Monday 2 November 2015

TERINDAH BUATMU 10

Zaril kebosanan keseorangan menunggu Amar di lorong tersebut. Rasa menyesal pun ada. Namun, member punya pasal diturutkan sahaja walau tanpa rela hati. Memang dia telah menolak tadi, namun apabila Amar mengugut akan beritahu orang rahsia dia yang merancang menyerang Amir Firas tempoh hari, dia terpaksa akur.
Dia tak mahu reputasi dia sebagai lelaki yang hebat lagi macho tercalar. Nasibnya juga baik bila Firas tidak memanjangkan hal tersebut ke mana-mana pihak lebih-lebih lagi polis. Kalau tak, nyaya dia merengkok dalam lokap. Ish! Mintak simpang.
'Aduh! Mana Amar ni. Aku da bosan gile ni. Kalau aku tau tadi, tak datang pun takpe.' hatinya merengus.
Dia pun pelik Amar ajak jumpa di lorong tersebut, bukannya di tempat biasa. Namun disebabkan ingin menjaga keegoannya, dia datang juga ke situ.
Tiba-tiba Amar muncul bersama dua orang lelaki berbadan tegap yang tidak dikenalinya membuatkan jantungnya berdegup kencang.
'Kenapa pula Amar datang dengan lelaki tu? Dahlah muka pun menyeramkan' getus hatinya.
"Wei, mane ko pergi. Lama dah aku tunggu tau.." Zaril memulakan kata tanpa menghiraukan dua lelaki tersebut.
"Nie ke budak yang ko cakap tu?" Salah seorang lelaki itu bertanya kepada Amar. Tergagap-gagap Amar mengangguk.
"Ape ni Amar? Siapa dorang ni?" Zaril dilanda kepelikan apabila melihat muka Amar yang takut-takut. Pertama kali dia melihat Amat sedemikian rupa. Amar yang dikenalinya adalah seorang yang berani dan pantang dicabar. Namun Amar didepannya kini bukan Amar yang selama ini dikenalinya.
"Da.. da.. ko tak payah nak buat muka blurr ko kat sini. Cepat bagi aku RM500, jangan buang masa aku." Lelaki yang berparut di kening pula berkata.
"Ha? RM500. Mana aku ada duit banyak tu? Apa ni Amar?" Zaril semakin berasa tak sedap hati.
 Sampai minta duit pula. Memang dia tak ada duit sebanyak itu sekarang. Kalau dia ada duit banyak tu pun, dia takkan bagi. Tah sapa-sapa je, tiba-tiba nak minta duit orang.
"Maafkan aku Zaril. Ko kena tolong aku.." Amar berkata separuh merayu.
"Mana aku ada duit banyak tu. Dah lah aku nak bla. Sorrylah Amar." Zaril sudah membuka langkah untuk pergi dari situ.
Dia tidak betah melihat muka dua orang lelaki itu yang menyeramkan. Yang seorang berparut di kening, yang sorang tinggi macam galah namun memiliki badan yang sasa.
"Zaril, tolonglah aku.." Amar merayu lagi. Namun Zaril tetap berpusing dan terus melangkah pergi. Namun, baru selangkah dia menapak, lelaki yang tinggi memegang bahunya kuat.
"Ko jangan ingat senang-senang ko nak lari ya. Aku nak RM500 aku sekarang juga. Budak ni kata, ko datang bawak duit. Sebab tu kitorang datang sini. Kalau ko tak bagi...."
"Apa ko nak buat? Ko nak blasah aku?"
"Lebih dari itu aku boleh buat.." lelaki tersebut berkata sambil memainkan sebilah pisau rambo yang berkilat di hadapan muka Zaril membuatkan Zaril kecut melihatnya.
"Apa kena mengena dia dengan aku? Dia yang berhutang ngan korang, korang minta lah dia. Minta kat aku buat apa? Dah, lepaskan aku. Aku nak bla.." Zaril cuba menepis tangan lelaki tinggi itu dari bahunya. Namun tak berjaya lantaran pegangan yang kuat.
"Ko jangan nak main-main ngan kitorang ya..." serentak dengan itu, lelaki yang berparut membelasah Amar apabila diisyaratkan oleh lelaki tinggi itu.
Zaril terkedu melihat Amar ditumbuk dan diterajang oleh lelaki beparut itu.
"Wei, apa Amar da buat sampai macam tu sekali ko pukul dia?" Zaril memberanikan diri bertanya walhal hatinya sudah kecut melihat Amat dibelasah tanpa belas kasihan.
"Ko tanya apa dia dah buat?" Lelaki berparut bertanya sambil menarik rambut Amar yang sedang dalam keadaan berlutut itu membuatkannya terdongak ke atas.
 "Dia dah kalah, lagi mau lari."
"Ko berjudi Amar?" Zaril seakan tidak percaya. Sejahat-jahat dia, takdalah sampai nak buat benda-benda haram camtu yang akhirnya akan makan diri balik.
"Ak.. aku cuma main game aje.." Amar berkata-kata dalam keadaan lemah, cuba membela diri.
"Abis ko nak kata kitaorang yang salah. Yang ko main game judi tu buat apa sial.." serentak dengan itu, lelaki berparut tersebut menghayunkan penumbuknya ke muka Amar menyebabkan Amar terpaling lalu terjatuh.
"Sudah! Jangan banyak bunyi. Ko bayar duit aku cepat. Lepas tu ko boleh bla.." lelaki tinggi itu berkata tanpa melepaskan pengangannya di bahu Zaril.
"Masalahnya aku takda duit. Aku ni budak sekolahlah, bukannya ada banyak duit pun.." Zaril malas nak masuk campur. Apa Amar ingat dia bank ke, senang-senang nak minta duit kat dia.
Memdengar kata-kata Zaril membuatkan lelaki tinggi itu bengang. Dengan pantas tangannya yang sedang memegang bahu Zaril beralih ke tangan Zaril lantas mengilasnya ke belakang. Pisau segera diacukan di leher Zaril membuatkan Zaril terketar merasai kesejukan pisau itu dilehernya.
"Ko jangan nak macam-macam ya. Aku nak duit tu sekarang juga." Lelaki tinggi itu menjerit di telinga Zaril.
"Aku.. tak.. takde duitlah.." memang Zaril tiada duit sebanyak itu sekarang.
Mendengar kata-kata Zaril, membuatkan lelaki tinggi itu menjadi semakin berang. Lantas dengan segera diarahkan lelaki berparut mengeledah badan Zaril. Lelaki berparut tersebut akur lalu melepaskan Amar dan segera menuju ke arah Zaril untuk mengeledah badannya.
Apabila dilepaskan oleh lelaki berparut, Amar perlahan-lahan bersedia untuk melarikan diri. Tatkala lelaki berparut itu mengeledah badan Zaril, dengan pantas Amar berlari meninggalkan Zaril  bersendirian menghadapi dua orang lelaki itu. Baginya, nyawanya lebih penting dari Zaril. Kalau Zaril terselamat, akan dia pujuknya kemudian.
"Sial betullah!" Lelaki tinggi meludah ke tanah berang melihat Amar melarikan diri. Perhatiannya teralih kepada Zaril.
"Aku tak kira, kalau aku tak dapat duit tu sekarang, mak bapak ko takkan dapat jumpa ko lagi!"
Mendengar jerkahan itu, Zaril lantas bertindak. Dia perlu pergi dari tempat ini segera, kalau tak nyawanya yang akan hilang. Pantas tangan lelaki tinggi yang berada di lehernya itu digigitnya dengan kuat manakala lelaki berparut yang berada di depannya di tendang. Dengan segera dia berlari apabila dia terlepas dari pegangan lelaki tinggi itu. Dia terus berlari tanpa menoleh kebelakang.

Melihat Zaril telah melarikan diri, segera dua lelaki itu mengejarnya. Mereka tidak mahu terlepas tanpa mendapat kembali duit mereka. Sudahlah Amar terlepas, mereka tidak mahu Zaril turut terlepas. Sampai di satu simpang, mereka berpecah dua bagi mengejar Zaril. Lorong ni semua adalah makanan mereka. Jadi tak mungkin Zaril boleh terlepas dengan mudah.

No comments:

Post a Comment