Friday 10 July 2015

TERINDAH BUATMU 7

Juliana Nabilla resah menunggu di pintu pagar sekolah. Selalunya abangnya sudah menunggunya sebelum dia habis aktiviti lagi. Hari ini, sudah hampir sejam aktivitinya habis, namun kelibat abangnya masih tidak kelihatan. Kawan-kawannya semua sudah balik. Dia keseorangan menanti abangnya yang tidak muncul-muncul.
"Juliana, awak tak balik lagi?" Cikgu Aisyah yang berjalan kaki untuk pulang menyoalnya.
"Belum Cikgu. Saya tunggu abang saya.." Jue bermuka sedih di hadapan Cikgu Aisyah. Dia memang tak suka keseorang. Sebab itu, setiap kali balik sekolah dia minta ibunya menjemputnya. Dia lagi selesa balik bersama ibu atau abangnya dari balik bersama kawan-kawannya.
"Ish kamu ni. Bahaya tunggu kat sini. Kenapa tak tunggu kat dalam sekolah?"
"Saya takut abang tak nampak saya je Cikgu.."
"Da lambat sangat ni. Rumah kamu kat taman dalam tu kan? Mari Cikgu hantarkan. Kurang-kurang Cikgu ada kawan nak balik.." Cikgu Aisyah berkata. Jue tahu, Cikgu Aisyah duduk di kawasan taman tempat tinggal dia juga.
"Tapi kalau abang saya datang nanti camne?" Jue agak ragu-ragu untuk meninggalkan kawasan sekolah. Dia yakin, abangnya pasti akan datang untuk mengambilnya.
"Takpe. Kita pesan kat pakcik guard tu suruh beritahu abang kamu yang kamu balik dengan Cikgu ya. Lagipun bahaya kamu tunggu sini sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa kang, sapa susah...?" Panjang lebar Cikgu Aisyah memujuk Jue. Cikgu Aisyah risau melihat Jue keseorangan menunggu abangnya datang. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada anak muridnya itu.
Mendengar kata-kata Cikgu Aisyah, akhirnya Juliana akur. Setelah memberitahu kepada pakcik guard untuk memaklumkan kepada abangnya sekiranya abangnya datang nanti, dia pun beriringan dengan Cikgu Aisyah untuk pulang ke rumah. Nasib baik ada Cikgu aisyah. Kalau tak, tah berapa lama lagi dia perlu tunggu dia pun tak tahu.
'Abang ni lain kali nak balik lambat beritahulah. Boleh aku kol ibu, suruh ambil..' gerutu hatinya. Dia sudah berkira-kira mahu merajuk dengan abangnya apabila dia jumpa nanti. Dia paling suka kalau abangnya itu memujuknya. Terasa seperti tuan puteri pula. Segala kehendaknya mesti abangnya penuhi.
"Ish.. senyum sorang-sorang ni kenapa? Dah tak marah abang kamu lagi ke" pertanyaan Cikgu Aisyah memeranjatkannya. Tak sangka Cikgu Aisyah perasan dia tersenyum tiba-tiba.
"Takde apelah Cikgu. Eh, Cikgu memang balik jalan kaki ke selalu?" Dia mengalihkan topik lantaran berasa malu.

"Cikgu ni bukan orang senang Jue. Jadi, Cikgu kenalah berjimat untuk tolong keliarga Cikgu. Lagipun, kan membazir kalau naik kereta sedangkan rumah Cikgu bukan jauh sangat pun.." kata-kata Cikgu Aisyah membuatkan dia kagum mendengarnya. Perlahan dia mula rasa seronok berjalan balik dengan Cikgu. 

No comments:

Post a Comment