Firas terkedu
saat Juliana meletakkan telefonnya tanpa sempat dia berkata apa-apa. Hatinya
dirundung pilu. Memang selama ini Jue tak pernah melayannya dengan baik dan dia
hanya cekalkan hatinya sahaja menghadapi kerenah Jue.
Namun sejak
adiknya itu melangkah ke alam universiti, bahasanya semakin menyentakkan
jantung Firas. Terlalu kasar sampai Firas tidak sanggup mendengarnya. Kalau
ikutkan, hendak saja dia tangankan adiknya itu tatkala menghemburkan kata-kata
yang tidak enak tersebut, namun dia tahankan hati lantaran terlalu sayangkan
Jue. Dia tidak mahu Jue disakiti kerana baginya Jue sudah cukup terseksa
lantaran kehilangan ibu dan ayahnya di usia yang masih mentah.
Dia hanya mampu
berdoa semoga suatu hari nanti Tuhan bukakan hati Jue untuk berbaik semula
dengannya. Dia terlalu rindukan Jue yang dulu, yang sentiasa manja dengannya.
Firas segera
bangun dari kerusi berhampiran telefon tersebut menuju kebiliknya. Dia
terbatuk-batuk sambil mengurut-urut dadanya. Bunyi wheezing jelas kedengaran tatkala dia menghembuskan nafas
menandakan penyakit asmanya telah menyerang.
Dia segera
mencapai inhealernya lalu disedutnya
perlahan. Dia bersandar di kepala katil bagi menenangkan dirinya untuk
mengurangkan asmanya itu.
Masih jelas
diruang matanya ketika makcunya menghamun dirinya malam tadi kerana tidak
memberikan wang kepada wanita itu.
“Woi! Bagi aku
duit sekarang..” Makcunya terus menjerkah dirinya ketika dia melangkah masuk
kedalam rumahnya sebaik pulang dari kerja. Hari telah larut malam ketika dia
sampai.
“Mana Firas ada
duit makcu..” dia menjawab perlahan.
“Kau jangan nak
tipu aku. Hari ni kau dapat gajikan..” makcunya terus mendesaknya.
Memang hari ini
dia dapat gaji hasil kerjanya menjaga lembu Pak Said. Namun duit tersebut telah
diasingkan untuk belanja dapur serta keperluan Jue. Langsung tiada lebih.
“Buat Firas nak
tipu makcu. Memang Firas takde duit. Duit ni nanti nak bagi kat Jue, makcu. Dia
kan tengah belajar..”
“Ah, kau jangan
nak banyak bunyi. Bagi kat aku duit tu. Aku nak guna..” makcunya segera menuju
kearahnya untuk mengambil duit yang berada di poket seluarnya.
“Makcu jangan
lebih-lebih. Mentang-mentang saya diam..” angin Firas mula naik. Dia tak mahu
duit yang diasingkan untuk Jue jatuh ke tangan makcunya.
“Ohh, kau dah
berani nak menengking-nengking aku ya. Kau ingat kau siapa..”
“Siapa pun saya,
makcu takde hak nak buat saya macam ni..”
“Menjawab ya.
Wei anak pungut! Kau dengar sini baik-baik. Sekarang kau duduk kat rumah aku,
jadi kau kena ikut cakap aku. Kalau kau taknak, kau boleh berambus dari sini..”
tersentap jantung Firas mendengar makcunya memanggilnya anak pungut. Selama
ini, makcunya tak pernah menggelarkannya begitu.
“Apalagi kau
tunggu, berambus sekarang!” tanpa berbasa-basi, tubuhnya lantas ditolak keluar
dari rumah itu.
Dia yang tidak
bersedia dengan tolakan tersebut, terjatuh di lantai tangga kerana tersadung
bendul pintu rumah tersebut.
“Padan muka
kau!” makcunya lantas menutup pintu rumah lalu menguncinya meninggalkan Firas
terpinga-pinga di luar.
Firas bangun
lalu berjalan menuju ke pangkin di bawah rumah untuk berbaring. Dia tiada
tempat lain untuk pergi kerana hari telah jauh malam.
Dia balik lambat
harini pun sebab membantu Huzaimy berniaga di pasar malam. Dapatlah duit lebih
sedikit buat perbelanjaanya. Dia sudah berkira-kira untuk ke pekan esok dan
memasukkan duit ke dalam akaun Juliana memandangkan Juliana sudah memintanya
sejak semalam.
Dia berbaring
memikirkan kata-kata makcunya tadi hingga dia terlelap. Dia terbangun apabila
merasakan udara dingin menyapa tubuhnya hingga membuatkan dia sedikit
menggigil.
Rupa-rupanya
hujan telah turun diwaktu itu menyebabkan udara persekitarannya menjadi
dingin. Dia meraba-raba mencari apa
sahaja yang boleh dibuat selimut untuk membalut tubunya bagi mengurangkan
kesejukan. Dadanya mula terasa sempit hingga membuatkan dia sukar bernafas. Dia
mengurut-urut dadanya bagi mengurangkan tekanan yang menghimpit dadanya itu.
Segera di capai
kain jemuran yang belum diangkat bagi membalut tubuhnya yang semakin kedinginan.
Bunyi wheezing kedengar perlahan
tatkala dia menghembuskan nafasnya. Dia tahu asmanya telah menyerang namun dia
cuba bertenang bagi mengurangkan serangan tersebut. Kain-kain jemuran diangkat
lagi untuk menambahkan balutan di tubuhnya.
Tidak terlintas
di hatinya untuk mencuri masuk ke dalam rumah walau dia boleh lakukannya dengan
mudah. Dia malas hendak mencari pasal dengan makcunya lagi. Dia berbaring
sambil dibaluti kain-kain jemuran tersebut bagi mengurangkan kesejukannya.
Keesokkan
paginya, dia menunggu sehingga makcunya keluar untuk ke Bandar, baru dia
melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia baru hendak mencapai ubatnya
ketika telefon berbunyi dan panggilan menyentap hatinya dari Jue yang
diterimanya.
xxxxxx
Firas merenung
ke luar jendela. Sejak ibu dan ayahnya meninggal, asamanya lebih kerap
menyerangnya lantaran terlalu banyak tekanan yang dihadapinya. Namun semua itu,
hanya dipendam di dalam hatinya tanpa diluahkan kepada sesiapa. Dia tidak suka
memburuk-burukkan orang yang dia sayang kepada sesiapa. Oleh itu, dengan rela
hatinya dia menelan semua tekanan tersebut.
Kadang-kadang
ketika dia bersendirian memikirkan masa depan serta hubungannya dengan Jue pun
asamanya boleh menyerang membuatkan dia sentiasa berjaga-jaga. Dia cuba menahan
sebaik mungkin ketika asmanya menyerang diwaktu dia berkerja agar orang
sekelilingnya tidak tahu dia sedang sakit dan tidak mahu menyusahkan sesiapa.
Disebabkan itu,
perbelanjaan perubatannya juga telah bertambah membuatkan dia terpaksa
melakukan pelbagai kerja untuk mencari duit lebih. Duit gajinya hasil
mengembala lembu Pak Said hanya cukup untuk berbelanja dapur dan dikirim untuk
pelajaran Jue. Itupun kadang-kadang dia terpaksa mengabaikan perbelanjaan
perubatannya untuk memberi kepada Jue yang kekurangan duit. Adakalanya makcunya
mengambil duit yang disimpannya itu hingga membuatkan dia langsung tidak dapat
membeli ubatnya yang telah habis.
Dia ada
berkira-kira hendak menghubungi Zaril dan berkerja dengannya. Namun perasaan
malunya tebal lantaran tidak mempunyai sebarang kelulusan. Akhirnya niatnya itu
dibatalkan sahaja. Lagipun dia tak sampai hati tinggalkan makcunya keseorangan.
Sejahat-jahat makcunya itu, wanita itulah yang menjaga dia dan Jue sejak ibu
dan ayahnya meninggal dunia. Oleh itu, dia rela menahan semua caci maki yang
dilemparkan wanita itu terhadapnya walau kadang-kadang ada juga yang dia lawan.

"Ya ALLAH! KAU kuatkanlah hatiku menghadapi semua dugaan ini. Hanya KAU yang MAHA MENGETAHUI segala yang terpendam di hatiku ini. Aku berserah segalanya kepada-MU Ya ALLAH!"
-Mohd Amir Firas-
p/s
dear Mr. Syarul Ridzwan.. Sorry ya, saya pinjam gambar kamu. Sebab watak Amir Firas ni saya bayangkan kamu. thankx ya!