Sunday 28 June 2015

TERINDAH BUATMU 2

2008
Bandar Maharani, Muar.

Firas begitu gembira. Hari ini dia dibenarkan pulang bermalam dirumah untuk meminta restu ibu dan ayah lantaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula lebih kurang dua minggu lagi. Bersungguh-sungguh dia memujuk ibu dan ayahnya untuk menjemputnya di asrama walaupun kebiasaannya dia akan balik menaiki bas sahaja dan yang paling membuatnya teruja apabila ibunya menyatakan persetujuan untuk menjemputnya pada hari itu.
“Firas, nanti bila ibu ngan ayah dah tiada, kami harap Firas dapat jaga Jue baik-baik ya. Jue tu satu-satunya adik Firas. Dia tiada siapa-siapa lagi selain Firas.” tiba-tiba ibu berkata sebaik mereka memulakan perjalanan.
                “Kenapa ibu cakap macam tu? Ibu dengan ayah nak pergi mana?” jantungnya berdegup kencang tatkala mendengar kata-kata itu.
                “Ibu cuma mengingatkan Firas. Yelah, Firas kan dah besar. Firas kena belajar bertanggungjwab. Jangan ambil mudah semua perkara.” Puan Azura terus menerus mengingatkan satu-satunya anak lelaki yang dia miliki.
                “Firas kena sentiasa menjaga dan mendidik Jue. Jangan pernah sekali tinggalkan atau biarkan Jue keseorangan.” Encik Azrul pula menyambung sambil memfokuskan kepada pemanduannya.
                “Insya-ALLAH ayah, ibu. Firas akan ingat pesanan ayah dan ibu. Lagipun dalam dunia nie, orang yang paaaaling Firas sayang adalah ibu, ayah dan Jue.” Firas membalas dengan senyuman.
                “Ha, macam tulah anak ayah. So, how’s your preparation? Dah ready nak masuk medan peperangan? Ke senjata belum siap lagi?” ayahnya bertanya, sengaja mengalihkan topic perbualan.
                “Apalah ayah ni. Lagi dua minggukan. Takkanlah tak siap senjata lagi. Sekarang dah masuk fasa checking je lah ayah..” Firas tersengih menjawab.
                “Ingat Firas, belajar sungguh-sungguh. Hanya ilmu saja yang mampu membela nasib Firas kelak. Kita ni, kalau tak berilmu, pergi mana-mana pun susah. Nanti bila Firas dah berjaya, jangan lupakan orang-orang yang sentiasa mendorong kepada kejayaan Firas tau.” Ibunya pula mencelah. Firas hanya tersengih faham. Sesungguhnya dia amat bersyukur dikurniakan ibu bapa yang mengambil berat dan sangat menyayangi dirinya.
                “Nanti bila ibu ayah tiada, Firas pastikan Jue dapat pelajaran secukupnya. Jangan biarkan Jue hanyut dengan dunia yang sementara ni. Dia masih mentah lagi. Banyak lagi yang dia perlu belajar.” Ibunya menyambung lagi. Berkerut dahi Firas mendengar kata-kata ibunya itu.
                “Ibu nie, asyik cakap macam tu je. Ibu jangan risau. Firas janji, Firas akan jaga Jue macam Firas jaga nyawa Firas sendiri. Firas takkan sia-siakan dia.” Firas berkata sambil mengangkat tangannya seolah berikrar. Puan Azura tersenyum sambil menggeleng-geleng perlahan melihat telatah anak bujangnya itu.
“Eh, kenapa Jue tak ikot skali ibu?” Firas terus mengalihkan topik. Dia tidak mahu ibunya terus menerus mengeluarkan kata-kata yang membuatkan jantungnya berdegup kencang bagai nak tercabut.
                “La.. Anak ibu ni dah lupa ke? Kan Jue sekolah. ManA sempat kalau tunggu dia balik sekolah. Ibu dah pesan dia supaya balik naik bas hari ni.” Ibunya berkata sambil memandang ke arahnya di belakang.
                “Naik bas? Tahu ke dia? Biasakan ibu yang ambil dia di sekolah.” Firas bertanya dengan muka yang berkerut, pelik.
Memang adik dia yang sorang itu sangat manja. Walaupun sudah berada di tingkatan satu namun masih tidak tahu naik bas ke sekolah. Nasib baik sekolahnya tidak jauh dari rumah. Jadi, tak perlulah ibu memandu kereta jauh-jauh. Lagipun ibu sebenarnya tidak berani untuk memandu jauh. Sebab tu hari ni ayah mengambil cuti semata-mata ingin menemani ibu mengambilnya di sekolah. Dia ditawarkan masuk ke sekolah berasrama penuh di muar selepas berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu.
                “Puas juga ibu pujuk dia. Sampai pesan kat Farah minta tolong teman adik kamu tu.” ibu menerangkan. Farah adalah jiran mereka yang bersekolah sama dengan Jue juga bakal menduduki SPM tahun ini.
                “Ibu, ayah.. maaf, Firas dah susahkan ibu dan ayah.” Tiba-tiba dia rasa bersalah kerana mendesak ibu dan ayahnya menjemput dia di sekolah.
                “Ala.. takda apalah Firas. Firaskan anak ayah dan ibu juga. Yang penting, Firas belajar sungguh-sungguh. Buktikan pada ayah dan ibu yang Firas boleh berjaya, ya?” Ayah berkata setelah lama menjadi pendengar setia lantaran perlu menfokuskan kepada pemanduannya.
                “Insya-ALLAH ayah. Firas akan buktikan. Firas janji” Firas mengangkat tangan, berjanji dengan ayahnya dengan senyuman riang. Encik Azrul hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan dengan telatah anak bujangnya itu.
Firas kemudiannya menyandarkan badannya. Terasa keletihan setelah semalaman dia tak dapat tidur kerana terlalu excited nak balik rumah. Sudah sebulan dia tidak pulang ke rumah kerana jadual waktu yang terlalu padat dengan kelas-kelas tambahan dan study group.
Perjalanan diteruskan ditemani bunyi radio yang memutarkan lagu-lagu yang jiwang. Ibunya berbual kosong dengan ayahnya bagi mengelakkan ayahnya mengantuk semasa memandu. Ibunya memang agak paranoid dengan perjalanan yang jauh. Takut ayah mengantuklah, letihlah, yang menjadikan ayah tak fokus memandu.
Firas hanya mendiamkan diri melayani perasaan sambil pandangannya dihalakan keluar tingkap melihat permandangan yang telah hampir sebulan tidak dilihatnya. Hujan yang turun sejak di sekolahnya lagi tadi membuatkan dia berasa mengantuk. Beberapa kali dia menguap hingga akhirnya dia terlelap.

Tiba di satu simpang, ibunya tiba-tiba menjerit hingga mengejutkan lenanya. Dengan segera dia nampak ayah memutarkan stereng kereta ke kanan sambil menekan brek dengan kuat bagi mengelak sebuah van yang keluar simpang dengan tiba-tiba. Namun tindakan agak terlewat ditambah pula dengan keadaan jalan yang licin hingga menyebabkan kereta ayahnya berlanggar dengan van tersebut lalu berpusing dan menuju ke arah bertentangan. Kereta dari arah bertentangan tidak sempat menekan brek dan terus melanggar kereta mereka. Pelanggaran yang kuat itu telah menyebabkan dia tercampak keluar dan terhantuk kuat di paip air besar yang terdapat disitu lantaran tidak memakai tali keledar di bahagian belakang. Pandangannya berpinar. Dia nampak kaca berterbangan dihadapannya dan segalanya terus gelap.

xxxxxxxx

2014
Tanjung Dahan, Melaka.

Firas tersentak lantas segera membuka matanya. Namun semuanya nampak kabur. Dia menutup matanya kembali sambil memicit dahinya dan kemudian membuka semula matanya. Pandangannya masih lagi kabur lantas dia mencapai cermin matanya lalu segera dipakai.
                ‘Mimpi tersebut datang lagi..’ hatinya berbisik. Dia akui, sejak kejadian malang tersebut, setiap kali adiknya berasa sakit hati dengan tindakannya, mimpi tersebut pasti menjengah tidurnya tidak kira siang atau malam walaupun telah hampir tujuh tahun berlalu. Hatinya terus dihambat rasa bersalah lantaran merasakan amanat arwah ibu bapanya tidak tertunai. Dalam diam hatinya merintih sedih.
                ‘Ibu, ayah.. Maafkan Firas. Firas tak tahu nak buat macam mana lagi. Firas gagal tunaikan janji Firas. Maafkan Firas…’ dia menundukkan mukanya sambil menguak rambutnya ke belakang dengan penuh kesal.
Dia tak tahu bagaimana mahu mendidik adiknya yang seorang itu lagi. Sejak ibu dan ayahnya meninggalkan mereka, perangai adiknya mula berubah. Dirinya sebagai abang sudah tidak dihormati langsung. Segala nasihat dan kata-katanya, semua tidak mahu didengari adiknya itu. Dia tahu, Jue menyalahkan dia sepenuhnya diatas apa yang terjadi kepada ibu dan ayah mereka.
                “Kalau kau tak ngada-ngada paksa ibu jemput kau, mesti dorang tak excident. Nie semua sebab kau. Kau pembunuh!!!”
Masih terngiang-ngiang jeritan adiknya tatkala dia pulang selepas hampir dua minggu terlantar di hospital. Hatinya dipagut rasa kesal dan bersalah. Dia tahu, dia yang beriya-iya memaksa ibu menjemput dia di sekolah untuk pulang bermalam di rumah.
Dia sendiri menerima kesan akibat kemalangan tersebut. Seminggu dia terlantar tidak sedarkan diri di hospital. Apabila dia sedar, pandangannya menjadi kabur dan hasil pemeriksaan doktor mendapati saraf matanya telah cedera akibat kemalangan tersebut. Doktor menasihatkannya untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan sebarang masalah, namun dia hanya memilih untuk memakai cermin mata sahaja.
Dia sangat sedih apabila mengetahui ibu dan ayahnya telah pergi akibat kemalangan tersebut. Dia bertambah sedih apabila tidak dapat menghadiri dan menyempurnakan majlis pengebumian ibu dan ayahnya lantaran masih tidak sedarkan diri di hospital. Dan yang paling dia terkilan hingga sekarang adalah dimana dia langsung tidak berpeluang melihat dan mencium ibu dan ayahnya buat kali terakhir. Pemergian mereka tidak mampu dihantar hingga ke akhirnya. Yang dia mampu hanyalah menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yasssin serta mendoakan kesejahteraan mereka di sana.
Disebabkan peperiksaan SPM telah bermula, dia terus pulang ke sekolahnya keesokkan harinya setelah keluar dari hospital. Dia menduduki peperiksaan dengan perasaan galau di hati. Adiknya langsung tidak mahu melihat mukanya dan menyalahkan dia sepenuhnya diatas kejadian tersebut. Makcu yang menjaga mereka turut menyalahkan dirinya atas kejadian tersebut.
Mengingati makcunya membuatkan dia menjadi trauma. Wanita itu melayannya dengan sangat teruk. Dia dipaksa melakukan semua kerja di dalam rumah selain mencari duit untuk menyara kehidupan mereka. Kesilapan sedikit pun akan menyebabkan dia dihajar secukupnya oleh wanita itu.
Makcunya begitu membenci dirinya dan menuduhnya sebagai pembunuh kakak wanita itu iaitu ibunya. Dia bertahan dengan makcunya itu hanya kerana adiknya saja. Kalau tidak kerana adiknya, sudah lama dia membawa diri jauh dari semua keserabutan ini.

                “Ya ALLAH! KAU yang maha mengetahui segalanya. Aku ini hanya hambu-MU yang lemah dan tidak berdaya…” hatinya merintih untuk kesekian kalinya. 

No comments:

Post a Comment