Friday, 10 July 2015

TERINDAH BUATMU 8

Firas menarik nafas perlahan seraya terbatuk ketika kereta Syarul tiba di sekolah Jue. Dia berasa sedikit lega apabila berehat di dalam kereta Syarul itu. Dia segera mengucapkan terima kasih lantas segera membuka pintu kereta untuk turun dari kereta.
"Firas, panggil adik naik kereta sekali. Abang hantar sampai rumah." Syarul mempelawa Firas memandangkan keadaan Firas yang masih tak sihat lagi.
"Eh, takpelah abang. Lagipun saya da rasa lega sikit da ni. Rumah saya pun tak jauh da. Terima kasih ya abang." Firas menolak untuk menerima pertolongan lelaki itu lagi.
Dia tidak mahu menyusahkan orang. Memang itu sifat dia dari dulu. Dia tak kisah orang susahkan dia, janji bukan dia yang susahkan orang.
Mendengar pertuturan Firas yang lancar berbanding sebelum ini, membuatkan Syarul sedikit yakin yang Firas sudah beransur pulih.
"Betul ni awak ok?" Ridzwan yang sedari tadi mendiam kan diri bertanya.
"Betul bang. Terima kasih ya tumpangkan saya. Kalau abang-abang takde tadi, tah apa jadi kat saya pun tak tahu. Budi abang takkan saya lupa. Terima kasih ya abang.." Firas berbahasa kepada orang yang telah menyelamatkannya sebentar tadi.
"Ok lah kalau macam tu. Baik-baik tau.." Syarul berkata seraya bersedia untuk bergerak.
Firas tersenyum lantas menutup perlahan pintu kereta Syarul. Setelah Syarul berlalu, dia terus mengatur langkah menuju ke perkarangan sekolah Jue. Dia hairan apabila kelibat Jue langsung tidak kelihatan di mana-mana.
Dia menuju ke pondok pengawal untuk bertanya mengenai Jue. Malangnya tiada orang di pondok tersebut. Hatinya mula dipagut kebimbangan.
Pantas dia berlari anak menuju ke padang sekolah untuk mencari Jue. Mungkin aktivitinya belum habis. Malangnya padang tersebut kosong. Dia semakin resah. Tak mungkin Jue balik dengan kawan-kawannya kerana dia kenal adiknya yang sorang itu.
Dia pantas berlari menuju ke kelas Jue yang terletak di tingkat tiga bangunan berhampiran padang itu. Pandangannya hampa melihat kelas tersebut kosong. Dia memandang sekeliling dan boleh dikatakan sekolah tersebut kelihatan hampir kosong. Cuma beberapa orang guru kelihatan melangkah pulang.
Peluh yang memercik di dahinya dikesat. Pernafasannya mula terasa berat. Dia tertunduk sedikit sambil mengurut dadanya. Otaknya berfikir tempat yang mungkin dikunjungi Jue.
 'Jue.. mane awak ni sayang. Janganlah buat abang risau...' hatinya merintih.
Kemudian dia pantas berlari menuruni bangunan sekolah itu. Mungkin Jue berjalan pulang sendirian setelah lama menunggu dia yang tidak muncul-muncul. Tidak. Dia tidak boleh biarkan Jue pulang sendirian. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Jue.
Dadanya yang terasa sempit tidak dihiraukan. Langkahnya diatur pantas untuk menjejaki Jue. Sebelum meninggalkan kawasan sekolah, sekali lagi dia menjengok pondok pengawal malangnya pondok tersebut masih kosong. Mungkin pak guard pergi tandas atau ada kerja lain, pikirnya.
Firas terus berlari menyeberangi jalan dan terus mengikut laluan yang biasa dilaluinya untuk pulang. Matanya melilau mencari kalau-kalau dia ternampak kelibat Jue. Namun hampa. Dia terus berlari tanpa henti hingga ke taman berhampiran rumahnya.
Tiba di taman, dia berhenti melepaskan kelelahan. Nafasnya semakin tidak teratur. Dia terduduk di atas rumput di taman tersebut. Dadanya diurut-urut berharap pernafasannya pulih segera. Namun, dirasakan semakin sukar. Mukanya sudah bertukar pucat. Bunyi wheezing jelas kedengaran setiap kali dia menghembus nafas.
Matanya melilau mencari kelibat Jue. Tiba-tiba pandangannya tertangkap dua susuk tubuh sedang berjalan ke arah rumahnya. Seorang kanak-kanak dan seorang dewasa. Dia cukup kenal susuk kanak-kanak tersebut. Dia cuba menjerit memanggil Jue namun suaranya seakan tersekat lantaran dadanya yang terasa sempit. Lantas dia bangun dan berlari sambil memegang dadanya menuju ke arah Jue dan wanita dewasa itu. Dia takut wanita itu mahu menculik Jue.
"Juliana...." hanya itu yang mampu keluar dari kerongkongnya setelah dia berjaya menghampiri mereka. Dia tertunduk sambil mencari nafas.
"Abang!!" Jue sedikit menjerit apabila ternampak abangnya.                  
"Jue.. dengan.. siapa.. ni?" Termengah-mengah dia bertanya penuh syak wasangka. Tangannya tetap mengurut dadanya yang terasa semakin sempit lantaran terlalu banyak berlari.
"Nie Cikgu Aisyah. Cikgu temankan Jue balik. Abanglah lambat. Jue tak kira, abang kena belanja Jue ais-krim sebab abang da lambat." Jue terus berceloteh tanpa menghiraukan keadaan Firas yang seakan tidak mampu berafas lagi.
"Eh, awak ok tak ni?" Cikgu Aisyah yang dari tadi memerhati bertanya apabila melihat muka Firas yang telah pucat seakan tidak berdarah itu. Dia sedikit pelik melihat pakaian sekolah Firas yang comot dan mukanya yang lebam seakan baru lepas bergaduh.
"Sa.. saya ok.. te..terima kasih ya cik..gu..." Firas terus terduduk lantaran tidak dapat menahan kesempitan yang terus terasa di dadanya itu. Bunyi wheezing semakin kuat kedengaran apabila dia menghembus nafas.

Melihat keadaan Firas yang terduduk itu, lantas Cikgu Aisyah meminta Jue membantunya memapah Firas ke rumah mereka. Nasib baik rumah mereka hanya berjarak lebih kurang 50 meter sahaja dari kedudukan mereka itu.



No comments:

Post a Comment