โJimin, follow aku, now!โ Cheng Yi mengarahkan Jimin, sebaik proses bedah siasat mayat Kim Ha Nul selesai. Dia terus melangkah keluar dari bilik memerhati proses bedah siasat itu tanpa menunggu tindakan lanjut dari pegawai forensik yang bertugas.
Jimin berlari anak mengejar langkah ketuanya yang berjalan seperti lipas kudung itu. Sebaik tiba di keretanya, dia terus menghidupkan enjin dan memandu menuju ke tempat tujuan seperti arahan Cheng Yi.
โMacam pelik lah kes ni, Tuan..โ Jimin berkata, memecahkan kesunyian di dalam keretanya.
Cheng Yi yang sedari tadi memejamkan mata untuk lelap sekejap, membuka matanya semula.
โSebab tu, kita kena siasat balik dari awal. Macam mana post-mortem boleh kata mangsa mati sebab lemas? Sedangkan bilik tu clean. Takda tanda-tanda pergelutan atau apa saja yang membolehkan mangsa lemas. And video tu pon tak tunjuk sebelum kejadian. Just tunjuk suspek bangun dan lari keluar. Seolah sengaja menyalahkan suspek..โ
โAtau sebenarnya mangsa mati kat tempat lain, Tuan? Dan pelaku sengaja meletakkan kamera di tempat yang mudah dijumpai..โ Jimin menyatakan andaiannya.
โThatโs what I think. Pastikan tak terlepas apa-apa di tempat kejadian, faham?โ
โBaik, Tuan!โ Jimin berkata sambil melajukan keretanya menuju ke tempat kejadian.
........
Cheng Yi mengitari bilik hotel itu sekali lagi, memeriksanya dengan berhati-hati. Dia tidak mahu terlepas apa-apa walau hanya bukti kecil. Sarung tangan getah terpasang di tangannya, mengelak cap jarinya tertinggal di bilik tersebut.
Banyangan wajah lelaki yang berada di video itu, sentiasa bermain di mindanya. Dia memejamkan matanya, mengingati perlakuan lelaki tersebut seperti di dalam video tersebut.
โAbang harap sangat, bukan kau orangnya..โ hati kecil Cheng Yi berbisik.
Tap.. Tap.. Tap..
Cheng Yi membuka matanya tatkala mendengar langkah kaki berlari menghampirinya.
โTuan, saya dah dapat senarai bilik yang ditempah semalam dan hari sebelumnya..โ Jimin muncul dan menghulurkan beberapa helaian kertas kepada Cheng Yi.
โGood! Kau bawa anggota yang ada, periksa semua bilik-bilik ni, sekarang!โ Cheng Yi memberi arahan sambil dia melangkah ke arah salah satu bilik yang berada di dalam senarai tersebut.
Cheng Yi bersyukur kerana hanya lima bilik sahaja yang ditempah untuk dua hari sebelum ini, membuatkan pekerjaannya agak mudah. Seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai manager hotel tersebut, mengiringi langkah Cheng Yi.
โTuan, staff saya ada maklumkan, waktu mereka house keeping bilik ni, mereka dapati katil di bilik ini basah. Seolah disimbah dengan air..โ manager itu berkata sebaik mereka melangkah masuk ke bilik yang berselang dua bilik dengan tempat kejadian.
โDisimbah air?โ Cheng Yi berkata sambil memikirkan sesuatu.
Cheng Yi segera melangkah ke tandas yang berada di dalam bilik tersebut lalu membuka pintu tandas tersebut. Dia memerhatikan persekitaran tandas tersebut yang telah diterangi cahaya lampu.
Namun, tiada sebarang perkara mencurigakan yang ditemuinya.
Tidak berpuas hati, Cheng Yi menutup semula lampu tandas tersebut dan terus melangkah masuk ke dalamnya lalu menutup pintu, membuatkan dia berada di dalam ruangan yang gelap-gelita.
Cheng Yi mengeluarkan โtouch lightโ yang bercahaya biru dari poket seluarnya lalu menyuluh ke segenap ruang tersebut.
โGot it!โ Cheng Yi berkata perlahan dengan senyuman terpancar di wajahnya, sebaik dia menyuluh ke arah bath tub yang berada di dalam tandas itu.
Cheng Yi kemudiannya keluar dari tandas tersebut dan terus menghubungi Jimin. โJimin, panggil forensik. Aku dah jumpa bilik yang mungkin tempat kejadian sebenar.โ
Setelah menamatkan panggilan, Cheng Yi melangkah, mengitari bilik tersebut mencari jika ada sebarang bukti yang ditinggalkan oleh pelaku.
โHotel ni memang benarkan staff menghendap costumer ke?โ Cheng Yi bertanya kepada manager sambil mengitari bilik tersebut.
โMenghendap? Mana berani kami nak benarkan rules tak masuk akal macam tu, Tuan. Kami pon takut ditangkap, Tuan..โ manager hotel itu menjawab.
Cheng Yi kemudiannya menuju ke arah lukisan yang berada di kepala katil bilik tersebut. Sambil memegang dagunya, Cheng Yi berfikir, dimana yang pelik dengan lukisan itu.
โSaya tahu, Tuan jumpa kamera di sebalik lukisan kat bilik tempat kejadian. Tapi percayalah Tuan, itu bukan kerja staff kami. Saya sangat yakin yang staff kami takkan lakukan perkara terkutuk macam tu..โ manager hotel cuba meyakinkan Cheng Yi yang seakan mengabaikan ucapannya itu.
โLukisan ni.. baru ke?โ Cheng Yi bertanya, mengabaikan kata-kata manager itu sedari tadi.
โBe.. Betul Tuan. Kami baru tukar semua lukisan dalam bilik hotel ini, minggu lepas. CEO kami sengaja nak beri nafas baru kepada hotel ini, Tuan. Lagipun cuti sekolah dah nak dekat. Jadi, CEO kami nak tarik lebih ramai pelancong datang ke hotel ni, Tuan.โ manager itu menerangkan panjang lebar.
Cheng Yi memandang wajah manager itu, mencari kebenaran dalam kata-katanya. Setelah itu, Cheng Yi terus berkata, โSaya nak contact number supplier lukisan ni, sekarang!โ
........
Cheng Yi memandu kereta Jeep kepunyaan Jimin itu, menuju ke tempat yang sedari tadi membuatkan hatinya meronta ingin datang. Dia menginginkan kepastian dari empunya wajah di dalam video yang sering bermain di ruang fikirannya. Hatinya kuat merasakan yang video itu sengaja diadakan untuk memerangkap pemilik wajah tersebut.
Dritttt.. Drittttt..
Handphone Cheng Yi bergetar lama menandakan ada panggilan masuk. Dia segera memakai bluetooth earphonenya, lalu menjawab panggilan tersebut.
โTuan, forensik jumpa banyak kesan darah dalam bilik yang Tuan beritahu tadi. Mereka akan segera analisis pemilik darah tersebut. Cuma ada masalah sikit, Tuanโ Jimin berkata di hujung talian.
โApa dia?โ
โUntuk makluman Tuan, bilik tu dan bilik tempat kejadian, sama-sama mempunyai kesan darah di merata tempat. Cuma bezanya, bilik tempat kejadian, ada kesan darah yang cuba dibersihkan, Tuan.โ
Cheng Yi menghentak stereng kereta, mendengar penerangan Jimin itu.
โKenapa balik ke tempat asal?โ Hati Cheng Yi menjerit.
โKau teruskan siastan. Make sure, jangan tertinggal apa-apa bukti walau kecil. Anything, just let me know..โ Cheng Yi berkata sebelum menamatkan panggil tersebut. Dia terus mencabut earphonenya, dan terus fokus memandu.
โAbang betul-betul harap, bukan kau yang ada dalam video tu..โ hatinya terus berdoa.
........
Setelah hampir 20 minit memandu, Cheng Yi akhirnya tiba di tempat tujuannya. Dia memakirkan kereta agak jauh dari banglo mewah yang menjadi tempat tujuannya.
Dalam hatinya berkira-kira samada hendak meneruskan tujuannya atau pun berpatah balik.
โKalau aku patah balik, aku tak tahu betul atau tak, dia dalam video tu..โ Cheng Yi berkata di dalam hati.
โAduh, kusut betullah!โ
Akhirnya, dengan tekad yang kuat untuk mengetahui kebenaran, Cheng Yi melangkah keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah pagar banglo mewah tersebut. Langkahnya diiringi dengan jantung yang berdegup kencang dan peluh yang mula membasahi telapak tangannya.
Sambil memegang dadanya, dia berkata di dalam hati, โTakda apa. Tinjau sikit je. Kalau takda, terus balik. Takda apa - Takda apa nak risau.โ
Cheng Yi meninjau-ninjau ke arah parkir banglo tersebut dari arah luar pagar, berharap agar empunya banglo mewah itu, tidak berada di rumah.
โMas Ayie?โ penggilan tersebut mengejutkan Cheng Yi yang sedang asyik meninjau-ninjau itu.
โNgapain berdiri di situ? Mari masuk, mas. Udah lama enggak ketemu sama mas..โ Wak Pardi, pengawal banglo tersebut menyapa Cheng Yi dengan longhat Indonesianya yang masih pekat seperti dahulu.
โWak Pardi. Lama juga tak jumpa Wak. Takpa Wak, saya kat sini jeโฆโ Cheng Yi menolak ajakan Wak Pardi itu, enggan melangkah masuk ke dalam banglo mewah itu tatkala matanya menangkap kereta mewah milik empunya banglo tersebut terparkir di garaj kereta.
โWak, Jungkook ada tak ya? Boleh panggil dia sekejap?โ
Cheng Yi memandang jam di tangannya yang menunjukkan pukul 7.30 malam.
โKenapa aku boleh lupa tengok masa. Mestilah time-time macam ni, semua ada.โ Cheng Yi mengutuk dirinya, menyedari yang dia datang di waktu yang tidak tepat.
โTuan Jungkook ada mas. Tapi dianya enggak sihat. Pulang-pulang semalam, terus pingsan disini. Wak takut lah mau manggil dia, mas. Soalnya Tuan lagi di dalam. Mukanya kelihatan serem banget sedari pulang dari kantor tadi, mas.โ Wak Pardi menjawab dengan memek muka yang ketakutan untuk memanggil Jungkook keluar.
โApa? Tak sihat? Tak bawa Jungkook ke hospital ke, Wak?โ Cheng Yi bertanya, cemas mendengar Jungkook yang tidak sihat itu.
โTuan Jungkook enggan, mas. Nyonya udah berkali-kali maksa, tapi Tuan Jungkook nya masih enggan. Ngak taulah Wak kenapa..โ Wak Pardi menjawab dengan wajah kesal mengenangkan perangai anak majikannya itu.
โMacam tu, takpa lah, Wak. Lain kali je saya cari Jungkook. Terima kasih banyak Wak. Saya balik dulu. Assalamualaikum..โ setelah memberi salam, Cheng Yi terus melangkah untuk pergi.
Banglo mewah yang dikunjungi Cheng Yi