Monday 29 June 2015

TERINDAH BUATMU 5

"Amar, ko tau kan aku kena dende tadi" Zaril terus ke topik utama setelah mereka memesan minuman di cafe tempat biasa mereka melepak, menghabiskan masa.
"Tau. Fendi beritahu. Sorrylah, aku malas pulak nak pergi sekolah hari ni. So, tak dapat tolong ko..." Amar berkata selamba tanpa rasa bersalah ponteng sekolah.
"Ko tau, nape aku kena denda?"
"Bergaduh. Biase lah tu..."
"Oppss! Hari ni luar biasa skit. Aku bergaduh dengan budak Looser tu.." Zaril terus bermuka bengang bila mengingati kejadian tersebut.
"Budak Looser? Amir? Ko serius? Sejak bila dia pandai melawan dan bergaduh?" Hampir terkeluar biji mata Amar mendengar kata-kata kawannya itu.
"Tu yang buat aku bengang ni. Sejak bila dia pandai melawan aku cakap gaknya..." kata-kata Zaril terhenti apabila air yang mereka pesan sampai. Amar terus meneguk fresh orennya.
"So, ko nak buat ape sekarang?" Amar berkata sebaik selesai membasahkan tekaknya.
"Ish ko ni. Lagi mau tanya. Balas dendamlah. Kecik je aku tengok dia tadi..." Zaril turut meneguk air yang dipesannya. Walaupun air tersebut sejuk, tetapi tidak dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas membara.
"So, ape plan?" Amar inginkan pengesahan. Dalam kepalanya telah berlegar-legar rancangan nak mengenakan Amir Firas.
"Sebab tu la aku cari ko. Plan ko selalunya meletop..."
"Ade. Tapi bahaya skit..."
"Aku tak kisah. Janji dendam aku terbalas. Aku memang cukup meluat tengok muka dia dah..."
"Ok. Camni...." dan Zaril terus tekun mendengar rancangan Amar. Sekejap berkerut, sekejap tersenyum.
"Ish! Boleh ke kita buat camtu?" Zaril bertanya ragu-ragu.
"Kalau ko takot, tak payah buatlah.." Amar berkata selamba.
"Ok. Ok. Set..." Zaril menghabiskan minumannya lantas meletakkan rm50 di atas meja terus berlalu bersama Amar. Memang kehidupannya begitu. Walau baru menginjak umur 15 tahun, tapi perangai berlagak mengalahkan orang ada projek juta-juta. Disebabkan dia seorang anak lelaki dalam keluarga, mama dan papanya terlalu manjakannya. Segala apa yanb diminta semuanya dapat, tak pernah dibantah. Kerana itulah perangai Zaril begitu. Baginya semua orang perlu ikut arahannya tanpa sebarang bantahan. Dan dia sanggup melakukan apa saja asalkan kemahuannya tercapai walaupun dengan cara kasar.

TERINDAH BUATMU 4

Imbas Kembali -2006
Zaril Hakimi berjalan sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar sekolahnya. Cara berjalan yang cukup angkuh membuatkan hampir kesemua mata tertumpu kepadanya. Ditambah pula beberapa ‘kawan baiknya’ yang berjalan di belakangnya seakan mengiringinya membuatkan dia merasa dirinya sangat hebat. Tiada siapa yang boleh melawan kehebatannya di sekolah ini. 
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Hampir tersembul biji matanya melihat Amir Firas duduk makan bersama beberapa kawannya di kantin sekolah itu. Lantas langkahnya diatur menuju kearah Firas. Tanpa berbasa-basi kepala Firas ditonjolnya kedepan membuatkan muka Firas hampir sahaja mencium kuah mi kari di dalam mangkuk di hadapannya itu.
                “Woi, kan aku dah warning ko. Aku tak nak tengok muka ko depan mata aku. Ko blah skarang!” Zaril terus menyemburkan kata-katanya sambil menaikkan kaki kanannya ke atas kerusi betul-betul di sebelah Firas. Firas hanya memandang Zaril seketika sebelum menyambung makan semula tanpa memperdulikan kehadiran Zaril di sebelahnya itu. Perbuatan Firas membuatkan hati Zaril menjadi panas.
                “Ko ni pekak ke ape? Dah tak dengar aku cakap lagi?” sekali lagi Zaril menonjol kepala Firas namun kali ini Firas sempat menahan supaya mukanya tidak mencium kuah mi kari di hadapanya. Firas tetap meneruskan makan tanpa memperdulikan kehadiran Zaril di sebelahnya. Muka Zaril sudah merah menahan marah. Dia cukup pantang kalau orang ‘buat bodoh’ je apabila dia bercakap.
Tanpa sebarang amaran, mangkuk mi kari Firas diterbalikkan membuatkan Firas spontan berdiri bagi mengelak dari terkena tumpahan kuah mi kari tersebut.
                “Ko apehal? Aku takde kacau hidup ko pon kan!” Firas sedikit menjerit menahan geram. Sudahlah duit poket dia tak banyak hari ni. Baru nak isi perut yang lapar dah ada hantu yang kacau pulak. Memang lapar penumbuk dia gaknye.
                “Aku dah kata, aku taknak tengok muka ko depan mata aku kan? Yang ko duduk kat sini juga buat apa?” Zaril berkata sambil menunjukkan jari telunjuknya ke muka Firas tanda amaran. Kawan-kawan Zaril yang berdiri di belakangnya sudah mengepal-ngepal penumbuk.
                “Ape hak ko? Sukati akulah mane aku nak duduk. Ko ingat ni sekolah bapak ko punya?” Firas betul-betul hilang sabar. Merah mukanya menahan marah yang teramat. Kalau sebelum ini dia boleh bersabar dengan perangai Zaril yang sering membulinya, namun kali ini sabarnya sudah sampai ke puncaknya. Kawan-kawannya sudah bangun untuk menenangkan dirinya yang sedang menyinga itu. Keadaan di kantin yang hingar-bingar ketika itu tidak dihiraukan.
                “Ko memang betul-betul cari nahas dengan aku kan…”
                “Ko nak belasah aku? Belasah lah. Ko ingat aku takut ngan ko…”
                Buk!! Penumbuk sulung Zaril singgah di muka Firas sebelum sempat Firas menghabiskan ayatnya. Firas segera merentap tangannya dari pegangan kawan-kawannya dan dengan pantas turut menghadiahkan tumbukan balas kepada Zaril.
Zaril mengesat sedikit darah yang mengalir di tepi bibirnya akibat tumbukan Firas itu. Dia tersenyum mengejek sambil merenung kea rah Firas.
                “Ko betul-betul cabar aku ya sial….” kakinya pantas dihayunkan tepat mengenai perut Firas, membuatkan Firas terundur ke belakang sedikit akibat tendangan yang tidak dijangka itu. Dia tertunduk sedikit sambil memegang perutnya menahan senak. Dengan perasaan yang membara Firas lantas menerkam kearah Zaril sehingga membuatkan Zaril terjatuh ke lantai lalu mencengkam kolar bajunya dan terus menumbuknya lagi.
"Woi! Ape korang buat tu ha?" Tiba-tiba Cikgu Sulaiman muncul dengan rotan ditangannya. Siapa yang tidak kenal Cikgu Sulaiman, cikgu displin yang garang lagi menyeramkan.
Firas yang ketika itu sedang bersedia menghayunkan penumbuk seterusnya ke muka Zaril terhenti. Dia yang sedang duduk di atas Zaril yang telah terbaring di atas lantai segera bangun dengan muka yang bengang.
"Bangun..." Cikgu Sulaiman memaksudkan arahan tersebut kepada Zaril yang masih lagi terbaring.
"Kau, kau.. ikot saya ke pejabat sekarang!" Cikgu Sulaiman menunjukkan rotannya kepada Zaril dan Firas.
Zaril mengetap bibirnya geram. Celaka betul! Tak pasal-pasal dia kena menghadap Cikgu Sulaiman.

Firas meruap mukanya penuh kesal. Dia kesal sebab tak dapat menahan barannya. Dia kesal sebab terlalu mengikut sangat kemarahannya.

XXXX


Zaril mengepal penumbuknya. Kalau Firas depan matanya sudah dilunyai-lunyaikan muka dia sekarang. Hatinya cukup panas dengan Firas. Tak pasal-pasal dia dirotan dan didenda oleh Cikgu Sulaiman.
'Nie semua sebab ko Amir. Aku akan pastikan ko dapat balasan yang secukupnya...' meja di hadapannya ditumbuk bagi melepaskan kegeramannya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia menjadi terlalu berdendam dengan Firas. Yang dia tahu, dia tak suka bila Firas kelihatan lebih hebat dari dia dimata para gadis. Dia nak, hanya dia saja yang menjadi jejaka idaman di sekolahnya itu. Dia mahu, hanya dia yang kelihatan macho di mata para gadis. Sebab tu dengan sengajanya dia suka membuli Firas. Dia mahu Firas kelitahan lembik dan lemah di mata para gadis.
Kadang-kadang dengan sengaja dia sadungkan kaki Firas apabila Firas sedang berjalan. Pernah ditarik kerusi Firas ketika Firas hendak duduk membuatkan Firas jatuh terduduk di lantai. Dia juga selalu paksa Firas siapkan semua kerja sekolah dia. Diugut Firas dengan bermacam-macam ugutan.
Namun Firas sedikit pon tidak melawan selama ini. Dia pun pelik. Sudah macam-macam dia buat pada Firas sampai dia menggelarkan Firas Looser, namun gadis-gadis di sekolahnya tetap memandang Firas bukan dirinya. Naik berbulu dia dengar orang gelarkan Firas Jejaka Idaman Malaya. Ya, dia memang kaki perempuan. Kalau boleh semua perempuan yang berdahi licin dia nak sapu. Yang membuatkan dia bertambah bengang dengan Firas sebab satu-satunya gadis paling cun di dalam kelasnya suka pada Firas. Ya, Farah suka pada Firas. Walau Farah tak nyatakannya, tapi dia tahu. Melalui pandangannya, perbuatannya, semua menunjukkan yang dia suka kepada Firas. Itu yang membuatkan dia bertambah berdendam dengan Firas. Kalau boleh dia tak nak Firas muncul di depan Farah dan dirinya.
Dia pon terkejut apabila Firas melawan dia tadi. Dia tak sangka Firas seberani itu. Namun perkara itu yang membuatkan dia bertambah marah kepada Firas. Dia akan pastikan dendamnya terbalas. Stretegi pantas disusun untuk membalas dendam. Dia akan pastikan Firas menyesal atas tindakannya.
Telefonya diangkat dan lantas dia mendail nombor rakan baiknya yang selalu membantunya dan mempunyai banyak idea gila.
"Hello Amar... ko kena tolong aku kali ni..." tanpa berbasa-basi Zaril terus menyatakan tujuannya sebaik terdengar suara Amar.
"Weh, rilex lah.. tak bagi salam terus serbu je ni... kes berat da ni.." Amar sedikit tergelak di hujung talian.
"Aku serius ni wei.. memang penting sangat ni. Ko kene tolong aku..." Zaril terus mendesak.
"Ok..ok.. let be serius.. so, ko nak suruh aku buat ape ni?"
"Kita jumpa. Tempat biase. Ok?"
"Oklah. Bagi aku sejam. Chow.." Amar terus meletak telefon lantas segera bersiap. Telatah kawan baiknya itu perlu dilayan. Kalau tak sia-sia dia tak dapat 'payung' nanti. Maklumlah, Zaril tu anak Dato', banyak duit. 

TERINDAH BUATMU 3


2015
Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam

Suasana di Fakulti Senibina hingar-bingar. Para ibu bapa berpusu-pusu menghantar anak mereka untuk mendaftar di Fakulti tersebut. Rata-rata mereka adalah remaja yang pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading. Ada ibu bapa yang menangis mungkin terharu anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading atau mungkin sedih untuk berpisah dengan anak mereka.
Firas duduk di satu sudut sambil memerhatikan telatah para ibu bapa itu. Adiknya Jue, sedang menguruskan hal-hal yang berkaitan pendaftarannya, meninggalkan dia keseorangan di situ.
“Amir Firas! Kau Amir Firas kan?” Pemuda di hadapannya menegurnya tiba-tiba. Dia mengecilkan anak matanya sambil mengingat siapa gerangan pemuda Chinese look tersebut.
                “Za.. Zaril Hakimi Dato’ Arshad! Yes! U’re Zaril Hakimi, right?” perlahan ingatannya terhadap wajah pemuda tersebut menjengah.
                “Adoi!! Dah berapa kali cakap, tak payah nak Dato’-Dato’ bagai.” Zaril tersenyum lantas bersalam dan memeluk sahabat yang telah tujuh tahun tidak ditemui itu.
                “Zaril, lama gila tak jumpa kau. Bukan main handsome lagi sekarang.” Firas sangat gembira bertemu sahabat baiknya di sekolah suatu ketika dahulu.
                “Aku biasa-biasa je, Mir. Still tak dapat challenge kau. Kau kan jejaka idaman Malaya kat sekolah dulu.” Zaril berkata sambil ketawa. “Eh, jomlah kita duduk kat café. Boleh borak-borak panjang.” Zaril terus memaut bahu Firas mengajaknya ke café berdekatan.
Firas hanya mengikut langkah Zaril sambil tersenyum lebar. Sungguh dia tak sangka akan jumpa sahabatnya di sini, di Universiti tempat adiknya belajar.
                “Well, kau buat apa kat sini? Tak habis study lagi ke?” Zaril memulakan perbualan setelah waiter yang mengambil pesanan mereka berlalu.
                “Banyaklah kau punya study. Aku hantar adik aku. Dia daftar masuk hari ni. Kau pulak? Buat apa sekarang? Study lagi ke?” Firas bertanya sambil menyandarkan badannya di kerusi.
                “Aku? Aku kerja kat company papa aku lah. Nak buat camna, dah aku lelaki tunggal dalam family. Papa aku lebih harapkan aku dari kakak-kakak aku. Lagipun orang perempuan mana nak kerja kat tengah panas.” Zaril menjelaskan lanjut.
                “Tengah panas? Kau biar betul, Ril? Cerah je aku tengok kau ni. Takkan kerja tengah panas kulit cerah kot?” Firas membuat muka pelik.
                “Kau ni.. takyah lah nak lurus sangat. Tak semestinya engineer kena duduk dekat tengah panas hari-hari kan..”  Zaril terhenti tatkala pesanan mereka sampai.
                “Wow! Kawan aku dah jadi engineer. Tahniah beb!” Firas menghulurkan tangan bersalam sebagai tanda tahniah kepada kawan baiknya itu.
                “Ala, takda apa pun Mir. Aku amik engineering ni pon sebab papa aku suruh. Yelah, siapa lagi nak sambung bussiness dia kalau bukan anak dia ni. Lagipun, kalau bukan sebab kau tolong aku dulu, mesti sekarang aku bukan aku yang hari ini. Entah-entah belajar pun tak abis lagi sebab asyik kena repeat paper je.” Zaril menggeleng perlahan sambil tersenyum apabila teringat kenakalannya dahulu.
                “Chill lah beb. Semua orang boleh berubah kot kalau dia nak. Dah tu ko buat apa kat sini? Takkan sambung belajar lagi?” Firas terus mengalihkan perbualan mereka.
                “Kau ingat adik kau seorang je yang daftar hari ni?” Zaril berkata sambil menyedut air fresh orange dihadapannya.
                “La.. Adik kau pun masuk sini? Course ape? Architecture juga ke?” Firas turut menyedut air teh o ais yang dipesannnya.
                “Yelah, takkan dekat Fakulti sini ada course law pulak. Kau ni pun..” Zaril tertawa.
                “Ye tak ye jugak kan…” Firas turut tertawa. Yang sebenarnya dia sendiri tidak tahu perkara tersebut. Dia hanya mengikut arahan pendaftaran sahaja tadi.
                “So, kau pula buat apa sekarang?” pertanyaan Zaril membuat muka Firas sedikit berubah.
                “Aku kerja kampung je.” Zaril terkejut mendengar jawapan Firas.
                “Kau biar betul Mir. Bukan kau dapat straight A ke SPM dulu? Takkan kau tak sambung mana-mana?” Zaril seakan tidak percaya dengan jawapan Firas tadi.
                “Kau bukan tak tahu apa jadi kat aku masa nak dekat SPM dulu. Takkan aku nak biarkan adik aku camtu je…” kalau boleh Firas tak mahu bercerita lanjut tentang dirinya lagi.
                “Kagum aku dengan kau Mir. Sanggup korbankan cita-cita kau demi adik kau. Kau memang dari dulu macam ni ek.” Zaril menyatakan rasa kagumnya terhadap Amir Firas.
                “Kau la. Suka buli aku dulu kan…” Firas tertawa tatkala mengingati kenangan mereka ketika zaman persekolahan dahulu.

Sunday 28 June 2015

TERINDAH BUATMU 2

2008
Bandar Maharani, Muar.

Firas begitu gembira. Hari ini dia dibenarkan pulang bermalam dirumah untuk meminta restu ibu dan ayah lantaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula lebih kurang dua minggu lagi. Bersungguh-sungguh dia memujuk ibu dan ayahnya untuk menjemputnya di asrama walaupun kebiasaannya dia akan balik menaiki bas sahaja dan yang paling membuatnya teruja apabila ibunya menyatakan persetujuan untuk menjemputnya pada hari itu.
“Firas, nanti bila ibu ngan ayah dah tiada, kami harap Firas dapat jaga Jue baik-baik ya. Jue tu satu-satunya adik Firas. Dia tiada siapa-siapa lagi selain Firas.” tiba-tiba ibu berkata sebaik mereka memulakan perjalanan.
                “Kenapa ibu cakap macam tu? Ibu dengan ayah nak pergi mana?” jantungnya berdegup kencang tatkala mendengar kata-kata itu.
                “Ibu cuma mengingatkan Firas. Yelah, Firas kan dah besar. Firas kena belajar bertanggungjwab. Jangan ambil mudah semua perkara.” Puan Azura terus menerus mengingatkan satu-satunya anak lelaki yang dia miliki.
                “Firas kena sentiasa menjaga dan mendidik Jue. Jangan pernah sekali tinggalkan atau biarkan Jue keseorangan.” Encik Azrul pula menyambung sambil memfokuskan kepada pemanduannya.
                “Insya-ALLAH ayah, ibu. Firas akan ingat pesanan ayah dan ibu. Lagipun dalam dunia nie, orang yang paaaaling Firas sayang adalah ibu, ayah dan Jue.” Firas membalas dengan senyuman.
                “Ha, macam tulah anak ayah. So, how’s your preparation? Dah ready nak masuk medan peperangan? Ke senjata belum siap lagi?” ayahnya bertanya, sengaja mengalihkan topic perbualan.
                “Apalah ayah ni. Lagi dua minggukan. Takkanlah tak siap senjata lagi. Sekarang dah masuk fasa checking je lah ayah..” Firas tersengih menjawab.
                “Ingat Firas, belajar sungguh-sungguh. Hanya ilmu saja yang mampu membela nasib Firas kelak. Kita ni, kalau tak berilmu, pergi mana-mana pun susah. Nanti bila Firas dah berjaya, jangan lupakan orang-orang yang sentiasa mendorong kepada kejayaan Firas tau.” Ibunya pula mencelah. Firas hanya tersengih faham. Sesungguhnya dia amat bersyukur dikurniakan ibu bapa yang mengambil berat dan sangat menyayangi dirinya.
                “Nanti bila ibu ayah tiada, Firas pastikan Jue dapat pelajaran secukupnya. Jangan biarkan Jue hanyut dengan dunia yang sementara ni. Dia masih mentah lagi. Banyak lagi yang dia perlu belajar.” Ibunya menyambung lagi. Berkerut dahi Firas mendengar kata-kata ibunya itu.
                “Ibu nie, asyik cakap macam tu je. Ibu jangan risau. Firas janji, Firas akan jaga Jue macam Firas jaga nyawa Firas sendiri. Firas takkan sia-siakan dia.” Firas berkata sambil mengangkat tangannya seolah berikrar. Puan Azura tersenyum sambil menggeleng-geleng perlahan melihat telatah anak bujangnya itu.
“Eh, kenapa Jue tak ikot skali ibu?” Firas terus mengalihkan topik. Dia tidak mahu ibunya terus menerus mengeluarkan kata-kata yang membuatkan jantungnya berdegup kencang bagai nak tercabut.
                “La.. Anak ibu ni dah lupa ke? Kan Jue sekolah. ManA sempat kalau tunggu dia balik sekolah. Ibu dah pesan dia supaya balik naik bas hari ni.” Ibunya berkata sambil memandang ke arahnya di belakang.
                “Naik bas? Tahu ke dia? Biasakan ibu yang ambil dia di sekolah.” Firas bertanya dengan muka yang berkerut, pelik.
Memang adik dia yang sorang itu sangat manja. Walaupun sudah berada di tingkatan satu namun masih tidak tahu naik bas ke sekolah. Nasib baik sekolahnya tidak jauh dari rumah. Jadi, tak perlulah ibu memandu kereta jauh-jauh. Lagipun ibu sebenarnya tidak berani untuk memandu jauh. Sebab tu hari ni ayah mengambil cuti semata-mata ingin menemani ibu mengambilnya di sekolah. Dia ditawarkan masuk ke sekolah berasrama penuh di muar selepas berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu.
                “Puas juga ibu pujuk dia. Sampai pesan kat Farah minta tolong teman adik kamu tu.” ibu menerangkan. Farah adalah jiran mereka yang bersekolah sama dengan Jue juga bakal menduduki SPM tahun ini.
                “Ibu, ayah.. maaf, Firas dah susahkan ibu dan ayah.” Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana mendesak ibu dan ayahnya menjemput dia di sekolah.
                “Ala.. takda apalah Firas. Firaskan anak ayah dan ibu juga. Yang penting, Firas belajar sungguh-sungguh. Buktikan pada ayah dan ibu yang Firas boleh berjaya, ya?” Ayah berkata setelah lama menjadi pendengar setia lantaran perlu menfokuskan kepada pemanduannya.
                “Insya-ALLAH ayah. Firas akan buktikan. Firas janji” Firas mengangkat tangan, berjanji dengan ayahnya dengan senyuman riang. Encik Azrul hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan dengan telatah anak bujangnya itu.
Firas kemudiannya menyandarkan badannya. Terasa keletihan setelah semalaman dia tak dapat tidur kerana terlalu excited nak balik rumah. Sudah sebulan dia tidak pulang ke rumah kerana jadual waktu yang terlalu padat dengan kelas-kelas tambahan dan study group.
Perjalanan diteruskan ditemani bunyi radio yang memutarkan lagu-lagu yang jiwang. Ibunya berbual kosong dengan ayahnya bagi mengelakkan ayahnya mengantuk semasa memandu. Ibunya memang agak paranoid dengan perjalanan yang jauh. Takut ayah mengantuklah, letihlah, yang menjadikan ayah tak fokus memandu.
Firas hanya mendiamkan diri melayani perasaan sambil pandangannya dihalakan keluar tingkap melihat permandangan yang telah hampir sebulan tidak dilihatnya. Hujan yang turun sejak di sekolahnya lagi tadi membuatkan dia berasa mengantuk. Beberapa kali dia menguap hingga akhirnya dia terlelap.

Tiba di satu simpang, ibunya tiba-tiba menjerit hingga mengejutkan lenanya. Dengan segera dia nampak ayah memutarkan stereng kereta ke kanan sambil menekan brek dengan kuat bagi mengelak sebuah van yang keluar simpang dengan tiba-tiba. Namun tindakan agak terlewat ditambah pula dengan keadaan jalan yang licin hingga menyebabkan kereta ayahnya berlanggar dengan van tersebut lalu berpusing dan menuju ke arah bertentangan. Kereta dari arah bertentangan tidak sempat menekan brek dan terus melanggar kereta mereka. Pelanggaran yang kuat itu telah menyebabkan dia tercampak keluar dan terhantuk kuat di paip air besar yang terdapat disitu lantaran tidak memakai tali keledar di bahagian belakang. Pandangannya berpinar. Dia nampak kaca berterbangan dihadapannya dan segalanya terus gelap.

xxxxxxxx

2014
Tanjung Dahan, Melaka.

Firas tersentak lantas segera membuka matanya. Namun semuanya nampak kabur. Dia menutup matanya kembali sambil memicit dahinya dan kemudian membuka semula matanya. Pandangannya masih lagi kabur lantas dia mencapai cermin matanya lalu segera dipakai.
                ‘Mimpi tersebut datang lagi..’ hatinya berbisik. Dia akui, sejak kejadian malang tersebut, setiap kali adiknya berasa sakit hati dengan tindakannya, mimpi tersebut pasti menjengah tidurnya tidak kira siang atau malam walaupun telah hampir tujuh tahun berlalu. Hatinya terus dihambat rasa bersalah lantaran merasakan amanat arwah ibu bapanya tidak tertunai. Dalam diam hatinya merintih sedih.
                ‘Ibu, ayah.. Maafkan Firas. Firas tak tahu nak buat macam mana lagi. Firas gagal tunaikan janji Firas. Maafkan Firas…’ dia menundukkan mukanya sambil menguak rambutnya ke belakang dengan penuh kesal.
Dia tak tahu bagaimana mahu mendidik adiknya yang seorang itu lagi. Sejak ibu dan ayahnya meninggalkan mereka, perangai adiknya mula berubah. Dirinya sebagai abang sudah tidak dihormati langsung. Segala nasihat dan kata-katanya, semua tidak mahu didengari adiknya itu. Dia tahu, Jue menyalahkan dia sepenuhnya diatas apa yang terjadi kepada ibu dan ayah mereka.
                “Kalau kau tak ngada-ngada paksa ibu jemput kau, mesti dorang tak excident. Nie semua sebab kau. Kau pembunuh!!!”
Masih terngiang-ngiang jeritan adiknya tatkala dia pulang selepas hampir dua minggu terlantar di hospital. Hatinya dipagut rasa kesal dan bersalah. Dia tahu, dia yang beriya-iya memaksa ibu menjemput dia di sekolah untuk pulang bermalam di rumah.
Dia sendiri menerima kesan akibat kemalangan tersebut. Seminggu dia terlantar tidak sedarkan diri di hospital. Apabila dia sedar, pandangannya menjadi kabur dan hasil pemeriksaan doktor mendapati saraf matanya telah cedera akibat kemalangan tersebut. Doktor menasihatkannya untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan sebarang masalah, namun dia hanya memilih untuk memakai cermin mata sahaja.
Dia sangat sedih apabila mengetahui ibu dan ayahnya telah pergi akibat kemalangan tersebut. Dia bertambah sedih apabila tidak dapat menghadiri dan menyempurnakan majlis pengebumian ibu dan ayahnya lantaran masih tidak sedarkan diri di hospital. Dan yang paling dia terkilan hingga sekarang adalah dimana dia langsung tidak berpeluang melihat dan mencium ibu dan ayahnya buat kali terakhir. Pemergian mereka tidak mampu dihantar hingga ke akhirnya. Yang dia mampu hanyalah menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yasssin serta mendoakan kesejahteraan mereka di sana.
Disebabkan peperiksaan SPM telah bermula, dia terus pulang ke sekolahnya keesokkan harinya setelah keluar dari hospital. Dia menduduki peperiksaan dengan perasaan galau di hati. Adiknya langsung tidak mahu melihat mukanya dan menyalahkan dia sepenuhnya diatas kejadian tersebut. Makcu yang menjaga mereka turut menyalahkan dirinya atas kejadian tersebut.
Mengingati makcunya membuatkan dia menjadi trauma. Wanita itu melayannya dengan sangat teruk. Dia dipaksa melakukan semua kerja di dalam rumah selain mencari duit untuk menyara kehidupan mereka. Kesilapan sedikit pun akan menyebabkan dia dihajar secukupnya oleh wanita itu.
Makcunya begitu membenci dirinya dan menuduhnya sebagai pembunuh kakak wanita itu iaitu ibunya. Dia bertahan dengan makcunya itu hanya kerana adiknya saja. Kalau tidak kerana adiknya, sudah lama dia membawa diri jauh dari semua keserabutan ini.

                “Ya ALLAH! KAU yang maha mengetahui segalanya. Aku ini hanya hambu-MU yang lemah dan tidak berdaya…” hatinya merintih untuk kesekian kalinya. 

Friday 12 June 2015

TERINDAH BUATMU 1



2014
Tanjung Dahan, Melaka
                MOHD AMIR FIRAS!! How dare you!!!!” sekuat hatinya dia menjerit berharap agar jeritan itu didengar oleh empunya badan. Bantal-bantal diatas katil semua dibaling ke lantai bagi melepaskan amarahnya. Air matanya terus mengalir laju membasahi pipi. Badannya kemudian disandarkan di kepala katil apabila dia sedar perbuatannya itu tidak memberi kesan kepada empunya badan. Gambar ibu dan ayahnya yang diletakkan di atas meja berhampiran katilnya, dicapai.
                ‘Kalau ibu dan ayah ada, mesti nasib adik tak macam ni. Kenapa ibu ayah tinggalkan adik keseorang?’ hatinya terus merintih sambil memeluk gambar kesayangannya itu. Tangisnya masih tidak berhenti mengenangkan apa yang telah terjadi sebentar tadi.
Dia sedang seronok ketawa riang dan bergembira bersama kawan-kawannya apabila abangnya, Mohd Amir Firas, muncul tiba-tiba dan tanpa sebarang kata terus menariknya balik ke rumah. Hatinya cukup sakit apabila dia dipaksa balik tanpa sebarang alasan munasabah. Dia benci perbuatan abangnya memperlakukannya begitu seolah dia anak patung yang boleh diheret sesuka hati. Baginya abangnya terlalu mengongkong kehidupannya tanpa memberi dia ruang untuk bergembira dan bebas bersama kawan-kawannya.  
Baginya itu adalah perkara biasa untuk remaja sepertinya yang mecari kebebasan dan ketenangan diluar. Lagipun, dia sekadar duduk lepak-lepak di pondok depan balai raya bersama kawan-kawannya dan bukannya dia hisap dadah atau melakukan aktiviti tidak bermoral sehingga boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan. Lagipun, duduk rumah adalah perkara yang paling membosankan bagi dirinya memandangkan tiada satu kerja pun yang dia tahu buat selain makan dan tidur.
‘Tok! Tok! Tok!’ bergema ketukan dipintunya. Lamunanya terhenti lalu segera diseka air matanya yang masih mengalir deras dipipi.
                “Jue, buka pintu ni sayang. Abang nak cakap sikit ni..” kedengaran suara abangnya dari luar. Dia hanya membatukan diri tanpa bercadang untuk membuka pintu tersebut.
                “Jue, abang minta maaf, ya sayang. Abang tahu abang salah. Abang cuma nak jaga Jue je. Abang taknak Jue terus terpengaruh dengan budak-budak tak senonoh tu.” abangnya terus berkata apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dari dalam bilik tersebut.
Hatinya bertambah panas mendengar kata-kata Firas itu. Sampai hati abangnya menggelarkan kawan-kawannya itu tidak senonoh. Abangnya bercakap seolah hanya abangnya itu yang terbaik dan orang lain semua jahat.
‘Jantan tak sedar diri! Dia ingat dia baik sangat!’ amarahnya dihemburkan di dalam hatinya sahaja tanpa diluahkan.
Air matanya kemarahan dan kesedihan bercampur-baur dan terus mengalir tanpa mahu berhenti walau berkali dia menyekanya. Dia tetap dengan keputusannya tidak mahu membuka pintu biliknya itu. Dia tak suka abangnya melihat mukanya yang sembab dengan matanya yang merah dipenuhi air mata.
                “Takpelah kalau Jue taknak maafkan abang. Abang faham..” Firas akhirnya belalu apabila tidak mendapat sebarang balasan dari adik kesayangannya itu.
Setelah dia pasti abangnya telah berlalu pergi, dia menyembamkan mukanya diatas bantal. Gambar ibu dan ayahnya tetap tidak dilepaskan. Dia terlalu rindukan ayah dan ibunya yang telah meninggalkan dia terkapai-kapai mencari arah tatkala umurnya mash setahun jagung. Dan dia bencikan abangnya yang menyebabkan segalanya terjadi.
‘Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau! Kau punca segalanya, Firas!’ tekadnya yang tidak pernah dilupakan sejak dari hari pengebumian kedua ibu ayahnya itu.

xxxxxxxxxxx

Firas akhirnya akur yang adiknya masih marah apabila dia memperlakukan adiknya sedemikian rupa. Dia bukannya marah adiknya berkawan malah dia faham, remaja seperti adiknya itu amat gemar mencari kebebasan serta meneroka dunia yang baru. Dia juga pernah merasainya walau sebentar cuma.
Namun yang menjadi masalah adalah apabila adiknya bercampur gaul dengan lelaki-lelaki kutu lepak dan kutu rayau yang berperangai tidak senonoh. Bukan sekali dua dia dengar adiknya bercampur dengan budak-budak tersebut dan bukan sekali dua juga dia menasihati adiknya itu malah sudah berkali-kali namun sedikitpun tidak dihiraukan oleh adiknya itu. Nasihatnya ibarat mencurahkan air kedaun keladi, langsung tiada sebarang kesan.
Hari ni amarahnya sudah sampai kekemuncak tanpa dapat dibendung lagi. Apabila malam telah kunjung tiba, namun bayang adiknya masih tidak kelihatan terus dia keluar mencari adiknya itu. Dia mendengus kasar apabila ternampak adiknya sedang berpeleseran dengan budak-budak tak senonoh tu lagi tanpa menghiraukan hari yang telah merangkak malam. Tanpa berbasa-basi terus dia menerjah ke tempat tersebut dan menarik adiknya pulang.
Ketika dia sampai tadi, dia nampak budak-budak tersebut sedang mengusik Cik Timah Latah yang kebetulan lalu disitu. Dan yang lebih menyakitkan matanya apabila ada dikalangan mereka yang kelihatan ‘lalok’ seolah telah mengambil barang terlarang. Asap rokok bekepul-kepul diudara dan Jue kelihatan selamba dengan situasi tersebut tanpa rasa bersalah sedikitpun.
Dalam keadaan yang membara, terus ditarik adiknya pulang ke rumah. Puas adiknya melawan namun tidak diendahkan. Kawan-kawan adiknya yang kononnya ingin membantu adiknya diberi amaran keras supaya jangan masuk campur.
Tiga budak lelaki yang cuba berlagak hero, ingin menyerang dirinya kononnya mahu membela Jue yang dipaksa itu. Namun, serangan mereka amat mudah ditangkis olehnya. Tak sampai lima minit mamat tiga ekor tu dah mencium tanah. Adiknya tidak mampu melakukan apa-apa selain akur mengikut dia balik ke rumah. Sampai di rumah terus  adiknya itu menghempaskan pintu bilik dan menjerit sekuat hatinya. Dia tahu adiknya terlalu marah akannya, namun dia bertanggungjawab untuk menjaga adiknya yang sorang itu.
                “Ha, apa kau dah buat pada adik kau tu sampai dia meroyan macam tu?” Salbiah, makcu yang bertanggungjawab menjaga mereka, terus menyergah saat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
                “Takda apa-apa makcu. Firas cuma suruh dia balik rumah je.” dia menjawab perlahan.
                “Kau ni memang tak boleh tengok budak tu senang sikit kan? Ada je yang kau tak puas hati dengan dia. Dasar budak tak geti diuntung!” makcunya terus menyalahkan dirinya.
Dia sudah menjangka semua itu akan berlaku kerana dari hari pertama dia melangkah ke rumah ini lagi makcunya memang tidak sukakan dirinya. Terang-terangan makcunya berkata yang dialah segala punca masalah yang terjadi ini dan dia perlu bertanggungjawab ke atas segalanya.
                “Maaflah makcu. Saya cuma nak jaga adik saya je. Saya tak mahu dia terus jauh terpesong.” Firas menjawab seraya ingin berlalu. Tiba-tiba dia terasa telinga ditarik kuat.
                “Kau jangan nak berlagak malaikat kat sini eh. Ko sedar tak kau tu menumpang je kat sini? Kalau aku tak kutip kau, mati kebulur dah agaknya.” makcunya terus menarik telinganya tanpa belas kasihan.
                “Sakit makcu…” dia sedikit merayu minta diilepaskan.
               “Tahu pun sakit. Kaupergi pujuk adik kau sekarang. Aku dengar adik kau menjerit-jerit lagi, kau siap! Memang nahas aku kerjakan nanti!” makcunya melepaskan telinganya lantas menampar pipinya.
Berpinar sekejap pandangannya akibat tamparan tersebut. Langkahnya diatur menuju ke bilik adiknya untuk memujuk sambil menggosok-gosok telinganya yang merah ditarik oleh makcunya tadi. Sungguh, kalau makcunya tak marahkannya, dia tetap akan memujuk adiknya itu. Dia memegang amanat terakhir arwah ibu bapanya agar menjaga Juliana Nabilla dengan baik. 

Saturday 6 June 2015

TERINDAH BUATMU (TREASER)



WATAK-WATAK

                           MOHD AMIR FIRAS MOHD AZRUL                           

JULIANA NABILLA MOHD AZRUL
     
                 MOHD ZARIL HAKIMI DATO’ ARSHAD                

INDAH HARLINA AZMI


TERINDAH BUATMU
 
Mohd Amir Firas, lelaki biasa yang sentiasa berusaha yang terbaik untuk keluarganya. Kehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia berkorban segalanya demi memenuhi impian adiknya, Juliana Nabilla, walaupun tidak dihargai langsung oleh adiknya itu lantaran tidak dapat menerima kehilangan kedua ibu bapa mereka. Ibu saudara yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga mereka turut bersikap lepas tangan membuatkan Firas merasa dugaan yang ditanggungnya amat berat. Namun demi janjinya kepada kedua ibu dan ayahnya, dicekalkan juga hatinya walau pelbagai hinaan dan tohmahan dilemparkan kepada dirinya.

Indah Harlina, anak majikannya yang dikenali secara tidak sengaja tatkala menyelamatkan gadis itu dari diganggu oleh sekumpulan samseng. Kehandalan Firas dalam seni mempertahankan diri serta raut wajah yang kacak telah memikat hati Indah Harlina. Pelbagai cara dilakukan Indah bagi memenangi hati Firas. Bagi Firas, kehadiran Indah Harlina di dalam hidupnya membuatkan awan-awan mendung yang sentiasa menyelubunginya perlahan berarak pergi.

“…. Awak kenal Tony Jaa?”-Amir Firas

“Tony Jaa? Ong bak? Mestilah kenal. Kenapa? Itu idola awak ke?” – Indah Harlina

“Saya kagum tengok cara dia berlawan. Dulu saya selalu tengok kat youtube aksi-aksi dia.”

“Kira hebat jugaklah awak ni. Setakat belajar macam tu je pun, boleh lawan lima orang terus, eh..”

“Ish, mana ada hebat. Saya buat-buat berani je. Takkan saya nak tengok je kan orang buat jahat kat awak time tu. Tapi kalau yang berlima tu macam Tony Jaa time tu, silap-silap masuk hospital dah saya..”

Pertemuan semula dengan Zaril Hakimi, sahabat lamanya telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Insan yang pada awalnya adalah musuh bertukar menjadi sahabat apabila dia telah bergadai nyawa menyelamatkan Zaril daripada menjadi mangsa pengutip hutang yang menagih hutang Amar, sahabat Zaril yang telah menikam Zaril dari belakang.


Zaril yang telah tertarik kepada Juliana Nabilla , tanpa sengaja telah menyakiti hati gadis tersebut tanpa menyedari bahawa Juliana Nabilla merupakan adik kepada Amir Firas, yang memang pantang jika hati adiknya itu disakiti oleh sesiapa pun. Tanpa disedari, Juliana dan Firas turut saling memendam perasaan tanpa dapat diungkaikan lantaran ikatan persaudaraan antara mereka. Kemunculan semula Amar, ketua kongsi gelap yang paling digeruni, dalam kehidupan mereka telah merubah segalanya. Berjayakan Zaril memengangi hati Juliana? Apakah perasaan yang bersarang di hati Firas berjaya diungkapkan? Bagaimanakah nasib mereka setelah terjerat dengan ketua kongsi gelap yang paling digeruni? 






Update! Update! Update!

Pergghhh!!! bukan main berhabuk bersawang-sawang lagi tempat ni...
Terlalu bz dengan kerja... (yeker??) sekarang baru nak update...yezza.. update!

ok.. nampak cam bz tak?? hahahhaha~~


actually dulu2 mase zaman sekolah, minat gilerrrr bidang penulisan.. tapi almaklumlah.. study bab bertentangan dengan penulisan.. so, berhabuk2 jugaklah bidang penulisan ni..

terindah buatmu...

rase nak buat cerita tajuk nie je.. hahhahaha.. mudah-mudahan dapat sudahkan.. almaklumlah.. sekarang dah banyak sangat komitmen.. kene utamakan yang utama dulu...

oklah.. kene teruskan usaha nie..