak, sepanjang mak jaga angah. maaf sangat-sangat sebab angah takda kat sisi mak, saat-saat terakhir mak. walhal mak banyak kali panggil angah, tapi angah tak sedar-sedar. Mak halalkan semua apa yang mak bagi pada angah ya. Angah akan sentiasa doakan mak. Insya-ALLAH. Terima kasih mak, sebab lahirkan angah, jaga angah hingga angah besar. Angah rindu sangat-sangat-sangat dekat mak. Maafkan angah, mak."