Monday 8 February 2016

TERINDAH BUATMU 14

Firas terkedu saat Juliana meletakkan telefonnya tanpa sempat dia berkata apa-apa. Hatinya dirundung pilu. Memang selama ini Jue tak pernah melayannya dengan baik dan dia hanya cekalkan hatinya sahaja menghadapi kerenah Jue.
Namun sejak adiknya itu melangkah ke alam universiti, bahasanya semakin menyentakkan jantung Firas. Terlalu kasar sampai Firas tidak sanggup mendengarnya. Kalau ikutkan, hendak saja dia tangankan adiknya itu tatkala menghemburkan kata-kata yang tidak enak tersebut, namun dia tahankan hati lantaran terlalu sayangkan Jue. Dia tidak mahu Jue disakiti kerana baginya Jue sudah cukup terseksa lantaran kehilangan ibu dan ayahnya di usia yang masih mentah.
Dia hanya mampu berdoa semoga suatu hari nanti Tuhan bukakan hati Jue untuk berbaik semula dengannya. Dia terlalu rindukan Jue yang dulu, yang sentiasa manja dengannya.
Firas segera bangun dari kerusi berhampiran telefon tersebut menuju kebiliknya. Dia terbatuk-batuk sambil mengurut-urut dadanya. Bunyi wheezing jelas kedengaran tatkala dia menghembuskan nafas menandakan penyakit asmanya telah menyerang.
Dia segera mencapai inhealernya lalu disedutnya perlahan. Dia bersandar di kepala katil bagi menenangkan dirinya untuk mengurangkan asmanya itu.
Masih jelas diruang matanya ketika makcunya menghamun dirinya malam tadi kerana tidak memberikan wang kepada wanita itu.

                                       xxxxx

“Woi! Bagi aku duit sekarang..” Makcunya terus menjerkah dirinya ketika dia melangkah masuk kedalam rumahnya sebaik pulang dari kerja. Hari telah larut malam ketika dia sampai.
“Mana Firas ada duit makcu..” dia menjawab perlahan.
“Kau jangan nak tipu aku. Hari ni kau dapat gajikan..” makcunya terus mendesaknya.
Memang hari ini dia dapat gaji hasil kerjanya menjaga lembu Pak Said. Namun duit tersebut telah diasingkan untuk belanja dapur serta keperluan Jue. Langsung tiada lebih.
“Buat Firas nak tipu makcu. Memang Firas takde duit. Duit ni nanti nak bagi kat Jue, makcu. Dia kan tengah belajar..”
“Ah, kau jangan nak banyak bunyi. Bagi kat aku duit tu. Aku nak guna..” makcunya segera menuju kearahnya untuk mengambil duit yang berada di poket seluarnya.
“Makcu jangan lebih-lebih. Mentang-mentang saya diam..” angin Firas mula naik. Dia tak mahu duit yang diasingkan untuk Jue jatuh ke tangan makcunya.
“Ohh, kau dah berani nak menengking-nengking aku ya. Kau ingat kau siapa..”
“Siapa pun saya, makcu takde hak nak buat saya macam ni..”
“Menjawab ya. Wei anak pungut! Kau dengar sini baik-baik. Sekarang kau duduk kat rumah aku, jadi kau kena ikut cakap aku. Kalau kau taknak, kau boleh berambus dari sini..” tersentap jantung Firas mendengar makcunya memanggilnya anak pungut. Selama ini, makcunya tak pernah menggelarkannya begitu.
“Apalagi kau tunggu, berambus sekarang!” tanpa berbasa-basi, tubuhnya lantas ditolak keluar dari rumah itu.
Dia yang tidak bersedia dengan tolakan tersebut, terjatuh di lantai tangga kerana tersadung bendul pintu rumah tersebut.
“Padan muka kau!” makcunya lantas menutup pintu rumah lalu menguncinya meninggalkan Firas terpinga-pinga di luar.
Firas bangun lalu berjalan menuju ke pangkin di bawah rumah untuk berbaring. Dia tiada tempat lain untuk pergi kerana hari telah jauh malam.
Dia balik lambat harini pun sebab membantu Huzaimy berniaga di pasar malam. Dapatlah duit lebih sedikit buat perbelanjaanya. Dia sudah berkira-kira untuk ke pekan esok dan memasukkan duit ke dalam akaun Juliana memandangkan Juliana sudah memintanya sejak semalam.
Dia berbaring memikirkan kata-kata makcunya tadi hingga dia terlelap. Dia terbangun apabila merasakan udara dingin menyapa tubuhnya hingga membuatkan dia sedikit menggigil.
Rupa-rupanya hujan telah turun diwaktu itu menyebabkan udara persekitarannya menjadi dingin.  Dia meraba-raba mencari apa sahaja yang boleh dibuat selimut untuk membalut tubunya bagi mengurangkan kesejukan. Dadanya mula terasa sempit hingga membuatkan dia sukar bernafas. Dia mengurut-urut dadanya bagi mengurangkan tekanan yang menghimpit dadanya itu.
Segera di capai kain jemuran yang belum diangkat bagi membalut tubuhnya yang semakin kedinginan. Bunyi wheezing kedengar perlahan tatkala dia menghembuskan nafasnya. Dia tahu asmanya telah menyerang namun dia cuba bertenang bagi mengurangkan serangan tersebut. Kain-kain jemuran diangkat lagi untuk menambahkan balutan di tubuhnya.
Tidak terlintas di hatinya untuk mencuri masuk ke dalam rumah walau dia boleh lakukannya dengan mudah. Dia malas hendak mencari pasal dengan makcunya lagi. Dia berbaring sambil dibaluti kain-kain jemuran tersebut bagi mengurangkan kesejukannya.

Keesokkan paginya, dia menunggu sehingga makcunya keluar untuk ke Bandar, baru dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Dia baru hendak mencapai ubatnya ketika telefon berbunyi dan panggilan menyentap hatinya dari Jue yang diterimanya.

                                      xxxxxx

Firas merenung ke luar jendela. Sejak ibu dan ayahnya meninggal, asamanya lebih kerap menyerangnya lantaran terlalu banyak tekanan yang dihadapinya. Namun semua itu, hanya dipendam di dalam hatinya tanpa diluahkan kepada sesiapa. Dia tidak suka memburuk-burukkan orang yang dia sayang kepada sesiapa. Oleh itu, dengan rela hatinya dia menelan semua tekanan tersebut.
Kadang-kadang ketika dia bersendirian memikirkan masa depan serta hubungannya dengan Jue pun asamanya boleh menyerang membuatkan dia sentiasa berjaga-jaga. Dia cuba menahan sebaik mungkin ketika asmanya menyerang diwaktu dia berkerja agar orang sekelilingnya tidak tahu dia sedang sakit dan tidak mahu menyusahkan sesiapa.
Disebabkan itu, perbelanjaan perubatannya juga telah bertambah membuatkan dia terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk mencari duit lebih. Duit gajinya hasil mengembala lembu Pak Said hanya cukup untuk berbelanja dapur dan dikirim untuk pelajaran Jue. Itupun kadang-kadang dia terpaksa mengabaikan perbelanjaan perubatannya untuk memberi kepada Jue yang kekurangan duit. Adakalanya makcunya mengambil duit yang disimpannya itu hingga membuatkan dia langsung tidak dapat membeli ubatnya yang telah habis.
Dia ada berkira-kira hendak menghubungi Zaril dan berkerja dengannya. Namun perasaan malunya tebal lantaran tidak mempunyai sebarang kelulusan. Akhirnya niatnya itu dibatalkan sahaja. Lagipun dia tak sampai hati tinggalkan makcunya keseorangan. Sejahat-jahat makcunya itu, wanita itulah yang menjaga dia dan Jue sejak ibu dan ayahnya meninggal dunia. Oleh itu, dia rela menahan semua caci maki yang dilemparkan wanita itu terhadapnya walau kadang-kadang ada juga yang dia lawan.


"Ya ALLAH! KAU kuatkanlah hatiku menghadapi semua dugaan ini. Hanya KAU yang MAHA MENGETAHUI segala yang terpendam di hatiku ini. Aku berserah segalanya kepada-MU Ya ALLAH!"
-Mohd Amir Firas-


p/s 
dear Mr. Syarul Ridzwan.. Sorry ya, saya pinjam gambar kamu. Sebab watak Amir Firas ni saya bayangkan kamu. thankx ya! 

No comments:

Post a Comment