Friday 12 June 2015

TERINDAH BUATMU 1



2014
Tanjung Dahan, Melaka
                MOHD AMIR FIRAS!! How dare you!!!!” sekuat hatinya dia menjerit berharap agar jeritan itu didengar oleh empunya badan. Bantal-bantal diatas katil semua dibaling ke lantai bagi melepaskan amarahnya. Air matanya terus mengalir laju membasahi pipi. Badannya kemudian disandarkan di kepala katil apabila dia sedar perbuatannya itu tidak memberi kesan kepada empunya badan. Gambar ibu dan ayahnya yang diletakkan di atas meja berhampiran katilnya, dicapai.
                ‘Kalau ibu dan ayah ada, mesti nasib adik tak macam ni. Kenapa ibu ayah tinggalkan adik keseorang?’ hatinya terus merintih sambil memeluk gambar kesayangannya itu. Tangisnya masih tidak berhenti mengenangkan apa yang telah terjadi sebentar tadi.
Dia sedang seronok ketawa riang dan bergembira bersama kawan-kawannya apabila abangnya, Mohd Amir Firas, muncul tiba-tiba dan tanpa sebarang kata terus menariknya balik ke rumah. Hatinya cukup sakit apabila dia dipaksa balik tanpa sebarang alasan munasabah. Dia benci perbuatan abangnya memperlakukannya begitu seolah dia anak patung yang boleh diheret sesuka hati. Baginya abangnya terlalu mengongkong kehidupannya tanpa memberi dia ruang untuk bergembira dan bebas bersama kawan-kawannya.  
Baginya itu adalah perkara biasa untuk remaja sepertinya yang mecari kebebasan dan ketenangan diluar. Lagipun, dia sekadar duduk lepak-lepak di pondok depan balai raya bersama kawan-kawannya dan bukannya dia hisap dadah atau melakukan aktiviti tidak bermoral sehingga boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan. Lagipun, duduk rumah adalah perkara yang paling membosankan bagi dirinya memandangkan tiada satu kerja pun yang dia tahu buat selain makan dan tidur.
‘Tok! Tok! Tok!’ bergema ketukan dipintunya. Lamunanya terhenti lalu segera diseka air matanya yang masih mengalir deras dipipi.
                “Jue, buka pintu ni sayang. Abang nak cakap sikit ni..” kedengaran suara abangnya dari luar. Dia hanya membatukan diri tanpa bercadang untuk membuka pintu tersebut.
                “Jue, abang minta maaf, ya sayang. Abang tahu abang salah. Abang cuma nak jaga Jue je. Abang taknak Jue terus terpengaruh dengan budak-budak tak senonoh tu.” abangnya terus berkata apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dari dalam bilik tersebut.
Hatinya bertambah panas mendengar kata-kata Firas itu. Sampai hati abangnya menggelarkan kawan-kawannya itu tidak senonoh. Abangnya bercakap seolah hanya abangnya itu yang terbaik dan orang lain semua jahat.
‘Jantan tak sedar diri! Dia ingat dia baik sangat!’ amarahnya dihemburkan di dalam hatinya sahaja tanpa diluahkan.
Air matanya kemarahan dan kesedihan bercampur-baur dan terus mengalir tanpa mahu berhenti walau berkali dia menyekanya. Dia tetap dengan keputusannya tidak mahu membuka pintu biliknya itu. Dia tak suka abangnya melihat mukanya yang sembab dengan matanya yang merah dipenuhi air mata.
                “Takpelah kalau Jue taknak maafkan abang. Abang faham..” Firas akhirnya belalu apabila tidak mendapat sebarang balasan dari adik kesayangannya itu.
Setelah dia pasti abangnya telah berlalu pergi, dia menyembamkan mukanya diatas bantal. Gambar ibu dan ayahnya tetap tidak dilepaskan. Dia terlalu rindukan ayah dan ibunya yang telah meninggalkan dia terkapai-kapai mencari arah tatkala umurnya mash setahun jagung. Dan dia bencikan abangnya yang menyebabkan segalanya terjadi.
‘Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau! Kau punca segalanya, Firas!’ tekadnya yang tidak pernah dilupakan sejak dari hari pengebumian kedua ibu ayahnya itu.

xxxxxxxxxxx

Firas akhirnya akur yang adiknya masih marah apabila dia memperlakukan adiknya sedemikian rupa. Dia bukannya marah adiknya berkawan malah dia faham, remaja seperti adiknya itu amat gemar mencari kebebasan serta meneroka dunia yang baru. Dia juga pernah merasainya walau sebentar cuma.
Namun yang menjadi masalah adalah apabila adiknya bercampur gaul dengan lelaki-lelaki kutu lepak dan kutu rayau yang berperangai tidak senonoh. Bukan sekali dua dia dengar adiknya bercampur dengan budak-budak tersebut dan bukan sekali dua juga dia menasihati adiknya itu malah sudah berkali-kali namun sedikitpun tidak dihiraukan oleh adiknya itu. Nasihatnya ibarat mencurahkan air kedaun keladi, langsung tiada sebarang kesan.
Hari ni amarahnya sudah sampai kekemuncak tanpa dapat dibendung lagi. Apabila malam telah kunjung tiba, namun bayang adiknya masih tidak kelihatan terus dia keluar mencari adiknya itu. Dia mendengus kasar apabila ternampak adiknya sedang berpeleseran dengan budak-budak tak senonoh tu lagi tanpa menghiraukan hari yang telah merangkak malam. Tanpa berbasa-basi terus dia menerjah ke tempat tersebut dan menarik adiknya pulang.
Ketika dia sampai tadi, dia nampak budak-budak tersebut sedang mengusik Cik Timah Latah yang kebetulan lalu disitu. Dan yang lebih menyakitkan matanya apabila ada dikalangan mereka yang kelihatan ‘lalok’ seolah telah mengambil barang terlarang. Asap rokok bekepul-kepul diudara dan Jue kelihatan selamba dengan situasi tersebut tanpa rasa bersalah sedikitpun.
Dalam keadaan yang membara, terus ditarik adiknya pulang ke rumah. Puas adiknya melawan namun tidak diendahkan. Kawan-kawan adiknya yang kononnya ingin membantu adiknya diberi amaran keras supaya jangan masuk campur.
Tiga budak lelaki yang cuba berlagak hero, ingin menyerang dirinya kononnya mahu membela Jue yang dipaksa itu. Namun, serangan mereka amat mudah ditangkis olehnya. Tak sampai lima minit mamat tiga ekor tu dah mencium tanah. Adiknya tidak mampu melakukan apa-apa selain akur mengikut dia balik ke rumah. Sampai di rumah terus  adiknya itu menghempaskan pintu bilik dan menjerit sekuat hatinya. Dia tahu adiknya terlalu marah akannya, namun dia bertanggungjawab untuk menjaga adiknya yang sorang itu.
                “Ha, apa kau dah buat pada adik kau tu sampai dia meroyan macam tu?” Salbiah, makcu yang bertanggungjawab menjaga mereka, terus menyergah saat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
                “Takda apa-apa makcu. Firas cuma suruh dia balik rumah je.” dia menjawab perlahan.
                “Kau ni memang tak boleh tengok budak tu senang sikit kan? Ada je yang kau tak puas hati dengan dia. Dasar budak tak geti diuntung!” makcunya terus menyalahkan dirinya.
Dia sudah menjangka semua itu akan berlaku kerana dari hari pertama dia melangkah ke rumah ini lagi makcunya memang tidak sukakan dirinya. Terang-terangan makcunya berkata yang dialah segala punca masalah yang terjadi ini dan dia perlu bertanggungjawab ke atas segalanya.
                “Maaflah makcu. Saya cuma nak jaga adik saya je. Saya tak mahu dia terus jauh terpesong.” Firas menjawab seraya ingin berlalu. Tiba-tiba dia terasa telinga ditarik kuat.
                “Kau jangan nak berlagak malaikat kat sini eh. Ko sedar tak kau tu menumpang je kat sini? Kalau aku tak kutip kau, mati kebulur dah agaknya.” makcunya terus menarik telinganya tanpa belas kasihan.
                “Sakit makcu…” dia sedikit merayu minta diilepaskan.
               “Tahu pun sakit. Kaupergi pujuk adik kau sekarang. Aku dengar adik kau menjerit-jerit lagi, kau siap! Memang nahas aku kerjakan nanti!” makcunya melepaskan telinganya lantas menampar pipinya.
Berpinar sekejap pandangannya akibat tamparan tersebut. Langkahnya diatur menuju ke bilik adiknya untuk memujuk sambil menggosok-gosok telinganya yang merah ditarik oleh makcunya tadi. Sungguh, kalau makcunya tak marahkannya, dia tetap akan memujuk adiknya itu. Dia memegang amanat terakhir arwah ibu bapanya agar menjaga Juliana Nabilla dengan baik. 

No comments:

Post a Comment