Tuesday 10 November 2015

TERINDAH BUATMU 12

Zaril pengsan sebaik tiba di klinik lantaran tidak dapat menahan kesakitan lagi. Segera nurse bertugas menyuruh Firas membawa Zaril masuk ke bilik rawatan.
Sementara menunggu Zaril dirawat, Firas ke kedai pakaian yang terletak berhampiran klinik tersebut untuk membeli baju. Tak sanggup dia terus berlengging tanpa baju. Malu terasa tatkala semua mata tertumpu kepadanya sewaktu di klinik tadi.
Doktor mengesahkan Zaril terpaksa dirujuk ke hospital lantaran kehilangan banyak darah. Firas terus menemani Zaril menaiki ambulans untuk ke hospital. Setibanya di hospital, Zaril terus dikejarkan ke unit kecemasan.
Sementara menanti Zaril, Firas menghubungi keluarga Zaril menggunakan telefon bimbit kepunyaan Zaril. Sebentar kemudian, doktor yang merawat Zaril keluar. Firas segera bangun menuju ke arah doktor tersebut untuk mengetahui keadaan Zaril.
"Saya perlu berjumpa dengan ahli keluarga pesakit segera." doktor terus berkata tanpa sempat Firas bertanya.
"Tapi, keluarga dia dalam perjalanan doktor.."
"Macam ni. Pesakit telah kehilangan banyak darah. Dan tabung darah kita kekurangan jenis darah pesakit..."
"Doktor ambil sahaja darah saya. Asalkan kawan saya selamat. Ambil sahaja.." Firas terus menyatakan hasratnya sebelum sempat doktor habis bercakap.
"Tapi awak masih dibawah umur.." mungkin doktor tu tahu umurnya berdasarkan umur Zaril, fikir Firas.
"Takpe. Ayah saya izinkan.." lantas Firas mengeluarkan sepucuk surat dari dalam dompetnya yang merupakan surat kebenaran dari ayahnya dan memang sentiasa di bawa Firas ke mana-mana.
Firas suka menderma darah, namum atas sebab faktor umur, dia mendesak ayahnya untuk membuat surat kebenaran agar mudah dia menderma darah bila-bila masa. Walaupun ayahnya bimbang lantaran penyakit asma yang dihadapinya, tapi dia meyakinkan ayahnya yang dia boleh menjaga dirinya sendiri.

Setelah melihat surat tersebut, doktor akhirnya bersetuju dan membawa Firas ke bilik pemeriksaan untuk memastikan darah Firas sesuai dengan darah Zaril. Firas bersyukur apabila darahnya sesuai dengan darah Zaril dan setelah menderma, dia meminta kebenaran untuk berehat lama sedikit, bimbang sekiranya terjadi perkara tidak diingini yang membuatkan ayahnya menarik balik surat kebenaran tersebut.

xxxxxxx


2015

"Aku memang tak boleh lupa peristiwa tu." Zaril tersenyum apabila mengingatinya. Disebabkan peristiwa itu juga dia terus menjadi sahabat baik Firas.
"Pandai betul kau berlawan time tu. Berguna juga kau join parkour ni ek." Zaril terus memuji Firas. Dia sendiri terpegun melihat cara Firas berlawan, dengan aksinya, memang membuatkan dia teruja.
"Aku join bila ada masa lapang je. Saja suka-suka.." Firas menjawab ringkas.
Sungguh, mengingatkan peristiwa itu membuatkan hatinya lega, lega kerana sudah tidak dibuli lagi oleh Zaril sekaligus menjadi kawan baik Zaril. Walau dia terpaksa menahan sakit akibat diserang Zaril pada mulanya dan menadah telinga mendengar amarah ayahnya hingga dia hampir dihukum ayahnya ketika mengetahui dia bergaduh ketika itu. Nasib ibunya ada membelanya, tambahan pula dia masih belum sihat sepenuhnya ketika itu. Itu yang membuatkan ayahnya tidak menghukumnya.
Namun semua itu berbaloi sebab dia tak perlu lagi bermusuhan dengan Zaril. Hanya satu perkara yang mungkin sampai sekarang Zaril tidak tahu iaitu dia mendermakan darahnya kepada Zaril. Sewaktu ibu bapa Zaril sampai di hospital ketika itu, Zaril sudah ditolak masuk kedalam wad dan sedar tak lama kemudian. Dia telah meminta doktor yang merawat Zaril supaya tidak memberitahu keluarga Zaril dan Zaril sendiri bahawa dia yang mendermakan darahnya kepada Zaril.
"Firas, ko kerja dengan aku nak?" Zaril tiba-tiba bertanya memeranjatkan Firas.
"Ko biar betul. Aku ni manalah ade apa-apa kelulusan, setakat SPM ada lah." Firas menolak lembut. Bukan dia tak mahu, tapi dia segan kerana dia tak mempunyai sebarang kelulusan. Lagipun syarikat Zaril terletak di Johor. Nanti bertambah jauh pula dia hendak melawat Jue yang belajar di Shah Alam ni.
"Alah ko ni. Pandai-pandailah aku adjustkan nanti.."Zaril terus memujuk.
"Takpelah Ril. Aku tak layaklah."
"Dah. Ko jangan banyak bunyi. Ni kad aku. Apa-apahal nanti kol aku. Pandailah aku adjustkan nanti." Zaril berkata sambil meneguk minumannya.
Kemudian dia melihat jam tangannya dan terus meminta diri.
 "Eh, aku terpaksa bla ni. Ada kerja lagi. Kol aku tau." Zaril terus berlalu setelah membayar harga minuman tersebut.
Firas hanya memerhati langkah Zaril berlalu. Perlahan dia tersenyum mengingati pertemuannya itu seraya menggelengkan kepalanya. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkerja di syarikat besar memandangkan dirinya yang tidak mempunyai sebarang kelulusan. 

No comments:

Post a Comment