Saturday 6 June 2015

TERINDAH BUATMU (TREASER)



WATAK-WATAK

                           MOHD AMIR FIRAS MOHD AZRUL                           

JULIANA NABILLA MOHD AZRUL
     
                 MOHD ZARIL HAKIMI DATO’ ARSHAD                

INDAH HARLINA AZMI


TERINDAH BUATMU
 
Mohd Amir Firas, lelaki biasa yang sentiasa berusaha yang terbaik untuk keluarganya. Kehilangan kedua ibu bapanya membuatkan dia berkorban segalanya demi memenuhi impian adiknya, Juliana Nabilla, walaupun tidak dihargai langsung oleh adiknya itu lantaran tidak dapat menerima kehilangan kedua ibu bapa mereka. Ibu saudara yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga mereka turut bersikap lepas tangan membuatkan Firas merasa dugaan yang ditanggungnya amat berat. Namun demi janjinya kepada kedua ibu dan ayahnya, dicekalkan juga hatinya walau pelbagai hinaan dan tohmahan dilemparkan kepada dirinya.

Indah Harlina, anak majikannya yang dikenali secara tidak sengaja tatkala menyelamatkan gadis itu dari diganggu oleh sekumpulan samseng. Kehandalan Firas dalam seni mempertahankan diri serta raut wajah yang kacak telah memikat hati Indah Harlina. Pelbagai cara dilakukan Indah bagi memenangi hati Firas. Bagi Firas, kehadiran Indah Harlina di dalam hidupnya membuatkan awan-awan mendung yang sentiasa menyelubunginya perlahan berarak pergi.

“…. Awak kenal Tony Jaa?”-Amir Firas

“Tony Jaa? Ong bak? Mestilah kenal. Kenapa? Itu idola awak ke?” – Indah Harlina

“Saya kagum tengok cara dia berlawan. Dulu saya selalu tengok kat youtube aksi-aksi dia.”

“Kira hebat jugaklah awak ni. Setakat belajar macam tu je pun, boleh lawan lima orang terus, eh..”

“Ish, mana ada hebat. Saya buat-buat berani je. Takkan saya nak tengok je kan orang buat jahat kat awak time tu. Tapi kalau yang berlima tu macam Tony Jaa time tu, silap-silap masuk hospital dah saya..”

Pertemuan semula dengan Zaril Hakimi, sahabat lamanya telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Insan yang pada awalnya adalah musuh bertukar menjadi sahabat apabila dia telah bergadai nyawa menyelamatkan Zaril daripada menjadi mangsa pengutip hutang yang menagih hutang Amar, sahabat Zaril yang telah menikam Zaril dari belakang.


Zaril yang telah tertarik kepada Juliana Nabilla , tanpa sengaja telah menyakiti hati gadis tersebut tanpa menyedari bahawa Juliana Nabilla merupakan adik kepada Amir Firas, yang memang pantang jika hati adiknya itu disakiti oleh sesiapa pun. Tanpa disedari, Juliana dan Firas turut saling memendam perasaan tanpa dapat diungkaikan lantaran ikatan persaudaraan antara mereka. Kemunculan semula Amar, ketua kongsi gelap yang paling digeruni, dalam kehidupan mereka telah merubah segalanya. Berjayakan Zaril memengangi hati Juliana? Apakah perasaan yang bersarang di hati Firas berjaya diungkapkan? Bagaimanakah nasib mereka setelah terjerat dengan ketua kongsi gelap yang paling digeruni? 






No comments:

Post a Comment