Monday 29 June 2015

TERINDAH BUATMU 3


2015
Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam

Suasana di Fakulti Senibina hingar-bingar. Para ibu bapa berpusu-pusu menghantar anak mereka untuk mendaftar di Fakulti tersebut. Rata-rata mereka adalah remaja yang pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading. Ada ibu bapa yang menangis mungkin terharu anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading atau mungkin sedih untuk berpisah dengan anak mereka.
Firas duduk di satu sudut sambil memerhatikan telatah para ibu bapa itu. Adiknya Jue, sedang menguruskan hal-hal yang berkaitan pendaftarannya, meninggalkan dia keseorangan di situ.
“Amir Firas! Kau Amir Firas kan?” Pemuda di hadapannya menegurnya tiba-tiba. Dia mengecilkan anak matanya sambil mengingat siapa gerangan pemuda Chinese look tersebut.
                “Za.. Zaril Hakimi Dato’ Arshad! Yes! U’re Zaril Hakimi, right?” perlahan ingatannya terhadap wajah pemuda tersebut menjengah.
                “Adoi!! Dah berapa kali cakap, tak payah nak Dato’-Dato’ bagai.” Zaril tersenyum lantas bersalam dan memeluk sahabat yang telah tujuh tahun tidak ditemui itu.
                “Zaril, lama gila tak jumpa kau. Bukan main handsome lagi sekarang.” Firas sangat gembira bertemu sahabat baiknya di sekolah suatu ketika dahulu.
                “Aku biasa-biasa je, Mir. Still tak dapat challenge kau. Kau kan jejaka idaman Malaya kat sekolah dulu.” Zaril berkata sambil ketawa. “Eh, jomlah kita duduk kat café. Boleh borak-borak panjang.” Zaril terus memaut bahu Firas mengajaknya ke café berdekatan.
Firas hanya mengikut langkah Zaril sambil tersenyum lebar. Sungguh dia tak sangka akan jumpa sahabatnya di sini, di Universiti tempat adiknya belajar.
                “Well, kau buat apa kat sini? Tak habis study lagi ke?” Zaril memulakan perbualan setelah waiter yang mengambil pesanan mereka berlalu.
                “Banyaklah kau punya study. Aku hantar adik aku. Dia daftar masuk hari ni. Kau pulak? Buat apa sekarang? Study lagi ke?” Firas bertanya sambil menyandarkan badannya di kerusi.
                “Aku? Aku kerja kat company papa aku lah. Nak buat camna, dah aku lelaki tunggal dalam family. Papa aku lebih harapkan aku dari kakak-kakak aku. Lagipun orang perempuan mana nak kerja kat tengah panas.” Zaril menjelaskan lanjut.
                “Tengah panas? Kau biar betul, Ril? Cerah je aku tengok kau ni. Takkan kerja tengah panas kulit cerah kot?” Firas membuat muka pelik.
                “Kau ni.. takyah lah nak lurus sangat. Tak semestinya engineer kena duduk dekat tengah panas hari-hari kan..”  Zaril terhenti tatkala pesanan mereka sampai.
                “Wow! Kawan aku dah jadi engineer. Tahniah beb!” Firas menghulurkan tangan bersalam sebagai tanda tahniah kepada kawan baiknya itu.
                “Ala, takda apa pun Mir. Aku amik engineering ni pon sebab papa aku suruh. Yelah, siapa lagi nak sambung bussiness dia kalau bukan anak dia ni. Lagipun, kalau bukan sebab kau tolong aku dulu, mesti sekarang aku bukan aku yang hari ini. Entah-entah belajar pun tak abis lagi sebab asyik kena repeat paper je.” Zaril menggeleng perlahan sambil tersenyum apabila teringat kenakalannya dahulu.
                “Chill lah beb. Semua orang boleh berubah kot kalau dia nak. Dah tu ko buat apa kat sini? Takkan sambung belajar lagi?” Firas terus mengalihkan perbualan mereka.
                “Kau ingat adik kau seorang je yang daftar hari ni?” Zaril berkata sambil menyedut air fresh orange dihadapannya.
                “La.. Adik kau pun masuk sini? Course ape? Architecture juga ke?” Firas turut menyedut air teh o ais yang dipesannnya.
                “Yelah, takkan dekat Fakulti sini ada course law pulak. Kau ni pun..” Zaril tertawa.
                “Ye tak ye jugak kan…” Firas turut tertawa. Yang sebenarnya dia sendiri tidak tahu perkara tersebut. Dia hanya mengikut arahan pendaftaran sahaja tadi.
                “So, kau pula buat apa sekarang?” pertanyaan Zaril membuat muka Firas sedikit berubah.
                “Aku kerja kampung je.” Zaril terkejut mendengar jawapan Firas.
                “Kau biar betul Mir. Bukan kau dapat straight A ke SPM dulu? Takkan kau tak sambung mana-mana?” Zaril seakan tidak percaya dengan jawapan Firas tadi.
                “Kau bukan tak tahu apa jadi kat aku masa nak dekat SPM dulu. Takkan aku nak biarkan adik aku camtu je…” kalau boleh Firas tak mahu bercerita lanjut tentang dirinya lagi.
                “Kagum aku dengan kau Mir. Sanggup korbankan cita-cita kau demi adik kau. Kau memang dari dulu macam ni ek.” Zaril menyatakan rasa kagumnya terhadap Amir Firas.
                “Kau la. Suka buli aku dulu kan…” Firas tertawa tatkala mengingati kenangan mereka ketika zaman persekolahan dahulu.

No comments:

Post a Comment