Wednesday 29 March 2023

TERINDAH BUATMU 15

 Zaril Hakimi bernyanyi-nyanyi kecil sambil menunggu adiknya, Zarith Sofea, di gazebo yang terletak di Dataran Cendikia di dalam Universiti Teknologi MARA (UITM) itu. Bukan dia tidak perasan, kebanyakkan orang yang sebahagian besarnya pelajar perempuan yang lalu lalang di situ akan mengerling ke arahnya.

Hari ini dia memakai t-shirt putih berlengan hitam berkolar berjenama polo serta berseluar jeans kelihatan cukup santai ditambah dengan cermin mata hitam yang sengaja tidak ditanggalkan. Misainya dibiarkan tumbuh nipis bagi mempamerkan kematangannya. Dia tahu, dengan penampilannya yang begitu, sudah cukup membuatkan para gadis sekurang-kurangnya akan mengerling melihatnya.

Dia tersenyum sendiri. Perangai yang tidak dapat diubah sejak dahulu walaupun telah berkawan baik dengan Firas yang jauh lebih kacak dari dirinya. Mujurlah setelah berbaik dengan Firas, Farah tidak lagi menjadi impiannya lantaran terdapat pelajar junior yang lebih cantik dari Farah. Kalau tak, tak tahulah sama ada dia dapat berbaik dengan Firas atau tidak.

“Hai handsome! Kenapa senyum sorang-sorang ni..” suara yang memang dinantinya menyapa telinganya tiba-tiba.

“Zarith ni. Terperanjat abang. Kenapa lambat? Berjanggut abang tunggu kat sini..” Zaril pura-pura merajuk dengan adiknya itu.

“Alololo.. sorrylah my dear. Adik siapkan asigment sikit tadi. Terlupa tengok jam. Tu lah, lain kali dah sampai call..” Zarith membuat suara manja.

“Abang ingat Zarith tak sabar tunggu abang, rupanya terbalik pula. Adoi, payah camni..” Zaril pura-pura buat suara menyesal.

“Ala abang ni. Baru kali ni je kan. By the way, abang nampak handsome lah pakai camni. Patutlah on the way ke sini tadi adik dengar budak-budak bercerita pasal mamat korea datang sini tiba-tiba. Abang rupanya. Adik ingatkan Kim Kang Woo ke..”

“Dah.. dah.. tak payah nak bodek abang lebih-lebih. So, kita nak pergi mana ni?” Zaril menyembunyikan senyuman bangganya. Bukan dia tak tahu sekarang tengah hot gelombang k-pop di Malaysia. Dah alang-alang mukanya Chinese look, terus dia memotong rambutnya gaya korea. Untung-untung boleh sangkut gadis korea ke.

“Eh abang ni. Senyum-senyum pula. Bangga lah tu orang puji dia. Perasan.”

“Eh, sukati abanglah. Abang tanya ni, kita nak pergi mana ni?” muka Zaril sudah merona merah lantaran malu diperli adiknya itu.

“Jomlah. Ikut aje Adik..” Zarith lantas menarik tangan Zaril untuk mengikutinya.

 

 

Juliana yang memerhatikan aksi pasangan dihadapannya tadi berasa jengkel.

‘Dalam U pun korang nak mengedik-gedik bermanja bagai.’ Getus hatinya.

Yang sebenarnya dia marah sebab lelaki tersebut adalah jejaka yang menggganggu lenanya sejak pertemuan pertama dahulu. Melihat Zarith yang bersama jejaka itu, membuatkan hatinya membengkak.

Dia memang ‘kureng’ sikit dengan Zarith kerana baginya Zarith adalah anak orang kaya yang gedik. Dia memang cukup anti dengan minah gedik. Rasa meluatnya bertambah-tambah setelah melihat aksinya bersama jejaka tersebut. Spoilkan seleranya sahaja.

“Woi Bella, ko tak nak makan ke? Termenung pulak dia.." terperanjat Jue apabila disiku oleh Amira.

Segera dia menyuapkan makanan ke mulutnya. Dia tak mahu kawan-kawannya tahu yang hati dia tengah membengkak memerhatikan aksi pasangan sebentar tadi.

"Eh, korang nampak tak mamat korea kat tengan DC tu tadi?" Yana bertanya membuatkan jantung Jue berdebar kencang.

"Bukan mamat tu si Zarith punya ke? Aku nampak minah tutergedik-gedik depan mamat tu tadi. Meluat pula aku tengok." Hanis membuat muka meluat mengenangkan aksi Zarith depan mamat korea tu tadi.

"Serius. Yuuu.. asal nampak mamat handsome je semua dia nak sapu. Menyampah pula aku." Amira berkata sambil menyuapkan makanan ke mulutnya. Jue hanya diam menjadi pendengar tanpa berniat mahu mencelah.

"Eh, senyap je ko Bella. Biase ko yang bising gile kalau nampak minah-minah gedik ni." Hanis menyiku Jue apabila dia melihat Jue hanya mendiamkan diri tanpa sebarang respond seperti biasa.

"Tapi aku rasa kan, aku macam pernah nampaklah mamat tu.. kat mane ek.." Amira berkerut memikirkan di mana dia melihat lelaki itu.

"Haahlah. Tu bukan mamat yang bawak honda yang nak langgar Bella kat Seksyen 2 hari tu ke?" Yana teringat tiba-tiba membuatkan Jue yang sedang menyedut minumannya tersedak.

"Eh, yeke? Tak perasan pula aku. Tak kuasalah aku nak layan semua ni." Jue cuba menutup getaran di dadanya yang semakin kuat.

Dia tak mahu kawan-kawannya tahu yang dia menaruh hati pada lelaki itu. Jatuh saham dia. Makanannya segera dihabiskan supaya dia boleh cepat-cepat pergi dari situ. Dia tidak senang duduk lantaran kawan-kawannya asyik bercerita tentang lelaki idamannya itu.

"Aku bla dulu lah. Ada banyak asigment nak kena buat." Jue sudah berdiri bersedia untuk pergi dari situ.

"Cepatnya Bella. Rilex lah dulu.." Amira cuba menahan dan turut disokong oleh Yana dan Hanis.

"Sorrylah guys. Aku punya asigment tak siap lagi ni. Aku bla dulu tau." Jue terus berlalu meninggalkan kawan-kawannya.

Langkahnya diatur menuju ke perhentian bas berhampiran DC itu. Malas pula dia nak balik ke kolejnya. Dia terus menaiki bas menuju ke Seksyen 2. Kemudian, dia menaiki bas seterusnya menuju ke Plaza Alam Sentral.

Dia mahu berjalan-jalan menenangkan otaknya yang berserabut. Memang dia akui, hatinya serta harapannya hancur melihat jejaka idamannya itu bersama Zarith. Namun dia terpaksa relakan sahaja. Dia bukan jenis yang tergedik-gedik untuk mendapatkan perhatian lelaki.

 

 

Zaril berjalan-jalan mengelilingi ruang legar Plaza Alam Sentral keseorangan. Zarith sedang mencari buku dikedai buku dan dia tidak berminat untuk turut serta di kedai buku tersebut. Dia berpesan agak Zarith menelefonnya apabila siap membeli nanti. Kad kreditnya dihulurkan kepada Zarith bagi memudahkan adiknya itu membuat pembayaran.

Tekaknya terasa hendak menikmatai ais krim Sunday Mcdonald’s lalu segera dia menuju ke tingkat bawah bangunan itu untuk membeli ais krim tersebut. Lantaran tidak sabar, dia terus menikmati ais krim itu sambil berjalan sementara matanya melilau melihat kedai-kedai yang berhampiran untuk mencari barang-barang yang mampu menarik perhatiannya.

"Oh my GOD!" Tanpa sedar dia telah terlanggar seseorang tatkala matanya tertumpu pada kedai cermin mata berhampiran.

"Ma.. maaf cik. Saya tak perasan.." tergagap-gagap dia apabila melihat baju perempuan di hadapannya itu telah terpalit ais krim Sundaynya itu.

"Buta ke? Jalan tak geti nak tengok depan." Terus gadis dihadapannya itu menjerkah dirinya. Lantas mukanya diangkat untuk melihat siapa gerangan gadis yang bermulut celupar itu. Dia memang pantang kalau perempuan bercakap terjerit-jerit dengannya.

"Cik adik. Kan saya sudah minta maaf. Tak payah nak marah-marah." Zaril masih berlembut. Seperti dia pernah melihat muka gadis cantik dihadapannya itu.

"Waaa.. Senangnya cakap. Maaf. Abis tu baju aku ni camne? Ko ingat kain buruk ke?" Gadis dihadapannya masih tak puas hati dan terus mengangkat muka memandang wajahnya.

"You! Bahasa memang tak pernah cantik kan?" Zaril berkata sebaik teringat di mana di berjumpa gadis dihadapnnya itu. Gadis inilah yang hampir dilanggarnya tempoh hari kerana melintas secara melulu.

Terkedu Juliana melihat Zaril dihadapannya. Adoi. Malang betul nasib dia sebab terserempak dengan Zaril di situ dalam keadaan yang menyakitkan hati. Tapi yang dia hairan Zarith tidak kelihatan di sisi lelaki itu. Ah, pedulikanlah. Yang penting bajunya sekarang sudah comot. Malulah dia nak balik nanti.

"Sukati akulah nak guna bahasa apa pun. Kau jangan cuba nak alih topik pula ya?" Jue tidak mahu mengalah. Memanglah dihadapannya itu, jejaka idamannya. Tapi itu sebelum dia nampak Zarith menggedik dengan lelaki ini. Sekarang, dia sudah tidak ingin lagi kerana dia tahu lelaki jenis apa yang suka perempuan gedik.

"I bukan alih topik. Tak boleh ke U cakap elok-elok. Ok. U nak baju kan. U tunjuk je baju mana u nak. I ganti balik. U nak sepasang terus dari atas sampai bawah pun I tak kisah." Zaril mula berasa panas.

"Pergghhh!! Berlagak siot! Wei, aku tak hadaplah duit kau. Terima kasih sajalah." Juliana terus berlalu meninggalkan Zaril terpinga-pinga. Sengaja di melanggar bahu Zaril ketika berlalu sebagai tanda tak puas hati. Dia terus menuju ke tandas untuk membersihkan kototan yang terpalit di bajunya itu.

Zaril terkedu melihat gadis tersebut berlalu begitu saja. Pertama kali dalam hidupnya, dia dihambur oleh seorang gadis cantik. Memang luar biasa betul. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum dan terus berlalu menuju ke kedai buku tempat Zarith membeli.

 

 

Juliana menghempaskan begnya di atas meja. Malang betul nasib dia hari ni. Dahlah jejaka idamannya bersama dengan anak orang kaya gedik kat kelasnya, lepas tu boleh pulak mamat tu kotorkan baju kesayangannya dengan ais krim. Rasa nak menjerit kuat-kuat sahaja. Biar semua orang tau, dia tengah sakit hati. Niatnya untuk menenangkan hati yang lara disebabkan mamat tu, akhirnya sakit hati juga yang dapat disebabkan mamat tu juga. Nasib kawan-kawannya bukan sebilik dengannya. Kalau tak, buat malu je kena gelak dengan dorang.

Juliana membuka laci meja belajarnya dan mengeluarkan gambar yang sentiasa bersamanya. Dia rindukan ibu dan ayahnya. Dia terasa keseorangan di dunia ini mengharungi semua dugaan ini. Dia sungguh tidak kuat.

Walaupun luarannya dia nampak kasar, namun semua itu hanyalah untuk menutup mata orang supaya dia tidak dianggap lemah. Perlahan air matanya gugur mengenangkan nasib dirinya. Sudahlah kehilanga  tempat berpaut, hatinya yang baru hendak berbunga indah terus layu tanpa sempat mekar.

Dia mengeluarkan pula diarinya lantas segala coretan hatinya diukirkan di dalam  diari tersebut. Semenjak ibu dan ayahnya meninggal, hanya diari sahajalah tempat dia meluah perasaan. Kalau dulu dia jadikan abangnya sebagai tempat meluah perasaan, namun segalanya berubah selepas ibu dan ayah mereka pergi. Dia sudah tidak percaya lagi kepada abangnya itu.

Sedang asyik dia melakar coretan hatinya itu, handphonenya berbunyi nyaring minta diangkat. Dilihat nombor pemanggil adalah rumah makcunya.

'panjang betul umur ko ye. Baru terlintas je, terus muncul. Malas aku nak dengar suara ko lah..' hatinya mendengus. Perasaan sedihnya tadi terus bertukar menjadi marah lantaran teringatkan abangnya itu. Dia hanya membiarkan handphoneya berdering tanpa diangkat.

"Bella, kenapa ko tak angkat call tu?" Suara izyan memeranjatkannya. Setahunya dia keseorangan dalam bilik ni tadi. Entah bila masa izyan masuk pun dia tidak sedar.

"Malas aku. Biarlah dia. Ha, sejak bila ko ada dalam bilik ni?" Juliana mengalihkan topik.

"Ko tu je yang berangan. Aku dah lama masuk bilik ni. Akj tengok ko berangan, aku malas lah nak kacau.." Izyan berkata sambil mengeringkan rambutnya. Dia sedang mandi ketika juliana balik sebentar tadi.

"Yeke? Toilet ramai tak? Aku nak mandi juga ni.." Juliana sudah bangun lantas mencapai tuala bersedia untuk pergi bilik air mandi.

"Tak ramai. Pergilah. Wei, jap.. Jap.. Baju ko tu kenapa?" Izyan menunjuk ke arah coletan ais krim di bajunya.

"Kena ais krim. Ada mamat sewel tadi langgar.." Juliana buat muka malas bila hal baju kesayangannya disentuh.

"Mamat? Sebut pasal mamat ni, ko ada dengar cerita ada mamat korea kat dc tadi?" Izyan excited bercerita. Maklumlah, hantu korea. Sebab tu bila ada lelaki kelihatan seperti korea terus dia teruja.

"Wateverlah yan. Aku nak pergi mandi ni. Malas aku nak layan korea ko tu.." Juliana berkata seraya berlalu. Bukan dia tak tahu siapa yang izyan maksudkan itu kalau bukan bekas jejaka idamannya.

'untunglah zarith dapat balak handsome camtu.' hati kecilnya berkata. Dia telah membuat keputusan untuk melupakan jejaka tersebut lantaran dia tidak berkenan terhadap lelaki yang menggemari perempuan gedik. Baginya lelaki seperti itu hanya tahu memainkan perasaan perempuan dan memeliki scandal keliling pinggang. 





  

ZARIL HAKIMI ATAU AMIR FIRAS?




No comments:

Post a Comment