"Amar, ko tau kan aku kena dende tadi" Zaril terus ke topik utama setelah mereka memesan minuman di cafe tempat biasa mereka melepak, menghabiskan masa.
"Tau. Fendi beritahu. Sorrylah, aku malas pulak nak pergi sekolah hari ni. So, tak dapat tolong ko..." Amar berkata selamba tanpa rasa bersalah ponteng sekolah.
"Ko tau, nape aku kena denda?"
"Bergaduh. Biase lah tu..."
"Oppss! Hari ni luar biasa skit. Aku bergaduh dengan budak Looser tu.." Zaril terus bermuka bengang bila mengingati kejadian tersebut.
"Budak Looser? Amir? Ko serius? Sejak bila dia pandai melawan dan bergaduh?" Hampir terkeluar biji mata Amar mendengar kata-kata kawannya itu.
"Tu yang buat aku bengang ni. Sejak bila dia pandai melawan aku cakap gaknya..." kata-kata Zaril terhenti apabila air yang mereka pesan sampai. Amar terus meneguk fresh orennya.
"So, ko nak buat ape sekarang?" Amar berkata sebaik selesai membasahkan tekaknya.
"Ish ko ni. Lagi mau tanya. Balas dendamlah. Kecik je aku tengok dia tadi..." Zaril turut meneguk air yang dipesannya. Walaupun air tersebut sejuk, tetapi tidak dapat menyejukkan hatinya yang sedang panas membara.
"So, ape plan?" Amar inginkan pengesahan. Dalam kepalanya telah berlegar-legar rancangan nak mengenakan Amir Firas.
"Sebab tu la aku cari ko. Plan ko selalunya meletop..."
"Ade. Tapi bahaya skit..."
"Aku tak kisah. Janji dendam aku terbalas. Aku memang cukup meluat tengok muka dia dah..."
"Ok. Camni...." dan Zaril terus tekun mendengar rancangan Amar. Sekejap berkerut, sekejap tersenyum.
"Ish! Boleh ke kita buat camtu?" Zaril bertanya ragu-ragu.
"Kalau ko takot, tak payah buatlah.." Amar berkata selamba.
"Ok. Ok. Set..." Zaril menghabiskan minumannya lantas meletakkan rm50 di atas meja terus berlalu bersama Amar. Memang kehidupannya begitu. Walau baru menginjak umur 15 tahun, tapi perangai berlagak mengalahkan orang ada projek juta-juta. Disebabkan dia seorang anak lelaki dalam keluarga, mama dan papanya terlalu manjakannya. Segala apa yanb diminta semuanya dapat, tak pernah dibantah. Kerana itulah perangai Zaril begitu. Baginya semua orang perlu ikut arahannya tanpa sebarang bantahan. Dan dia sanggup melakukan apa saja asalkan kemahuannya tercapai walaupun dengan cara kasar.
Monday, 29 June 2015
TERINDAH BUATMU 4
Imbas Kembali -2006
Zaril Hakimi berjalan sambil
kedua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar sekolahnya. Cara berjalan yang
cukup angkuh membuatkan hampir kesemua mata tertumpu kepadanya. Ditambah pula
beberapa ‘kawan baiknya’ yang berjalan di belakangnya seakan mengiringinya
membuatkan dia merasa dirinya sangat hebat. Tiada siapa yang boleh melawan
kehebatannya di sekolah ini.
Tiba-tiba langkahnya terhenti.
Hampir tersembul biji matanya melihat Amir Firas duduk makan bersama beberapa
kawannya di kantin sekolah itu. Lantas langkahnya diatur menuju kearah Firas.
Tanpa berbasa-basi kepala Firas ditonjolnya kedepan membuatkan muka Firas
hampir sahaja mencium kuah mi kari di dalam mangkuk di hadapannya itu.
“Woi,
kan aku dah warning ko. Aku tak nak
tengok muka ko depan mata aku. Ko blah skarang!” Zaril terus menyemburkan
kata-katanya sambil menaikkan kaki kanannya ke atas kerusi betul-betul di
sebelah Firas. Firas hanya memandang Zaril seketika sebelum menyambung makan
semula tanpa memperdulikan kehadiran Zaril di sebelahnya itu. Perbuatan Firas
membuatkan hati Zaril menjadi panas.
“Ko
ni pekak ke ape? Dah tak dengar aku cakap lagi?” sekali lagi Zaril menonjol
kepala Firas namun kali ini Firas sempat menahan supaya mukanya tidak mencium
kuah mi kari di hadapanya. Firas tetap meneruskan makan tanpa memperdulikan
kehadiran Zaril di sebelahnya. Muka Zaril sudah merah menahan marah. Dia cukup
pantang kalau orang ‘buat bodoh’ je apabila dia bercakap.
Tanpa sebarang amaran, mangkuk mi
kari Firas diterbalikkan membuatkan Firas spontan berdiri bagi mengelak dari
terkena tumpahan kuah mi kari tersebut.
“Ko
apehal? Aku takde kacau hidup ko pon kan!” Firas sedikit menjerit menahan
geram. Sudahlah duit poket dia tak banyak hari ni. Baru nak isi perut yang
lapar dah ada hantu yang kacau pulak. Memang lapar penumbuk dia gaknye.
“Aku
dah kata, aku taknak tengok muka ko depan mata aku kan? Yang ko duduk kat sini
juga buat apa?” Zaril berkata sambil menunjukkan jari telunjuknya ke muka Firas
tanda amaran. Kawan-kawan Zaril yang berdiri di belakangnya sudah
mengepal-ngepal penumbuk.
“Ape
hak ko? Sukati akulah mane aku nak duduk. Ko ingat ni sekolah bapak ko punya?”
Firas betul-betul hilang sabar. Merah mukanya menahan marah yang teramat. Kalau
sebelum ini dia boleh bersabar dengan perangai Zaril yang sering membulinya,
namun kali ini sabarnya sudah sampai ke puncaknya. Kawan-kawannya sudah bangun
untuk menenangkan dirinya yang sedang menyinga itu. Keadaan di kantin yang
hingar-bingar ketika itu tidak dihiraukan.
“Ko
memang betul-betul cari nahas dengan aku kan…”
“Ko
nak belasah aku? Belasah lah. Ko ingat aku takut ngan ko…”
Buk!!
Penumbuk sulung Zaril singgah di muka Firas sebelum sempat Firas menghabiskan
ayatnya. Firas segera merentap tangannya dari pegangan kawan-kawannya dan
dengan pantas turut menghadiahkan tumbukan balas kepada Zaril.
Zaril mengesat sedikit darah yang
mengalir di tepi bibirnya akibat tumbukan Firas itu. Dia tersenyum mengejek
sambil merenung kea rah Firas.
“Ko
betul-betul cabar aku ya sial….” kakinya pantas dihayunkan tepat mengenai perut
Firas, membuatkan Firas terundur ke belakang sedikit akibat tendangan yang
tidak dijangka itu. Dia tertunduk sedikit sambil memegang perutnya menahan
senak. Dengan perasaan yang membara Firas lantas menerkam kearah Zaril sehingga
membuatkan Zaril terjatuh ke lantai lalu mencengkam kolar bajunya dan terus
menumbuknya lagi.
"Woi! Ape
korang buat tu ha?" Tiba-tiba Cikgu Sulaiman muncul dengan rotan
ditangannya. Siapa yang tidak kenal Cikgu Sulaiman, cikgu displin yang garang
lagi menyeramkan.
Firas yang ketika itu sedang
bersedia menghayunkan penumbuk seterusnya ke muka Zaril terhenti. Dia yang
sedang duduk di atas Zaril yang telah terbaring di atas lantai segera bangun
dengan muka yang bengang.
"Bangun..."
Cikgu Sulaiman memaksudkan arahan tersebut kepada Zaril yang masih lagi
terbaring.
"Kau, kau..
ikot saya ke pejabat sekarang!" Cikgu Sulaiman menunjukkan rotannya kepada
Zaril dan Firas.
Zaril mengetap bibirnya geram.
Celaka betul! Tak pasal-pasal dia kena menghadap Cikgu Sulaiman.
Firas meruap mukanya penuh kesal.
Dia kesal sebab tak dapat menahan barannya. Dia kesal sebab terlalu mengikut
sangat kemarahannya.
XXXX
Zaril mengepal
penumbuknya. Kalau Firas depan matanya sudah dilunyai-lunyaikan muka dia
sekarang. Hatinya cukup panas dengan Firas. Tak pasal-pasal dia dirotan dan
didenda oleh Cikgu Sulaiman.
'Nie semua sebab
ko Amir. Aku akan pastikan ko dapat balasan yang secukupnya...' meja di
hadapannya ditumbuk bagi melepaskan kegeramannya. Dia sendiri tak tahu kenapa
dia menjadi terlalu berdendam dengan Firas. Yang dia tahu, dia tak suka bila
Firas kelihatan lebih hebat dari dia dimata para gadis. Dia nak, hanya dia saja
yang menjadi jejaka idaman di sekolahnya itu. Dia mahu, hanya dia yang
kelihatan macho di mata para gadis. Sebab tu dengan sengajanya dia suka membuli
Firas. Dia mahu Firas kelitahan lembik dan lemah di mata para gadis.
Kadang-kadang dengan sengaja dia
sadungkan kaki Firas apabila Firas sedang berjalan. Pernah ditarik kerusi Firas
ketika Firas hendak duduk membuatkan Firas jatuh terduduk di lantai. Dia juga
selalu paksa Firas siapkan semua kerja sekolah dia. Diugut Firas dengan
bermacam-macam ugutan.
Namun Firas sedikit pon tidak
melawan selama ini. Dia pun pelik. Sudah macam-macam dia buat pada Firas sampai
dia menggelarkan Firas Looser, namun gadis-gadis di sekolahnya tetap memandang
Firas bukan dirinya. Naik berbulu dia dengar orang gelarkan Firas Jejaka Idaman
Malaya. Ya, dia memang kaki perempuan. Kalau boleh semua perempuan yang berdahi
licin dia nak sapu. Yang membuatkan dia bertambah bengang dengan Firas sebab
satu-satunya gadis paling cun di dalam kelasnya suka pada Firas. Ya, Farah suka
pada Firas. Walau Farah tak nyatakannya, tapi dia tahu. Melalui pandangannya,
perbuatannya, semua menunjukkan yang dia suka kepada Firas. Itu yang membuatkan
dia bertambah berdendam dengan Firas. Kalau boleh dia tak nak Firas muncul di
depan Farah dan dirinya.
Dia pon terkejut apabila Firas
melawan dia tadi. Dia tak sangka Firas seberani itu. Namun perkara itu yang
membuatkan dia bertambah marah kepada Firas. Dia akan pastikan dendamnya
terbalas. Stretegi pantas disusun untuk membalas dendam. Dia akan pastikan
Firas menyesal atas tindakannya.
Telefonya diangkat dan lantas dia
mendail nombor rakan baiknya yang selalu membantunya dan mempunyai banyak idea
gila.
"Hello
Amar... ko kena tolong aku kali ni..." tanpa berbasa-basi Zaril terus
menyatakan tujuannya sebaik terdengar suara Amar.
"Weh, rilex
lah.. tak bagi salam terus serbu je ni... kes berat da ni.." Amar sedikit
tergelak di hujung talian.
"Aku serius
ni wei.. memang penting sangat ni. Ko kene tolong aku..." Zaril terus
mendesak.
"Ok..ok..
let be serius.. so, ko nak suruh aku buat ape ni?"
"Kita
jumpa. Tempat biase. Ok?"
"Oklah.
Bagi aku sejam. Chow.." Amar terus meletak telefon lantas segera bersiap.
Telatah kawan baiknya itu perlu dilayan. Kalau tak sia-sia dia tak dapat
'payung' nanti. Maklumlah, Zaril tu anak Dato', banyak duit.
TERINDAH BUATMU 3
2015
Universiti Teknologi MARA Malaysia, Shah Alam
Suasana di
Fakulti Senibina hingar-bingar. Para ibu bapa berpusu-pusu menghantar anak
mereka untuk mendaftar di Fakulti tersebut. Rata-rata mereka adalah remaja yang
pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading. Ada ibu bapa yang menangis
mungkin terharu anak mereka berjaya menjejakkan kaki ke menara gading atau
mungkin sedih untuk berpisah dengan anak mereka.
Firas duduk di
satu sudut sambil memerhatikan telatah para ibu bapa itu. Adiknya Jue, sedang
menguruskan hal-hal yang berkaitan pendaftarannya, meninggalkan dia keseorangan
di situ.
“Amir Firas! Kau
Amir Firas kan?” Pemuda di hadapannya menegurnya tiba-tiba. Dia mengecilkan
anak matanya sambil mengingat siapa gerangan pemuda Chinese look tersebut.
“Za..
Zaril Hakimi Dato’ Arshad! Yes! U’re Zaril Hakimi, right?” perlahan ingatannya terhadap wajah pemuda tersebut
menjengah.
“Adoi!!
Dah berapa kali cakap, tak payah nak Dato’-Dato’ bagai.” Zaril tersenyum lantas
bersalam dan memeluk sahabat yang telah tujuh tahun tidak ditemui itu.
“Zaril,
lama gila tak jumpa kau. Bukan main handsome
lagi sekarang.” Firas sangat gembira bertemu sahabat baiknya di sekolah suatu
ketika dahulu.
“Aku
biasa-biasa je, Mir. Still tak dapat challenge kau. Kau kan jejaka idaman
Malaya kat sekolah dulu.” Zaril berkata sambil ketawa. “Eh, jomlah kita duduk
kat café. Boleh borak-borak panjang.” Zaril terus memaut bahu Firas mengajaknya
ke café berdekatan.
Firas hanya
mengikut langkah Zaril sambil tersenyum lebar. Sungguh dia tak sangka akan
jumpa sahabatnya di sini, di Universiti tempat adiknya belajar.
“Well, kau buat apa kat sini? Tak habis study lagi ke?” Zaril memulakan
perbualan setelah waiter yang
mengambil pesanan mereka berlalu.
“Banyaklah
kau punya study. Aku hantar adik aku.
Dia daftar masuk hari ni. Kau pulak? Buat apa sekarang? Study lagi ke?” Firas bertanya sambil menyandarkan badannya di
kerusi.
“Aku?
Aku kerja kat company papa aku lah.
Nak buat camna, dah aku lelaki tunggal dalam family. Papa aku lebih harapkan aku dari kakak-kakak aku. Lagipun
orang perempuan mana nak kerja kat tengah panas.” Zaril menjelaskan lanjut.
“Tengah
panas? Kau biar betul, Ril? Cerah je aku tengok kau ni. Takkan kerja tengah
panas kulit cerah kot?” Firas membuat muka pelik.
“Kau
ni.. takyah lah nak lurus sangat. Tak semestinya engineer kena duduk dekat tengah panas hari-hari kan..” Zaril terhenti tatkala pesanan mereka sampai.
“Wow!
Kawan aku dah jadi engineer. Tahniah
beb!” Firas menghulurkan tangan bersalam sebagai tanda tahniah kepada kawan
baiknya itu.
“Ala,
takda apa pun Mir. Aku amik engineering ni
pon sebab papa aku suruh. Yelah, siapa lagi nak sambung bussiness dia kalau bukan anak dia ni. Lagipun, kalau bukan sebab
kau tolong aku dulu, mesti sekarang aku bukan aku yang hari ini. Entah-entah
belajar pun tak abis lagi sebab asyik kena repeat
paper je.” Zaril menggeleng perlahan sambil tersenyum apabila teringat
kenakalannya dahulu.
“Chill lah beb. Semua orang boleh berubah
kot kalau dia nak. Dah tu ko buat apa kat sini? Takkan sambung belajar lagi?”
Firas terus mengalihkan perbualan mereka.
“Kau
ingat adik kau seorang je yang daftar hari ni?” Zaril berkata sambil menyedut
air fresh orange dihadapannya.
“La..
Adik kau pun masuk sini? Course ape? Architecture juga ke?” Firas turut menyedut
air teh o ais yang dipesannnya.
“Yelah,
takkan dekat Fakulti sini ada course law
pulak. Kau ni pun..” Zaril tertawa.
“Ye
tak ye jugak kan…” Firas turut tertawa. Yang sebenarnya dia sendiri tidak tahu
perkara tersebut. Dia hanya mengikut arahan pendaftaran sahaja tadi.
“So, kau pula buat apa sekarang?”
pertanyaan Zaril membuat muka Firas sedikit berubah.
“Aku
kerja kampung je.” Zaril terkejut mendengar jawapan Firas.
“Kau
biar betul Mir. Bukan kau dapat straight
A ke SPM dulu? Takkan kau tak sambung mana-mana?” Zaril seakan tidak percaya
dengan jawapan Firas tadi.
“Kau
bukan tak tahu apa jadi kat aku masa nak dekat SPM dulu. Takkan aku nak biarkan
adik aku camtu je…” kalau boleh Firas tak mahu bercerita lanjut tentang dirinya
lagi.
“Kagum
aku dengan kau Mir. Sanggup korbankan cita-cita kau demi adik kau. Kau memang
dari dulu macam ni ek.” Zaril menyatakan rasa kagumnya terhadap Amir Firas.
“Kau
la. Suka buli aku dulu kan…” Firas tertawa tatkala mengingati kenangan mereka
ketika zaman persekolahan dahulu.
Sunday, 28 June 2015
TERINDAH BUATMU 2
2008
Bandar Maharani, Muar.
Firas begitu
gembira. Hari ini dia dibenarkan pulang bermalam dirumah untuk meminta restu
ibu dan ayah lantaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan bermula
lebih kurang dua minggu lagi. Bersungguh-sungguh dia memujuk ibu dan ayahnya
untuk menjemputnya di asrama walaupun kebiasaannya dia akan balik menaiki bas
sahaja dan yang paling membuatnya teruja apabila ibunya menyatakan persetujuan
untuk menjemputnya pada hari itu.
“Firas, nanti
bila ibu ngan ayah dah tiada, kami harap Firas dapat jaga Jue baik-baik ya. Jue
tu satu-satunya adik Firas. Dia tiada siapa-siapa lagi selain Firas.” tiba-tiba
ibu berkata sebaik mereka memulakan perjalanan.
“Kenapa
ibu cakap macam tu? Ibu dengan ayah nak pergi mana?” jantungnya berdegup
kencang tatkala mendengar kata-kata itu.
“Ibu
cuma mengingatkan Firas. Yelah, Firas kan dah besar. Firas kena belajar
bertanggungjwab. Jangan ambil mudah semua perkara.” Puan Azura terus menerus
mengingatkan satu-satunya anak lelaki yang dia miliki.
“Firas
kena sentiasa menjaga dan mendidik Jue. Jangan pernah sekali tinggalkan atau
biarkan Jue keseorangan.” Encik Azrul pula menyambung sambil memfokuskan kepada
pemanduannya.
“Insya-ALLAH
ayah, ibu. Firas akan ingat pesanan ayah dan ibu. Lagipun dalam dunia nie,
orang yang paaaaling Firas sayang adalah ibu, ayah dan Jue.” Firas membalas
dengan senyuman.
“Ha,
macam tulah anak ayah. So, how’s your
preparation? Dah ready nak masuk
medan peperangan? Ke senjata belum siap lagi?” ayahnya bertanya, sengaja
mengalihkan topic perbualan.
“Apalah
ayah ni. Lagi dua minggukan. Takkanlah tak siap senjata lagi. Sekarang dah masuk
fasa checking je lah ayah..” Firas
tersengih menjawab.
“Ingat
Firas, belajar sungguh-sungguh. Hanya ilmu saja yang mampu membela nasib Firas
kelak. Kita ni, kalau tak berilmu, pergi mana-mana pun susah. Nanti bila Firas
dah berjaya, jangan lupakan orang-orang yang sentiasa mendorong kepada kejayaan
Firas tau.” Ibunya pula mencelah. Firas hanya tersengih faham. Sesungguhnya dia
amat bersyukur dikurniakan ibu bapa yang mengambil berat dan sangat menyayangi
dirinya.
“Nanti
bila ibu ayah tiada, Firas pastikan Jue dapat pelajaran secukupnya. Jangan
biarkan Jue hanyut dengan dunia yang sementara ni. Dia masih mentah lagi. Banyak
lagi yang dia perlu belajar.” Ibunya menyambung lagi. Berkerut dahi Firas
mendengar kata-kata ibunya itu.
“Ibu
nie, asyik cakap macam tu je. Ibu jangan risau. Firas janji, Firas akan jaga
Jue macam Firas jaga nyawa Firas sendiri. Firas takkan sia-siakan dia.” Firas berkata
sambil mengangkat tangannya seolah berikrar. Puan Azura tersenyum sambil
menggeleng-geleng perlahan melihat telatah anak bujangnya itu.
“Eh, kenapa Jue
tak ikot skali ibu?” Firas terus mengalihkan topik. Dia tidak mahu ibunya terus
menerus mengeluarkan kata-kata yang membuatkan jantungnya berdegup kencang bagai
nak tercabut.
“La..
Anak ibu ni dah lupa ke? Kan Jue sekolah. ManA sempat kalau tunggu dia balik
sekolah. Ibu dah pesan dia supaya balik naik bas hari ni.” Ibunya berkata
sambil memandang ke arahnya di belakang.
“Naik
bas? Tahu ke dia? Biasakan ibu yang ambil dia di sekolah.” Firas bertanya
dengan muka yang berkerut, pelik.
Memang adik dia
yang sorang itu sangat manja. Walaupun sudah berada di tingkatan satu namun
masih tidak tahu naik bas ke sekolah. Nasib baik sekolahnya tidak jauh dari
rumah. Jadi, tak perlulah ibu memandu kereta jauh-jauh. Lagipun ibu sebenarnya tidak
berani untuk memandu jauh. Sebab tu hari ni ayah mengambil cuti semata-mata
ingin menemani ibu mengambilnya di sekolah. Dia ditawarkan masuk ke sekolah
berasrama penuh di muar selepas berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang lalu.
“Puas
juga ibu pujuk dia. Sampai pesan kat Farah minta tolong teman adik kamu tu.”
ibu menerangkan. Farah adalah jiran mereka yang bersekolah sama dengan Jue juga
bakal menduduki SPM tahun ini.
“Ibu,
ayah.. maaf, Firas dah susahkan ibu dan ayah.” Tiba-tiba dia rasa bersalah
kerana mendesak ibu dan ayahnya menjemput dia di sekolah.
“Ala..
takda apalah Firas. Firaskan anak ayah dan ibu juga. Yang penting, Firas
belajar sungguh-sungguh. Buktikan pada ayah dan ibu yang Firas boleh berjaya, ya?”
Ayah berkata setelah lama menjadi pendengar setia lantaran perlu menfokuskan
kepada pemanduannya.
“Insya-ALLAH
ayah. Firas akan buktikan. Firas janji” Firas mengangkat tangan, berjanji
dengan ayahnya dengan senyuman riang. Encik Azrul hanya tersenyum sambil
menggeleng perlahan dengan telatah anak bujangnya itu.
Firas
kemudiannya menyandarkan badannya. Terasa keletihan setelah semalaman dia tak
dapat tidur kerana terlalu excited
nak balik rumah. Sudah sebulan dia tidak pulang ke rumah kerana jadual waktu
yang terlalu padat dengan kelas-kelas tambahan dan study group.
Perjalanan
diteruskan ditemani bunyi radio yang memutarkan lagu-lagu yang jiwang. Ibunya
berbual kosong dengan ayahnya bagi mengelakkan ayahnya mengantuk semasa
memandu. Ibunya memang agak paranoid
dengan perjalanan yang jauh. Takut ayah mengantuklah, letihlah, yang menjadikan
ayah tak fokus memandu.
Firas hanya
mendiamkan diri melayani perasaan sambil pandangannya dihalakan keluar tingkap
melihat permandangan yang telah hampir sebulan tidak dilihatnya. Hujan yang
turun sejak di sekolahnya lagi tadi membuatkan dia berasa mengantuk. Beberapa
kali dia menguap hingga akhirnya dia terlelap.
Tiba di satu
simpang, ibunya tiba-tiba menjerit hingga mengejutkan lenanya. Dengan segera
dia nampak ayah memutarkan stereng kereta ke kanan sambil menekan brek dengan
kuat bagi mengelak sebuah van yang keluar simpang dengan tiba-tiba. Namun
tindakan agak terlewat ditambah pula dengan keadaan jalan yang licin hingga
menyebabkan kereta ayahnya berlanggar dengan van tersebut lalu berpusing dan
menuju ke arah bertentangan. Kereta dari arah bertentangan tidak sempat menekan
brek dan terus melanggar kereta mereka. Pelanggaran yang kuat itu telah
menyebabkan dia tercampak keluar dan terhantuk kuat di paip air besar yang
terdapat disitu lantaran tidak memakai tali keledar di bahagian belakang.
Pandangannya berpinar. Dia nampak kaca berterbangan dihadapannya dan segalanya
terus gelap.
xxxxxxxx
2014
Tanjung Dahan, Melaka.
Firas tersentak
lantas segera membuka matanya. Namun semuanya nampak kabur. Dia menutup matanya
kembali sambil memicit dahinya dan kemudian membuka semula matanya.
Pandangannya masih lagi kabur lantas dia mencapai cermin matanya lalu segera
dipakai.
‘Mimpi
tersebut datang lagi..’ hatinya berbisik. Dia akui, sejak kejadian malang
tersebut, setiap kali adiknya berasa sakit hati dengan tindakannya, mimpi
tersebut pasti menjengah tidurnya tidak kira siang atau malam walaupun telah hampir
tujuh tahun berlalu. Hatinya terus dihambat rasa bersalah lantaran merasakan
amanat arwah ibu bapanya tidak tertunai. Dalam diam hatinya merintih sedih.
‘Ibu,
ayah.. Maafkan Firas. Firas tak tahu nak buat macam mana lagi. Firas gagal
tunaikan janji Firas. Maafkan Firas…’ dia menundukkan mukanya sambil menguak
rambutnya ke belakang dengan penuh kesal.
Dia tak tahu
bagaimana mahu mendidik adiknya yang seorang itu lagi. Sejak ibu dan ayahnya
meninggalkan mereka, perangai adiknya mula berubah. Dirinya sebagai abang sudah
tidak dihormati langsung. Segala nasihat dan kata-katanya, semua tidak mahu
didengari adiknya itu. Dia tahu, Jue menyalahkan dia sepenuhnya diatas apa yang
terjadi kepada ibu dan ayah mereka.
“Kalau kau tak ngada-ngada paksa ibu jemput
kau, mesti dorang tak excident. Nie semua sebab kau. Kau pembunuh!!!”
Masih terngiang-ngiang
jeritan adiknya tatkala dia pulang selepas hampir dua minggu terlantar di
hospital. Hatinya dipagut rasa kesal dan bersalah. Dia tahu, dia yang
beriya-iya memaksa ibu menjemput dia di sekolah untuk pulang bermalam di rumah.
Dia sendiri
menerima kesan akibat kemalangan tersebut. Seminggu dia terlantar tidak
sedarkan diri di hospital. Apabila dia sedar, pandangannya menjadi kabur dan
hasil pemeriksaan doktor mendapati saraf matanya telah cedera akibat kemalangan
tersebut. Doktor menasihatkannya untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi
mengelakkan sebarang masalah, namun dia hanya memilih untuk memakai cermin mata
sahaja.
Dia sangat sedih
apabila mengetahui ibu dan ayahnya telah pergi akibat kemalangan tersebut. Dia
bertambah sedih apabila tidak dapat menghadiri dan menyempurnakan majlis
pengebumian ibu dan ayahnya lantaran masih tidak sedarkan diri di hospital. Dan
yang paling dia terkilan hingga sekarang adalah dimana dia langsung tidak
berpeluang melihat dan mencium ibu dan ayahnya buat kali terakhir. Pemergian
mereka tidak mampu dihantar hingga ke akhirnya. Yang dia mampu hanyalah
menyedekahkan Al-Fatihah dan Surah Yasssin serta mendoakan kesejahteraan mereka
di sana.
Disebabkan
peperiksaan SPM telah bermula, dia terus pulang ke sekolahnya keesokkan harinya
setelah keluar dari hospital. Dia menduduki peperiksaan dengan perasaan galau
di hati. Adiknya langsung tidak mahu melihat mukanya dan menyalahkan dia sepenuhnya
diatas kejadian tersebut. Makcu yang menjaga mereka turut menyalahkan dirinya
atas kejadian tersebut.
Mengingati
makcunya membuatkan dia menjadi trauma. Wanita itu melayannya dengan sangat
teruk. Dia dipaksa melakukan semua kerja di dalam rumah selain mencari duit
untuk menyara kehidupan mereka. Kesilapan sedikit pun akan menyebabkan dia
dihajar secukupnya oleh wanita itu.
Makcunya begitu
membenci dirinya dan menuduhnya sebagai pembunuh kakak wanita itu iaitu ibunya.
Dia bertahan dengan makcunya itu hanya kerana adiknya saja. Kalau tidak kerana
adiknya, sudah lama dia membawa diri jauh dari semua keserabutan ini.
“Ya
ALLAH! KAU yang maha mengetahui segalanya. Aku ini hanya hambu-MU yang lemah
dan tidak berdaya…” hatinya merintih untuk kesekian kalinya.
Friday, 12 June 2015
TERINDAH BUATMU 1
2014
Tanjung Dahan, Melaka
“MOHD AMIR FIRAS!! How
dare you!!!!” sekuat hatinya dia menjerit berharap agar jeritan itu
didengar oleh empunya badan. Bantal-bantal diatas katil semua dibaling ke
lantai bagi melepaskan amarahnya. Air matanya terus mengalir laju membasahi
pipi. Badannya kemudian disandarkan di kepala katil apabila dia sedar
perbuatannya itu tidak memberi kesan kepada empunya badan. Gambar ibu dan
ayahnya yang diletakkan di atas meja berhampiran katilnya, dicapai.
‘Kalau ibu dan ayah ada, mesti nasib adik
tak macam ni. Kenapa ibu ayah tinggalkan adik keseorang?’ hatinya terus
merintih sambil memeluk gambar kesayangannya itu. Tangisnya masih tidak
berhenti mengenangkan apa yang telah terjadi sebentar tadi.
Dia sedang
seronok ketawa riang dan bergembira bersama kawan-kawannya apabila abangnya,
Mohd Amir Firas, muncul tiba-tiba dan tanpa sebarang kata terus menariknya
balik ke rumah. Hatinya cukup sakit apabila dia dipaksa balik tanpa sebarang
alasan munasabah. Dia benci perbuatan abangnya memperlakukannya begitu seolah
dia anak patung yang boleh diheret sesuka hati. Baginya abangnya terlalu
mengongkong kehidupannya tanpa memberi dia ruang untuk bergembira dan bebas
bersama kawan-kawannya.
Baginya itu
adalah perkara biasa untuk remaja sepertinya yang mecari kebebasan dan
ketenangan diluar. Lagipun, dia sekadar duduk lepak-lepak di pondok depan balai
raya bersama kawan-kawannya dan bukannya dia hisap dadah atau melakukan aktiviti
tidak bermoral sehingga boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan.
Lagipun, duduk rumah adalah perkara yang paling membosankan bagi dirinya
memandangkan tiada satu kerja pun yang dia tahu buat selain makan dan tidur.
‘Tok! Tok! Tok!’
bergema ketukan dipintunya. Lamunanya terhenti lalu segera diseka air matanya
yang masih mengalir deras dipipi.
“Jue,
buka pintu ni sayang. Abang nak cakap sikit ni..” kedengaran suara abangnya
dari luar. Dia hanya membatukan diri tanpa bercadang untuk membuka pintu
tersebut.
“Jue,
abang minta maaf, ya sayang. Abang tahu abang salah. Abang cuma nak jaga Jue
je. Abang taknak Jue terus terpengaruh dengan budak-budak tak senonoh tu.” abangnya
terus berkata apabila tidak mendapat sebarang tindak balas dari dalam bilik
tersebut.
Hatinya
bertambah panas mendengar kata-kata Firas itu. Sampai hati abangnya
menggelarkan kawan-kawannya itu tidak senonoh. Abangnya bercakap seolah hanya
abangnya itu yang terbaik dan orang lain semua jahat.
‘Jantan tak sedar diri! Dia ingat dia baik
sangat!’ amarahnya dihemburkan di dalam hatinya sahaja tanpa diluahkan.
Air matanya
kemarahan dan kesedihan bercampur-baur dan terus mengalir tanpa mahu berhenti
walau berkali dia menyekanya. Dia tetap dengan keputusannya tidak mahu membuka
pintu biliknya itu. Dia tak suka abangnya melihat mukanya yang sembab dengan
matanya yang merah dipenuhi air mata.
“Takpelah
kalau Jue taknak maafkan abang. Abang faham..” Firas akhirnya belalu apabila
tidak mendapat sebarang balasan dari adik kesayangannya itu.
Setelah dia
pasti abangnya telah berlalu pergi, dia menyembamkan mukanya diatas bantal.
Gambar ibu dan ayahnya tetap tidak dilepaskan. Dia terlalu rindukan ayah dan
ibunya yang telah meninggalkan dia terkapai-kapai mencari arah tatkala umurnya
mash setahun jagung. Dan dia bencikan abangnya yang menyebabkan segalanya
terjadi.
‘Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau!
Kau punca segalanya, Firas!’ tekadnya yang tidak pernah dilupakan sejak
dari hari pengebumian kedua ibu ayahnya itu.
Firas akhirnya
akur yang adiknya masih marah apabila dia memperlakukan adiknya sedemikian rupa.
Dia bukannya marah adiknya berkawan malah dia faham, remaja seperti adiknya itu
amat gemar mencari kebebasan serta meneroka dunia yang baru. Dia juga pernah
merasainya walau sebentar cuma.
Namun yang menjadi
masalah adalah apabila adiknya bercampur gaul dengan lelaki-lelaki kutu lepak
dan kutu rayau yang berperangai tidak senonoh. Bukan sekali dua dia dengar
adiknya bercampur dengan budak-budak tersebut dan bukan sekali dua juga dia menasihati
adiknya itu malah sudah berkali-kali namun sedikitpun tidak dihiraukan oleh
adiknya itu. Nasihatnya ibarat mencurahkan air kedaun keladi, langsung tiada
sebarang kesan.
Hari ni amarahnya
sudah sampai kekemuncak tanpa dapat dibendung lagi. Apabila malam telah kunjung
tiba, namun bayang adiknya masih tidak kelihatan terus dia keluar mencari adiknya
itu. Dia mendengus kasar apabila ternampak adiknya sedang berpeleseran dengan budak-budak
tak senonoh tu lagi tanpa menghiraukan hari yang telah merangkak malam. Tanpa
berbasa-basi terus dia menerjah ke tempat tersebut dan menarik adiknya pulang.
Ketika dia
sampai tadi, dia nampak budak-budak tersebut sedang mengusik Cik Timah Latah
yang kebetulan lalu disitu. Dan yang lebih menyakitkan matanya apabila ada dikalangan
mereka yang kelihatan ‘lalok’ seolah telah mengambil barang terlarang. Asap
rokok bekepul-kepul diudara dan Jue kelihatan selamba dengan situasi tersebut
tanpa rasa bersalah sedikitpun.
Dalam keadaan
yang membara, terus ditarik adiknya pulang ke rumah. Puas adiknya melawan namun
tidak diendahkan. Kawan-kawan adiknya yang kononnya ingin membantu adiknya
diberi amaran keras supaya jangan masuk campur.
Tiga budak
lelaki yang cuba berlagak hero, ingin menyerang dirinya kononnya mahu membela
Jue yang dipaksa itu. Namun, serangan mereka amat mudah ditangkis olehnya. Tak
sampai lima minit mamat tiga ekor tu dah mencium tanah. Adiknya tidak mampu
melakukan apa-apa selain akur mengikut dia balik ke rumah. Sampai di rumah
terus adiknya itu menghempaskan pintu
bilik dan menjerit sekuat hatinya. Dia tahu adiknya terlalu marah akannya,
namun dia bertanggungjawab untuk menjaga adiknya yang sorang itu.
“Ha,
apa kau dah buat pada adik kau tu sampai dia meroyan macam tu?” Salbiah, makcu
yang bertanggungjawab menjaga mereka, terus menyergah saat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
“Takda
apa-apa makcu. Firas cuma suruh dia balik rumah je.” dia menjawab perlahan.
“Kau
ni memang tak boleh tengok budak tu senang sikit kan? Ada je yang kau tak puas
hati dengan dia. Dasar budak tak geti diuntung!” makcunya terus menyalahkan
dirinya.
Dia sudah
menjangka semua itu akan berlaku kerana dari hari pertama dia melangkah ke
rumah ini lagi makcunya memang tidak sukakan dirinya. Terang-terangan makcunya
berkata yang dialah segala punca masalah yang terjadi ini dan dia perlu
bertanggungjawab ke atas segalanya.
“Maaflah
makcu. Saya cuma nak jaga adik saya je. Saya tak mahu dia terus jauh terpesong.”
Firas menjawab seraya ingin berlalu. Tiba-tiba dia terasa telinga ditarik kuat.
“Kau
jangan nak berlagak malaikat kat sini eh. Ko sedar tak kau tu menumpang je kat
sini? Kalau aku tak kutip kau, mati kebulur dah agaknya.” makcunya terus menarik
telinganya tanpa belas kasihan.
“Sakit makcu…” dia sedikit merayu
minta diilepaskan.
“Tahu
pun sakit. Kaupergi pujuk adik kau sekarang. Aku dengar adik kau menjerit-jerit
lagi, kau siap! Memang nahas aku kerjakan nanti!” makcunya melepaskan
telinganya lantas menampar pipinya.
Berpinar sekejap
pandangannya akibat tamparan tersebut. Langkahnya diatur menuju ke bilik
adiknya untuk memujuk sambil menggosok-gosok telinganya yang merah ditarik oleh
makcunya tadi. Sungguh, kalau makcunya tak marahkannya, dia tetap akan memujuk
adiknya itu. Dia memegang amanat terakhir arwah ibu bapanya agar menjaga
Juliana Nabilla dengan baik.
Saturday, 6 June 2015
TERINDAH BUATMU (TREASER)
WATAK-WATAK
MOHD AMIR FIRAS MOHD AZRUL
JULIANA
NABILLA MOHD AZRUL
MOHD ZARIL HAKIMI DATO’
ARSHAD
TERINDAH BUATMU
Mohd Amir Firas, lelaki biasa
yang sentiasa berusaha yang terbaik untuk keluarganya. Kehilangan kedua ibu
bapanya membuatkan dia berkorban segalanya demi memenuhi impian adiknya,
Juliana Nabilla, walaupun tidak dihargai langsung oleh adiknya itu lantaran
tidak dapat menerima kehilangan kedua ibu bapa mereka. Ibu saudara yang sepatutnya
bertanggungjawab menjaga mereka turut bersikap lepas tangan membuatkan Firas merasa
dugaan yang ditanggungnya amat berat. Namun demi janjinya kepada kedua ibu dan
ayahnya, dicekalkan juga hatinya walau pelbagai hinaan dan tohmahan dilemparkan
kepada dirinya.
Indah Harlina, anak majikannya
yang dikenali secara tidak sengaja tatkala menyelamatkan gadis itu dari
diganggu oleh sekumpulan samseng. Kehandalan Firas dalam seni mempertahankan
diri serta raut wajah yang kacak telah memikat hati Indah Harlina. Pelbagai cara
dilakukan Indah bagi memenangi hati Firas. Bagi Firas, kehadiran Indah Harlina
di dalam hidupnya membuatkan awan-awan mendung yang sentiasa menyelubunginya perlahan
berarak pergi.
“…. Awak kenal Tony Jaa?”-Amir Firas
“Tony Jaa? Ong bak? Mestilah kenal. Kenapa? Itu idola awak ke?” –
Indah Harlina
“Saya kagum tengok cara dia berlawan. Dulu saya selalu tengok kat
youtube aksi-aksi dia.”
“Kira hebat jugaklah awak ni. Setakat belajar macam tu je pun,
boleh lawan lima orang terus, eh..”
“Ish, mana ada hebat. Saya buat-buat berani je. Takkan saya nak
tengok je kan orang buat jahat kat awak time tu. Tapi kalau yang berlima tu macam
Tony Jaa time tu, silap-silap masuk hospital dah saya..”
Pertemuan semula dengan Zaril
Hakimi, sahabat lamanya telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Insan yang
pada awalnya adalah musuh bertukar menjadi sahabat apabila dia telah bergadai
nyawa menyelamatkan Zaril daripada menjadi mangsa pengutip hutang yang menagih
hutang Amar, sahabat Zaril yang telah menikam Zaril dari belakang.
Zaril yang telah tertarik kepada
Juliana Nabilla , tanpa sengaja telah menyakiti hati gadis tersebut tanpa
menyedari bahawa Juliana Nabilla merupakan adik kepada Amir Firas, yang memang
pantang jika hati adiknya itu disakiti oleh sesiapa pun. Tanpa disedari,
Juliana dan Firas turut saling memendam perasaan tanpa dapat diungkaikan
lantaran ikatan persaudaraan antara mereka. Kemunculan semula Amar, ketua
kongsi gelap yang paling digeruni, dalam kehidupan mereka telah merubah
segalanya. Berjayakan Zaril memengangi hati Juliana? Apakah perasaan yang
bersarang di hati Firas berjaya diungkapkan? Bagaimanakah nasib mereka setelah
terjerat dengan ketua kongsi gelap yang paling digeruni?
Update! Update! Update!
Pergghhh!!! bukan main berhabuk bersawang-sawang lagi tempat ni...
Terlalu bz dengan kerja... (yeker??) sekarang baru nak update...yezza.. update!
actually dulu2 mase zaman sekolah, minat gilerrrr bidang penulisan.. tapi almaklumlah.. study bab bertentangan dengan penulisan.. so, berhabuk2 jugaklah bidang penulisan ni..
rase nak buat cerita tajuk nie je.. hahhahaha.. mudah-mudahan dapat sudahkan.. almaklumlah.. sekarang dah banyak sangat komitmen.. kene utamakan yang utama dulu...
oklah.. kene teruskan usaha nie..
Terlalu bz dengan kerja... (yeker??) sekarang baru nak update...yezza.. update!
ok.. nampak cam bz tak?? hahahhaha~~
actually dulu2 mase zaman sekolah, minat gilerrrr bidang penulisan.. tapi almaklumlah.. study bab bertentangan dengan penulisan.. so, berhabuk2 jugaklah bidang penulisan ni..
terindah buatmu...
rase nak buat cerita tajuk nie je.. hahhahaha.. mudah-mudahan dapat sudahkan.. almaklumlah.. sekarang dah banyak sangat komitmen.. kene utamakan yang utama dulu...
oklah.. kene teruskan usaha nie..
Subscribe to:
Posts (Atom)