Monday 9 November 2015

TERINDAH BUATMU 11

Zaril terus berlari sambil sesekali memandang belakang untuk memastikan kedua lelaki itu tidak mengejarnya lagi. Apabila dia merasa telah cukup jauh dari tempat tersebut, dia berhenti sebentar untuk mengambil nafas. Dia memandang belakang dan tidak melihat lelaki itu tiada lagi mengejarnya.
'Celaka betullah Amar ni!! Siapalah kalau aku jumpa dia lagi!!'
Tiba-tiba, satu tendangan hinggap tepat di belakang Zaril membuatkan dia tersungkur jatuh. Kemudian tumbukan serta terajang hinggap di seluruh badannya tanpa memberi peluang untuk dia membuat serangan balas. Dia hanya pasrah sahaja sambil berdoa agar ada orang yang akan menolongnya.
Tanpa diduga, doanya dimakbulkan Tuhan. Seseorang telah datang menolongnya tatkala dia sudah terkulai teruk dibelasah dua lelaki itu. Penyelamatnya itu membuat satu lompatan Touchdown Raiz dimana dia berlari sambil satu tangannya menyentuh lantai dan dia melonjakkan dirinya seraya menghentak seorang daripada mereka menggunakan kakinya dan kemudian terus melompat lagi menghentak seorang lagi lelaki yang sedang membelasah Zaril hingga kedua-dua lelaki itu tersungkur jatuh. Gerakkan penyelamatnya yang sungguh pantas lansung itu tidak memberi peluang untuk kedua-dua lelaki tersebut menepis serangannya yang tiba-tiba itu.
 Terkejut Zaril melihat Amir Firas berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangan untuk membantu Zaril bangun. Zaril segera menyambut huluran tangan tersebut lalu berdiri di samping Firas.
"Wah!! Ada penyelamat datang.." lelaki tinggi bangun dan menuju ke arah Firas.
 Bengang pula dia apabila ada yang menyibuk urusan dia. Pisau dikeluarkan bersedia untuk menyerang Firas. Lelaki berparut turut mengeluarkan pisaunya untuk menyerang.
Firas mengawasi langkah lelaki-lelaki itu. Ketika lelaki tinggi itu mengacukan pisau dimukanya, segera tangan lelaki itu ditangkap dan dikilas lalu dihentak-hentak tangan lelaki itu ke pahanya sehingga pisau yang dipegang lelaki itu terlepas. Apabila pisau telah terlepas, segera dia menbanting lawannya ke depan hingga membuatkan lelaki itu terjatuh.
Melihat rakannya telah jatuh, lelaki berparut pula mula menyerang Firas. Firas yang baru menjatuhkan rakannya tadi ditendang dari belakang hingga membuatkan Firas terdorong ke hadapan. Firas lantas melompat membuat side flip lalu menendang dada lelaki berparut itu hingga lelaki itu terdorong ke belakang seraya menunduk lantaran dua tapak kaki Firas mendarat tepat di dadanya sebentar tadi.
Tanpa disedari Firas, lelaki tinggi telah bangun, mengambil pisaunya yang jatuh tadi lalu menuju kearah Firas untuk menikamnya. Zaril yang ternampak keadaan itu, terus menolak Firas dan menyebabkan tikaman tersebut mengenai tangan kanannya. Terjerit dia tatkala pisau itu terbenam di lengannya.
Firas terkejut melihat Zaril yang terkena tikaman segera menuju ke arah lelaki tinggi itu. Dengan perasaan yang marah, dia membuat satu lompatan Flash Kick iaitu dia melompat tinggi dan berpusing 360ᵒ terus menghentak kepala lelaki itu menggunakan kedua kakinya hingga membuatkan lelaki tersebut hampir rebah.
Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, dia terus menumbuk lelaki bertalu-talu tanpa memberi ruang untuk lelaki itu membalasnya. Terakhir sekali, dia membuat aksi double leg dengan melompat tinggi dan menendang dada lelaki tinggi itu hingga membuatkan lelaki itu terbaring di tanah sambil mengerang kesakitan tidak mampu bergerak lagi. Terdapat darah mengalir keluar dari mulut dan hidungnya.
Melihat mereka hampir kalah, lelaki berparut segera menangkap Zaril yanb sedang kesakitan akibat ditikam dan mengacukan lehernya dengan pisau. Firas penuh hati-hati mengawal pergerakan lelaki berparut itu, mencari peluang untuk menyerangnya. 
Tanpa diduga oleh lelaki berparut itu, Zaril memijak kakinya dengan kuat hingga membuatkan lelaki itu mengaduh dan pmembuatkan pegangannya terlepas.
Firas tidak melepaskan peluang tersebut, lalu dengan pantas membuat lompatan Flash Kick dan menghentak muka lelaki berparut itu dengan kakinya. Segera dia menuju kearah lelaki itu dan mencapai tangan kanan lelaki itu yang memegang pisau, lalu dihentak-hentak tangan lelaki itu ke pehanya sehingga pisau tersebut terlepas.
Kemudian, dia membanting lelaki tersebut kedepan sebelum membuat double leg kick hingga menyebabkan lelaki itu terjatuh. Tak puas dengan itu, dia menumbuk muka lelaki berparut yang telah terbaring itu.
Setelah dia yakin lelaki itu tidak bermaya dan tidak mampu melawannya, baru dilepaskan. Terus lelaki  itu dan rakannya melarikan diri setelah tahu mereka tak boleh mengalahkan Firas. Setelah kedua lelaki itu melarikan diri, segera dia menuju arah Zaril.
"Kau ok tak ni?" Firas membantu Zaril berdiri. Tangan Zaril sudah berlumuran darah manakala mukanya lebam-lebam dan terdapat darah mengalir dari mulut dan hidungnya.
"Kau agak-agak aku ok tak sekarang?" Zaril sedikit dingin mendengar soalan itu lantaran tidak tahan menahan sakit.
Firas tersenyum lalu segera memapah Zaril ke klinik berdekatan. Pandangan Zaril semakin berpinar lantaran darah yang mengalir keluar tanpa henti.
Firas menghentikan langkahnya apabila menyedari langkah Zaril tidak teratur. Dia menepuk sedikit dahinya kerana lupa untuk membalut luka Zaril bagi mengurangkan aliran darah. Segera dia menyandarkan Zaril ke dinding bangunan yang berdekatan, lalu meraba-raba poketnya mencari kain untuk membalut luka Zaril.
Akhirnya, dia terpaksa menanggalkan bajunya bagi membalut luka Zaril apabila tiada sebarang kain yang boleh digunakan untuk membalut luka tersebut. Setelah itu terus dia memapah Zaril ke klinik berhampiran. 


No comments:

Post a Comment