Thursday 2 July 2015

TERINDAH BUATMU 6

Firas berjalan pantas. Dia sudah terlewat untuk ke sekolah adiknya. Hari ini Jue ada aktiviti kokurikulum di sekolahnya dan kebiasaannya dia akan terus ke sekolah Jue untuk balik bersama. Hari-hari lain ibu yang akan ambil Jue disekolah. Maklumlah Jue ni anak yang manja, tak biasa balik rumah sendirian walaupun sudah berusia 11 tahun. Walhal rumah mereka dengan sekolah Jue tidaklah jauh mana, berlainan dengan sekolahnya yang terletak agak jauh dari rumah mereka. 
Namun hari ni dia terlewat keluar dari kelasnya tadi kerana terpaksa buat study group saat-saat akhir bagi menyiapkan tugasan berkumpulan yang perlu dihantar segera. Tahun ni dia akan menghadapi Penilaian Menengan Rendah (PMR), jadi dia perlu belajar lebih rajin untuk mencapai impian ibu ayahnya mahu lihat dia belajar di sekolah berasrama penuh.
Langkahnya diatur pantas. Dia perlu segera sampai di sekolah Jue. Dia tak mahu biarkan puteri hatinya itu menunggu lama. Pasti dia akan merajuk nanti. Payah juga nak pujuk puterinya itu kalau sudah merajuk. Saat-saat macam ni lah buat dia rasa menyesal menolak apabila ayah mahu belikan dia basikal untuk memudahkannya ke sekolah. Alasannya dia mahu bersenam padahal yang sebenarnya dia tidak mahu menyusahkan ayahnya.
Tiba di satu jalan yang agak sunyi, hatinya berdebar-debar. Dia terasa seperti diekori. Ketika dia hendak berpaling ke belakang bagi memastikannya, satu hentakan tepat mengenai kepalanya. Berpinar sekejap pandangannya. Baru hendak menstabilkan dengan apa yang berlaku, satu tumbukan hinggap di mukanya menyebabkan dia terjatuh lantaran tidak bersedia. Otaknya segera memberi tindakan reflect untuk dia mempertahankan diri.
Ketika lawannya menghampirinya yang telah terjatuh, dengan segera dia menarik kaki lawannya itu dengan kuat menyebabkan lelaki itu terjatuh. Pantas dia bangun untuk berhadapan dengan lelaki tersebut. Dia amat terkejut melihat Zaril, Amar dan beberapa 'kawan baik' Zaril yang telah menyerangnya. Dia tidak mahu berdiam diri.
Segera dia mempertahankan dirinya saat Amar menghayunkan penumbuk ke mukanya. Pantas tangan Amar ditangkap dan dikilas ke belakang. Amar cuba menyerang lagi, namun Firas terlebih dahulu bertindak menendang kaki Amar menyebabkan Amar terduduk melutut dan tangannya masih dikilas oleh Firas. Amar menyeringai kesakitan.
Melihatkan itu, Syafie masuk untuk menyerang Firas. Firas menyedari hal tersebut lalu segera melepaskan Amar dengan menolaknya menggunakan kaki lalu dengan pantas menghayunkan penumbuknya ke perut Syafie sebelum sempat Syafie menyerangnya. Syafie tertunduk senak apabila ditumbuk oleh Firas.
Tanpa disangka, Haris menendang belakang Firas menyebabkan dia terdorong sedikit ke hadapan. Segera dia berpaling untuk menangkis serangan seterusnya dari Haris. Tangan Haris segera ditangkap ketika Haris mahu menghayunkan penumbuknya lalu dia menendang perut Haris menggunakan lututnya menyebabkan Haris tertunduk senak. Segera dia melompat sambil memusingkan badannya dan terus menghayunkan kakinya ke muka Haris yang sedang tertunduk membuatkan Haris lantas rebah ke tanah.
Melihat kawan-kawannya tewas satu persatu, lantas Zaril mengambil kayu yang digunakan sebentar tadi untuk memukul curi Firas. Sekuat hati dihayunkan kayu tersebut ke belakang Firas membuatkan Firas terjatuh tertiarap diatas jalan tersebut. Zaril sekali lagi ingin menghayunkan kayu tersebut kearah Firas, namun Firas pantas menangkap kayu tersebut dan berpaut lalu segera bangun. Zaril terkedu dengan gerakan pantas Firas.
Tanpa berlengah, Firas pantas menghayunkan penumbuknya ingin memumbuk muka Zaril. Belum sempat penumbuknya singgah di muka Zaril, Amar telah menghayunkan kakinya menendang tepat di dada Firas hingga Firas terdorang sedikit kebelakang. Firas tertunduk memegang dadanya menahan perit yang melanda. Pernafasnnya mula terasa sukar. Dadanya terasa sempit.
Melihat Firas yang tertunduk menahan kesakitan, Amar dan Zaril serentak menuju ke arah Firas ingin menyerang. Amar pantas mencengkam kolar baju Firas lantas menghayunkan penumbuknya ke muka Firas. Ketika dia ingin menghayunkan penumbuk seterusnya, Firas pantas menangkap tangannya lalu membuat back flip memnyebabkan Amar berpusing dan terjatuh. Sekali lagi Zaril terkedu melihat aksi Firas.
Teragak-agak Zaril menghayunkan kayu yang berada di tangannya ke arah Firas membuatkan dengan mudahnya Firas dapat menangkap kayu tersebut.
Zaril tidak mahu mengaku kalah begitu sahaja. Dia pantas menghayunkan kakinya menendang perut Firas sewaktu Firas menangkap kayu dari tangannya membuatkan Firas tertunduk senak. Tanpa berlengah dia sekali lagi menghayunkan kakinya tepat ke muka Firas hingga membuatkan Firas terjatuh.
"Ko ingat ko dapat kalahkan aku. Ini Zaril Hakimi lah..." pantas dihayunkan kayu yang diambil semula tadi ke kepala Firas. Belum sempat kayu tersebut singgah di kepala Firas, dia terdengar bunyi bising di belakangnya.
"Woi! Korang buat apa tu ha?" Satu suara berteriak ke arah mereka.
Zaril berasa bengang lalu melepaskan kayu yang dipegangnya dan pantas melarikan diri. Dia tak mahu tertangkap yang mungkin akan menyebab reputasinya jatuh. Sebelum dia beredar, sempat dia menendang perut Firas yang terbaring membuatkan Firas menyeringai kesenakkan. Amar, Syafie dan Haris turut terkocoh-kocoh melarikan diri.

xxxxxxx

"Awak tak apa-apa?" Lelaki yang berteriak tadi segera mendapatkan Firas yang masih terbaring di atas jalan. Kebetulan lelaki tersebut dan kawannya melalui jalan itu dan mereka terkejut melihat beberapa pelajar sedang bergaduh.
"Saya ok bang.... te.. rima ka.. kasih ya..." Firas tercungap mencari nafas. Dia memegang dadanya dan mengurut perlahan. Bunyi wheezing kedengaran perlahan.
"Eh, awak macam teruk je ni. Mari abang hantar pergi klinik.." salah seorang dari kawan lelaki yang berteriak tadi berkata. Dia risau tengok muka Firas yang sudah bertukar pucat.
"Takpe abang. Sa.. saya kena jem..jemput adik saya.. di.. dia tengah tung..gu saya.." Firas pantas berdiri ingin segera mengambil adiknya di sekolah walau dia tahu asmanya telah menyerang dan dia tidak menghiraukan keadaan dirinya itu. Yang dia tahu, dia sangat risaukan Jue menunggunya lebih lama.
"Mari abang hantarkan adik. Teruk abang tengok adik ni..." lelaki tersebut segera membantu Firas apabila melihat Firas tertunduk menahan sesak di dadanya. Dia terus memapah Firas menuju ke kereta mereka. Firas tidak mampu menolak lagi memandangkan sekolah Jue agak jauh untuk dia berjalan dengan keadaannya sekarang.
"Nama abang Syarul dan kawan abang tu Ridzwan. Nak abang hantar ke mana ni?" Lelaki bernama Syarul memperkenalkan diri setelah mereka mula bergerak meneruskan perjalanan.
"Abang.. hantar sa.. saya sampai se..sekolah rendah kat sim..simpang tiga nanti..." Firas berkata sambil mengurut dadanya. Bunyi wheezing masih kedengaran.
"Dik, awak asma ya? Mana ubat awak?" Abang yang bernama Ridzwan bertanya sementara Syarul memandu kereta.

"Sa.. saya tak bawa.." Firas mula terbatuk-batuk dan dadanya terasa semakin sempit. Namun dia tetap menguatkan semangatnya untuk mengambil Jue di sekolah. Memang dia jarang membawa ubatnya itu kesekolah memandangkan dia jarang mendapat serangan asma di sekolah. Lagipun asmanya jarang menyerangnya sebab itu dia tidak membawa ubatnya itu kemana dia pergi.



No comments:

Post a Comment