Thursday 22 October 2015

TERINDAH BUATMU 9

Ibu Firas menjenguk ke luar tingkap dengan muka yang sangat risau. Dia kerisauan lantaran anak-anaknya masih belum pulang dari sekolah walau hari telah lewat.
Tiba-tiba dia terdengar suara orang memberi salam. Segera membuka pintu. Beristigfar panjang ibunya apabila melihat Cikgu Aisyah dan Jue memapah Firas yang kelihatan pucat. Tambah membuatnya risau apabila melihat pakaian Firas yang comot dan mukanya yang lebam.
Segera dia membantu Cikgu Aisyah memapah Firas menggantikan tempat Jue. Firas segera dibaringkan di sofa yang berhampiran.
"Kamu kenapa ni Firas.." air matanya ibunya sudah meleleh melihat keadaan Firas. Dia memang mudah menangis lebih-lebih lagi hal-hal yang melibatkan anak-anaknya.
"U.. ubat Firas ibu..." Firas berkata sambil tercungap-cungap mencari nafas.
Ibunya pantas berlari ke bilik Firas mencari Inhealer Firas. Habis laci Firas digeledahnya lantaran tidak tahu dimana Firas meletakkan ubatnya. Hatinya membebel kerana sudah banyak kali mengingatkan Firas agar menyimpan ubatnya di tempat yang mudah dicari.
Jue yang dari tadi melihat perlakuan ibunya segera meraba bawah bantal Firas dan mengambil Inhealer Firas lalu ditunjukkan kepada ibunya. Jue memang tahu dimana abangnya menyimpan ubatnya kerana selalu memasuki bilik abangnya untuk berbual dan kadang-kadang minta abangnya mengajarkan pelajaran yang tidak difahaminya.
"Ibu cari ni ke?" Ibunya lantas mengambil Inhealer tersebut lalu menuju ke arah Firas yang masih tercungap-cungap.
Firas mencapai Inhealer tersebut lalu menyedutnya dalam-dalam berharap pernafasannya teratur semula. Malangnya ubatnya itu hanya tinggal satu sedutan saja. Dia cuba bertenang bagi mengurangkan kesesakan di dadanya. Dadanya diurut-urut perlahan. Dia tak mahu ibunya bertambah risau apabila mengetahui ubatnya sudah habis.
"Ok tak sayang? Rasa lega tak?" Ibunya bertanya sambil mengusap dahinya. Dia sekadar mengangguk sambil memejamkan matanya untuk bertenang.
Melihat situasi yang sudah tenang, Cikgu Aisyah bangun untuk meminta diri. Pelawaan ibu Firas untuk menunggu sebentar untuk membuat minuman ditolak lembut. Segera dia meminta diri dengan alasan ada hal lain yang perlu dilakukan.
Setelah bersalam dan mengucapkan terima kasih, dia segera beredar. Dia tak betah berlama-lama di rumah Firas. Jantungnya berdegup kencang tatkala melihat wajah Firas yang kacak walaupun tengah sakit.
'Apelah ko ni ca. Dengan budak sekolah pon boleh nak tangkap cintan.' hatinya merengus.

Al-maklumlah, dia masih belum pernah mempunyai teman istimewa walau umur sudah menganjak 25 tahun. Dia tersenyum tergeleng-geleng sambil menyusun langkah menuju ke rumannya yang terletak di barisan belakang rumah Firas. 

No comments:

Post a Comment