Tuesday 28 March 2023

Tengah Fikir Tajuk...

 ‘Kau berambus dari rumah aku! Aku tak nak tengok muka kau lagi!’


Cheng Yi terbangun dengan peluh membasahi tubuhnya. Nafasnya mencungap, seperti baru lepas berlari pecut 100m. Dia mengusap kasar wajahnya, berharap mimpi yang kerap kali mengganggu lenanya segera hilang.

Dia kemudiannya bangun, menuju ke tandas untuk membasuh wajahnya. Dia tidak mahu bayangan dalam mimpi itu terus mengganggunya dan berharap ingatan itu segera menghilang.

Setelah itu, Cheng Yi keluar dari tandas, menuju ke dapur tidak menghiraukan air yang bertitisan jatuh ke mukanya melalui rambut hadapannya. Dia membancuh secawan kopi panas lalu kemudiannya menuju ke ruang tamu dan terus menghidupkan TV nya. Dia betul-betul berharap dia boleh tertidur semula tatkala melihat jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.

Drtttt.. Drtttt..

Sedang dia leka menonton siaran TV yang memaparkan movie tempatan, handphone nya tiba-tiba bergetar menandakan satu pesanan masuk. Segera dia mengambil handphonenya lalu membaca pesanan tersebut. Dia terus menghubungi penghantar pesanan itu, sebaik selesai membacanya.

“Maaf saya ganggu masa rehat Tuan, tapi Tuan perlu datang segera kesini…” suara dihujung talian berkata sebaik panggilannya tersambung.

“Ok. Kau tunggu situ!”

Cheng Yi terus bersiap untuk keluar dengan memakai jens dan t-shirt kasual. Setelah itu, dia terus menyambar jaketnya yang berada di atas sofanya lalu segera keluar menuju ke tempat yang dinyatakan di dalam pesanan tadi.


................



“Ni apahal?” Cheng Yi terus bertanya sebaik dia tiba di situ. Melihat kehadiran Cheng Yi, anggotanya segera bangun dan memberi tabik hormat kepadanya.

“Mangsa adalah seorang wanita, dijumpai oleh petugas hotel semasa ingin mengemas bilik ini, Tuan. Menurut keadaan body, mangsa dianggarkan telah mati sekitar satu hingga dua jam yang lalu, Tuan.” Jimin, yang merupakan seorang sub-Inspektor, selaku anak buah Cheng Yi, menjelaskan.

“Kau dah cek, siapa check-in bilik ni?” Cheng Yi bertanya sambil tangannya yang berbalut sarung tangan getah, memeriksa mayat wanita itu.

“Dah, Tuan. Malangnya, dia menggunakan identiti dan nombor handphone palsu, menyebabkan kita sukar mengesannya. Tapi kita dah ambil keterangan receptionist dan sedang dalam proses lakaran wajah, Tuan.” Jimin menjelaskan.

Cheng Yi kemudiannya berjalan, mengitari bilik tersebut untuk mencari sebarang peunjuk yang ada disamping memberi laluan kepada pihak forensik untuk memeriksa mayat tersebut. Langkah Cheng Yi terhenti di kepala katil bilik itu. Sesuatu yang pelik, menarik perhatiannya.

“Jimin, kau tolong aku jap…” Cheng Yi memanggil Jimin sambil matanya tak lepas memerhatikan lukisan yang berada di kepala katil itu.

Jimin kemudiannya membantu Cheng Yi menurunkan lukisan tersebut yang kelihatan mencurigakan. Setelah itu Cheng Yi meraba belakang lukisan tersebut dan kemudiannnya menarik sebuah kotak kecil berwarna hitam di sebalik lukisan itu.

“Tuan memang hebat!” Jimin bersorak riang melihat kamera kecik di tangan Cheng Yi itu.

“Aku rasa, ada orang saja letak sini untuk mengintai dan perlaku tak sedar akan kewujudan dia di bilik ni..” Cheng Yi berkata dan terus mengarahkan anak buahnya untuk memeriksa memori kad kamera itu.


...............


Cheng Yi merenung lekat layar komputernya, memastikan apa yang dilihatnya tidak salah. Sesekali digosok matanya, memastikan matanya tidak salah lihat. 

‘Kenapa dia?’

Video dihadapannya terus ditenung. Jelas kelihatan wajah yang amat dikenalinya di dalam video tersebut. Dia menggigit jarinya, mencari jawapan mengapa wajah itu boleh berada di situ, di tempat yang tidak sepatutnya dia berada.

“Tuan..” tepukan di bahunya itu, memeranjatkannya. Dia terus mengangkat wajahnya melihat gerangan yang mengganggu dia.

“Kau? Apahal?” Cheng Yi bernafas lega, melihat Jimin yang telah menepuk bahunya tadi.

“Kenapa muka Tuan sampai berkerut-kerut tenung video tu?” Jimin bertanya sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Cheng Yi.

“Apa lagi? Nak camkan lah muka lelaki dalam video ni..” Cheng Yi menjawab tanpa mengalihkan pandangannya dari layar komputernya.

Jimin meletakkan fail yang dibawanya di atas meja Cheng Yi lalu berkata, “Mangsa bernama Kim Ha Nul, berumur 21 tahun dan sedang menuntut di University Hankook dalam jurusan sains kimia. Dia adalah pelajar tahun tiga dan dijangka akan grad tahun hadapan. Dia menyewa bersama rakannya berhampiran Universitinya. Kita dapat maklumat yang Kim Ha Nul adalah anak tunggal, dan ibu ayah nya sudah meninggal 2 tahun lepas akibat kemalangan.”

Cheng Yi mengangguk-angguk mendengar penerangan Jimin itu sambil tangannya menyelak fail yang diberikan oleh Jimin. 

“Hidup keseorangan. Jadi, siapa yang tanggung dia belajar?” 

“Itu kita akan soal siasat rakan-rakan dia esok, Tuan. Tapi melihat alamat terakhir dia, kawasan perumahan yang dia duduk adalah kawasan elit. Apa-apa pun, saya akan dapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada rakannya esok, Tuan.” Jimin menjawab panjang lebar.

“Good. Mungkin dia ada seseorang yang mungkin sugar daddy menanggungnya. Tak mungkin gadis macam dia mampu hidup keseorangan dan walau dapat biasiswa, tak mungkin cukup untuk dia menyewa kondo yang paling hampir dengan univesitinya tu. Oh, post-mortem dah buat?” 

Jimin mengerutkan keningnya, mendengar soalan Cheng Yi itu. Tak tahukah bosnya sekarang pukul berapa, hingga bertanya soalan yang kelakar itu. 

“Ini baru pukul 5 pagi, Tuan. Forensik akan buat post-mortem pukul 8 pagi nanti.” Jimin menjawab. 

“Ok Good. Kau ikot aku sekali nanti. Joon Gi baru maklumkan yang team kita akan handle kes ni..” Cheng Yi berkata sambil tangannya masih membelek fail kes tersebut, tidak menghiraukan ucapan Jimin yang seakan memerlinya.

“Baik, Tuan!”  Jimin menjawab sambil matanya menangkap video yang sedang dimainkan di layar komputer Cheng Yi. “Saya dah minta bahagian multimedia perjelaskan imej lelaki dalam video tu, Tuan. Kita hanya boleh bergantung kepada video tu saja sekarang Tuan sebab entah kenapa CCTV di hotel tersebut kebetulan sedang disenggara hari ni.”

Jantung Cheng Yi berdegup kencang mendengar penerangan Jimin itu. 

‘Tak Jelas? Bukan jelas ke ni dia?’ pertanyaan tersebut berlegar di dalam kepala Cheng Yi.

“Kau dapatkan sekali CCTV sekitar hotel tersebut dalam radius satu kilometer. Dan dapatkan sekali kesemua senarai tetamu yang check in harini dan semalam. Juga yang telah booking untuk check in esok. Kau boleh balik sekarang. Pastikan esok tepat jam 8 pagi di fbirusik!” 

“Baik, Tuan!” Jimin memberi tabik hormat dan kemudian terus berlalu dari pejabat Cheng Yi.

Cheng Yi mengarahkan semula pandangannya kepada layar komputernya yang memaparkan video dari memery card kemara yang diambil dari tempat kejadian tadi. Dia mengamatinya, mencari sesuatu yang pelik dari video tersebut.

‘Kenapa hanya tunjuk keadaan selepas kejadian? Mana video sebelum kejadian?’

Cheng Yi terus merenung video tersebut dengan pelbagai persoalan bersarang di mindanya.


-The Devil Angle 1 end-




Inspector Cheng Yi


No comments:

Post a Comment